TOKOH PEJUANG MENGISI KEMERDEKAAN YANG PRAKTIKAL.
Mengimbas kembali tentang bagaimana Abuya sebagai pejuang yang praktikal. Abuya memiliki keberanian untuk melakukan satu perubahan yang drastik, menyeluruh, berfikir dengan gaya baharu, melihat masa depan yang baharu, berfikir secara merdeka dan sebagai bangsa berdaulat, serta merangkul semula perjuangan generasi terdahulu. Besarnya cita-cita Abuya hendak mengulangi sejarah kebangkitan Islam pertama di era kebangkitan Islam sekarang.
Masyarakat perlu disedarkan melalui pendidikan yang ada roh Islam. Jika Tuhan dan kebenaran dijiwai sungguh-sungguh serta dijadikan pegangan dan aqidah, ia akan menjadi satu sumber kekuatan. Pendidikan Islam yang ada roh melahirkan manusia yang merdeka lahir dan batin. Manusia yang tinggi rasa kehambaannya. Perasaan ini digambar bukan melalui kata-katanya tetapi pada natijah perjuangan dan pada peribadi individu itu sendiri.
Abuya memulakan perjuangan Islam yang praktikal dengan meneroka bidang pendidikan Islam. Abuya menerima tawaran daripada Haji Yahya, kawan baik Abuya sejak mereka sama-sama berjuang dalam PAS. Abuya membantu kawannya untuk membantu memajukan sekolah tersebut. Sekolah tersebut berada di daerah Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah. Daerah Baling terdiri daripada enam mukim iaitu Mukim Tawar, Mukim Pulai , Mukim Kupang, Mukim Teloi Kanan, Mukim Bongor dan Mukim Siong. Kebanyakan penduduk daerah ini bersawah padi dan menoreh getah. Di daerah tersebut terdapat sekolah agama (Arab) Yayasan Khairiah Kampung Pisang, mukim Kupang.
Jawatan mudir diserahkan kepada Abuya. Namun kerana kesibukan Abuya berdakwah, maka Abuya melantik wakilnya sebagai mudir, iaitu Ustaz Rusdy Yusof, B.A. lepasan University Al-Azhar Mesir. Beliau adalah antara ahli jemaah Al-Arqam peringkat awal. Kemudian untuk mengembangkan lagi aktiviti perjuangannya, Abuya membuka model perkampungan Islam di Kampung Sungai Penchala Kuala lumpur pada tahun 1973. Abuya dikenali sebagai pencetus model Islam is the way of live khususnya model ekonomi Islam.
Beliau juga banyak berikan panduan melaui kuliah dan bukunya tentang masa depan Melayu begitu hebat sekali. Dengan membawa wawasan yang begitu besar dengan pandangan, " Melayu akan jadi macam bangsa Arab dulu. Melayu akan jadi empayar menggantikan empayar Barat yang sedang jatuh. Abuya juga bekerjasama dengan kerajaan untuk menggerakkan orang Melayu Islam memperjuangkan kepentingan agama Islam. Terutamanya bekerjasama menangani masaalah gejala remaja yang terlibat dengan dadah. Dengan mengirim penceramah dan kumpulan remaja yang mengisi program.
Skop yang lebih luas lagi,Abuya menyumbang fikiran dan tenaganya untuk menjayakan "Islam Hadhari" di era Pak Lah Badawi menjadi perdana menteri Malaysia. Apa yang dibimbangkan ialah kalau istilah itu menjadi slogan semata-mata. Sedangkan hasrat menegakkan Islam hadhari ini sesuatu yang amat baik yang sepatutnya menjadi cita-cita seluruh rakyat Malaysia. Maksud Islam Hadhari itu sangat indah dan bersifat global. Indahnya ialah apabila ia terlaksana. Untuk kita menikmati keindahannya itu maka Islam Hadhari itu bukan sekadar cakap-cakap atau slogan semata-mata ia mesti difahami sungguh-sungguh sebelum dapat diterapkan dan dilaksanakan.
