KELUARGA BESAR ASAS TAPAK EMPAYAR.
Perkahwinan adalah satu ikatan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhram yang dimaterikan oleh aqad nikah dengan beberapa syarat yang tertentu mengikut syariat. Ikatan ini meruntuhkan semua batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram. Ianya ditentukan oleh syariat demi untuk menjaga keselamatan dan kemuliaan Bani Adam. Dalam syariat percintaan berputik selepas akad bukan sebelum akaq nikah.
Abuya Imam Ashaari At Tamimi mendidik masyarakat termasuk hal perkahwinan melalui kuliah fardhu ain yang dianjurkannya. Masyarakat yang dididiknya menjalinkan kemesraan dan melahirkan kecintaan selepas berkahwin. Masyarakat moden hari sudah terdedah dengan budaya Barat. Mereka biasanya meletakkan berkenal-kenalan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin itu satu kemestian.
Menurut mereka yang merujuk Barat tersebut "tak kenal maka tak cinta".
Tradisi di mana orang-orang tua memainkan peranan penting untuk mencari dan menentukan jodoh anak-anak itu sangat kurang dijalankan, malah sesetengahnya pula menganggap itu cara kolot dan ketinggalan zaman. Mengenai poligami pula, jangan disebut. Alamat perang besarlah. Isteri-isteri baru yang mendatang dianggap perampas suami orang.
Manakala wanita yang dapat mempertahankan kedudukannya sebagai isteri tunggal kepada suaminya, dianggap wanita yang pandai menjaga diri dan melayan suami. Abuya mendidik kita didalam pengajiannya, kita menyerahkan kepada orang-orang tua kita mengatur perkahwinan ada berkatnya. Tradisi ini sudah berjalan dengan kepada orang-orang tua kita dulu zaman berzaman.
Tetapi semenjak generasi yang banyak terdedah dengan budaya Barat amalan harmoni tersebut di anggap kolot. Orang-orang tua kita zaman dahulu, sangat jarang mendengar seorang wanita bersuamikan lelaki pilihannya sendiri. Jauh sekali perkahwinan zaman dahulu, bersuamikan lelaki pilihannya sendiri, jauh sekali hasil dari berkenal-kenalan bercinta-cintaan, bergaul bebas sebelum berkahwin.
Budaya Barat sangat mengundang perzinahan berlaku. Bahkan budaya di barat suami ingin bersama dengan isteri sedangkan isteri tidak mahu ia di anggap telah berlaku percabulan dan boleh diambil tindakan oleh mahkamah. Kalau hubungan itu berlaku iaitu antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin tetapi atas dasar kerelaan dan suka sama suka dibolehkan.
Dalam budaya masyarakat timur menyerahkan urusan perkahwinan kepada orang-orang tua iaitu ibu bapa mereka. Wanita di timur tidak dihalang untuk mencari calon suami sendiri. Namun kerana didikan Islam dan iman, budaya wanita timur tidak memilih berkenal-kenalan
dan bergaul bebas untuk lahirkan putik percintaan sebelum berkahwin kerana ia boleh menyebabkan kita terjebak dengan maksiat. Sedangkan dalam Islam sangat mengutamakan hidup berumah tangga yang berkat.
Perkahwinan yang bahagia itu ialah perkahwinan yang mendapat pembelaan dan rahmat dari Allah. Jadi, kita awal-awal lagi sudah tidak betul, malah melanggar syariat pula, bolehkah menjamin perkahwinan itu akan mendapat pembelaan dan rahmat dari Allah? Bolehkah kita mendapat gulai yang lazat sekiranya salah satu daripada bahan utama untuk memasak gulai itu , umpanya kelapa, sudah rosak?
Tidak hairanlah jika anak-anak yang lahir pun jadi liar dan susah dididik. Apatah lagi ibu bapa yang terlanjur berkahwin sebelum bernikah. Rosaklah generasi yang baru hendak mengenal dunia itu kerana dilahirkan oleh orang-orang yang telah menderhaka kepada Allah. Kita telah maklum diantara punca-punca yang menyebabkan kadar perceraian di negara kita semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Berlaku masaalah-masaalah dalam rumahtangga yang sukar diselesaikan sehingga membawa kepada pergaduhan dan perpisahan. Anak-anak tidak mendengar kata dan menyusahkan inu bapa. Semua ini jangan kita hanya suluh dari sudut teknikal semata-mata. Mungkin ianya adalah hukuman Allah kerana dosa-dosa kita.
Kita perlu bertaubat terlebih dahulu sebelum cuba menyelesaikannya.
Ulasan
Catat Ulasan