ROH SALING TERHUBUNG.
( Masjid Aya Syofia Turki )
Wahyu di berikan kepada Rasulullah untuk membetulkan aqidah manusia dan membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah untuk meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama. Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yang berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yg pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar atau tidak sesat.
Jasad lahir pun tidak mempengaruhi rohnya itu, seperti Abu Ayub Al-Ansari, yang membenarkan hadis pembukaan Kostantinopel. Terbukti bukan dia yang membukanya, namun kerana cita-citanya menjadi pendorong kepada orang lain melakukannya. Bahkan kata Abu Ayub Al-Ansari, dia minta dikebumikan di kota ini kerana ingin mendengar derapan kaki kuda siapa yang akan membuka kota ini! Ertinya roh Abu Ayub Al-Ansari bergabung dengan roh Sultan muhammad Al-Fateh.
Abu Ayob Al-Ansori yang hidup di zaman Nabi SAW, tidak sempat menyaksikan dengan mata lahir dan Sultan muhammad Al-Fateh dapat mengharungi dan berjaya membenarkan apa yang telah diperjuangkan oleh Sahabat yang bernama Abu Ayub Al-Ansori. Begitulah atas keyakinan yang sama dan cita-cita yang sama dapat bergandingan sekalipun secara rohaniah.
Berdasarkan sejarah tersebut kita sangat rasakan betapa mahalnya soal keyakinan. Apakah kita rasa seronok untuk melakukannya atau tidak tetap ada nilai disisi Tuhan. Atas dasar keyakinan orang roh rasa terhibur melakukan perintah Tuhan samada sempat dia melihat hasilnya atau tidak. Orang roh merasa dapat kepuasan bila melakukan perintah Tuhan. Begitulah mahalnya nilai sebuah keyakinan.
Roh Tuhan ciptakan tidak terikat dengan masa. Bila kita direzekikan berada di era kebangkitan Islam ertinya boleh berlaku gabungan kebangkitan pertama dan kedua. Tuhan lakukan gabungan dua kebangkitan tersebut adalah gambaran teknologi roh. Ia adalah mukjizat bagi para nabi, karamah bagi para sahabat, para salafussoleh dan para wali dan maunah bagi orang soleh yang begitu percaya dan yakin dengan kuasa Tuhan yang Maha ghaib.
Jasad lahir pun tidak mempengaruhi rohnya itu, seperti Abu Ayub Al-Ansari, yang membenarkan hadis pembukaan Kostantinopel. Terbukti bukan dia yang membukanya, namun kerana cita-citanya menjadi pendorong kepada orang lain melakukannya. Bahkan kata Abu Ayub Al-Ansari, dia minta dikebumikan di kota ini kerana ingin mendengar derapan kaki kuda siapa yang akan membuka kota ini!
Imam Mahdi akan menerajui dunia secara global. Caranya melalui umat Islam membaiki sembahyang. Bagi yang mengejar dunia, Imam Mahdi tidak menjanjikan dunia pada umat Islam. Dia menjanjikan Islam kepada pengikutnya. Para sahabat tidak dijanjikan dunia oleh Nabi S.A.W. Futuh Mekah menjanjikan Islam ke peringkat dunia, begitulah kebangkitan Islam kedua, tidak menjanjikan dunia kepada Ikhwan dan Asoib.
Namun Tuhan menjanjikan bahawa dunia sekali lagi akan Islam sebelum ianya dikiamatkan. Era sekarang adalah era kemenangan, Islam tidak akan kalah-kalah lagi. Kalau sebelum ini kebenaran hanya dapat dilaksanakan didalam kelompok kecil, selepas ini adalah era Islam tidak kalah-kalah lagi. Kemenangan yang ALLAH berikan bertaraf dunia global. Dibawah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa. As.
Ulasan
Catat Ulasan