Pak Latip minat menulis sejarah hidup tokoh-tokoh sejarah Islam yang terkenal. Sebelum ini sudah tulis sejarah hidup Hassan al Banna (Mesir), Badiuzzaman Said Nursi (Turki) Buya Hamka (Indonesia) dan ada beberapa lagi. Lalu terlintas di hati ini menulis sejarah hidup tokoh di Malaysia pula. Tujuannya mahu menceritakan sejarah hidup Abuya Ustaz Ashaari Muhamad. 2) Dia adalah ketua ajaran Arqam yang telah diharamkan…Semua tahu Arqam telah lama diharamkan. Selain Arqam banyak lagi pertubuhan yang telah diharamkan termasuk parti komunis Malaya dan berpuluh Tareqat. Persoalannya, apakah ada undang-undang yang melarang menulis sejarah hidup ketua mereka?. Jika ada yang menulis sejarah hidup Chin Peng apakah tujuannya mahu sebarkan fahaman komunis dan menghidupkan semula parti komunis?. Jawapnya tentulah tidak kerana yang ditulis hanya sejarah hidupnya sahaja.
Begitu juga tujuan Pak Latip menulis kisah Abuya Ustaz Ashaari Muhamad, bukan tujuannya nak menyebarkan ajarannya dan bukan juga nak hidupkan semula Arqam yang telah diharamkan. Hanya untuk menceritakan sejarah hidupnya sahaja…3) Bimbang pembeli buku ini akan terikut dengan ajaran sesatnya. Abuya Ustaz Ashaari Muhamad telah ditahan ISA selama 10 tahun. Walaupun kesalahnnya tidak pernah dibicarakan dalam mahkamah, beliau telah mengaku bersalah dan bertaubat. Dan setelah menjalani hukumannya, akhirnya dibebaskan. Pada masa itu beliau berada di Labuan. Pada hari dibebaskan telah diadakan satu majlis yang turut dihadiri pihak polis dan pihak berkuasa agama dari Kuala Lumpur. Dalam ucapannya pihak polis berkata, Ustaz Ashaari mulai dari hari itu telah dibebaskan dan telah dibersihkan dari tuduhan.
Dan setelah dibebaskan Ustaz Ashaari Muhamad dibenarkan menjalani kehidupan seperti rakyat Malaysia yang beragama Islam dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampong Pilin. Kerana itu adalah tidak wajar masih terus menuduhnya sesat. Tambah pula fatwa hanya haramkan Arqam… tidak ada fatwa mengatakan Ustaz Ashaari itu sesat…4) Tidak ada apa-apa sumbangan besar Ustaz Ashaari Muhamad pada Islam?. Abuya Ustaz Ashari Muhamad telah terlibat dalam bidang dakwah selama lebih 40 tahun. Beliau telah berdakwah di semenanjung termasuk di Sabah dan Sarawak. Kemudian berdakwah pula di luar Negara selama 7 tahun. Berpuluh orang atau mungkin juga beratus orang telah mendapat hidayah dari Allah lalu masuk Islam. Apakah itu bukan sumbangan besar Abuya Ustaz Ashaari pada Islam?. Apakah Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang tidak memandang usaha yang murni itu?.
Ustaz Ashaari juga bersama beberapa pendakwah yang lain memperkenalkan pakaian menutup aurat bagi muslimah, mengeluarkan produk makanan halal, perniagaan cara Islam, pendidikan Islam, perkampungan Islam, kebudayaan Islam dan lain-lain lagi. Apakah semua itu sia-sia saja disisi Allah?.
Sebaik-baik manusia itu memberi manfaat kepada orang lain… Mari kita tanya pada diri sendiri secara jujur, kita yang mengaku hebat dan akidah betul ini, apa pula sumbangan besar yang telah kita beri terhadap agama?. Dan lebih penting, berapa orang yang telah medapat hidayah asbab dari usaha yang kita lakukan?.
Setelah membaca serta mengkaji sejarah hidup Abuya Ustaz Ashaari Muhamad, Pak Latip berpendapat beliau seorang tokoh yang hebat kerana itu Pak Latip tertarik untuk menulis sejarah hidupnya.
Ulasan
Catat Ulasan