MELAHIRKAN GENERASI SIFAR DADAH.
Setiap orang yang bertanggungjawab dan terlibat dalam Usaha memulihkan penagihan dan penyalahgunaan dadah ini mesti faham segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan masalah ini lahir dan batin. Ini termasuklah tentang keadaan dan permasaalahan masyarakat, tentang penagih itu sendiri, tentang persoalan jati diri, penyakit jiwa dan tentang gejala, asas-asas dan puncanya. Juga tentang perkara hati, jiwa dan roh dan kaedah untuk membina semula kekuatan jiwa dan menyembuhkan penyakit-penyakit hati.
Masalah penagihan dadah bukan berpunca dari masalah lahir. Ia berpunca dari masalah batin. Oleh itu ia tidak boleh dipulihkan dengan cara lahir. Sama ada dengan mengurung penagih dipusat-pusat serenti, dengan memisahkan mereka dari dadah dan masyarakat, dengan mengenakan disiplin ala tentera, dengan menghukum mereka, dengan memberi mereka ubat-ubatan sebagai ganti dadah atau dengan mengisi masa mereka dengan kegiatan -kegiatan lain supaya mereka lupa dan tidak teringatkan dadah.
Usaha yang kita lakukan tersebut diatas mungkin boleh mengawal dan membantu sedikit sebanyak tetapi tidak dapat menyembuhkan mereka dari penagihan dadah sepenuhnya. MULAI DENGAN IMAN DAN ILMU. Iman dan ilmu mesti ditanam dihati para penagih melalui tarbiah dan pendidikan. Hanya melalui pendidikan sahaja baru akan datang penghayatan dan penjiwaan. Kalau iman dan ilmu disampaikan hanya melalui taalim atau pengajian sahaja, iaitu belajar, masuk periksa, lulus dan dapat sijil, ia akan hanya menjadi satu kemegahan dan kebanggaan.
Bila hati kita tiada Tuhan di dalamnya, itu adalah penyakit yang sebenar. Bahkan ia lebih memudharatkan. Ia tidak akan menjadi satu amalan, jauh sekali satu penghayatan atau penjiwaan. Dari rasa penghayatan dan penjiwaan iman dan ilmu, baru akan timbul rasa cinta dan takutkan Allah. Ibadah dari rasa hati tersebut akan membuahkan hasil. Atau natijahnya mendapat kekuatan untuk mengharungi cabaran dalam kehidupan.
Hati yang tiada Tuhan di dalamnya, ibarat makanan yang banyak lemak. Bagi yang memakan berlemak tersebut kesannya adalah jangka panjang. Iaitu akan mengakibatkan sakit jantung. Begitu jugalah maksiat yang dilakukan akan menghitamkan hati atau menggelapkan hati. Hati yang terhijab dengan dosa lebih bahaya daripada racun. Kalau racun kesannya segera, sebab itu masyarakat segera bertindak. Tetapi kalau hati yang terhijab ibarat makan yang mendatangkan kolestrol kesannya jangka panjang sebab itu tidak ada respon segera bagi yang melihat berbeza dengan racun respon masyarakat serta merta.
Hati yang juga disebut jasad batin atau roh yang makanannya adalah zikrullah. Jika hati yang tiada Tuhan di dalamnya, ibarat jasad yang tidak diberi makan. Hati yang asalnya mempunyai kemampuan memandang dan mengenal sesuatu, merasakan kesenangan dan kesusahan, mengetahui yang lahir mahupun yang batin khususnya mengetahui keberadaan Allah SWT. Itulah kelebihan manusia daripada makhluk lain yaitu mempunyai hati yang dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya sehingga menjadi hamba Allah yang benar-benar takut pada Allah.
Ulasan
Catat Ulasan