AKHIR ZAMAN DIJANJIKAN ADA HATI YANG MERDEKA.
Rasulullah dan Para Sahabat telah berjuang sehingga berjaya melahirkan hati umat Islam yang benar-benar merdeka. Generasi yang dapat mempertahankan hati yang merdeka berlaku selama tiga ratus tahun. Hati-hati tersebut dapat di temui zaman salafussoleh yang dinamakan sebaik-baik kurun. Ertinya Rasulullah menyiapkan hati para sahabat yang merdeka, hati para Tabien dimerdekan oleh para Sahabat dan hati-hati para Tabeuttabiin di merdekakn oleh Tabien. Hati-hati tersebut memenuhi ruang zaman selama tiga kurun. Inilah hati-hati yang menerajui kebangkitan Islam pertama. Peneraju
di terajui oleh kepimpinan yang memiliki hati-hati yang merdeka.
Mereka adalah team yang menggabungkan kekuatan maddiah dan rohiah. Bilangan team tersebut seramai 313.(Mereka dikenali dengan team Badar). Untuk melahirkan generasi yang memiliki hati-hati yang merdeka tersebut perlukan didikan dan pimpinan guru mursyid. Proses pendidikan mesti bermula dari awal. Iaitu berlaku pimpinan yang berterusan. Ibarat kita menanam pokok bermula daripada benih yang terpilih. Kemudian dijaga diberi baja secara berterusan hinggalah pokok akan menghasilkan buah yang masak ranum dan boleh dipetik, dimakan dan boleh dikongsikan untuk orang ramai.
Hati seperti tersebut ada Tuhan gambarkan dalam Al Quran sebagaimana maksud firman Allah: " Orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara" (Al-Hujuraat: 10).
Abuya Imam Ashaari bin Muhammad At Tamimi ketika bersekolah di Ma’had Hisyamudin beliau berguru kepada Syeikh Mahmud Bukhari, ulama kelahiran Bukhara yang hafiz 10.000 hadis dan mahir 6 bahasa. Syeikh Mahmud Bukhari adalah guru yang paling melekat dihati Abuya. Sungguh kehadiran Syeikh Mahmud Bukhari dari Mekah ke Tanah Melayu, memberi erti yang sangat besar kepada pembentukan peribadi Abuya.
Selain Syeikh Mahmud Bukhari Abuya juga berguru pula dengan Syeikh Khalil, Haji Abdul Hakim Al Azhari dan Al Fadhil Ustad Dahlan Abdul Manaf. Pemimpin yang sebenar dalam Islam, mestilah juga seorang guru atau pendidik. Pemimpin dalam Islam adalah penyelamat, tentulah dia juga mampu mengajar dan mendidik umat. Pembinaan insan menekankan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina manusia sebagai pembinaan masyarakat dan negara.
Menurut ajaran Islam, dalam urusan dan persoalan apa pun faktor manusialah yang paling utama. Manusia adalah asset, manusia adalah pembuat dasar, manusia adalah penentu, manusia adalah pelaksana, manusia adalah pentadbir dan lain-lain. Bagi membenarkan apa yang disebutkan Rasulullah di akhir zaman ada satu kelompok dikalangan umat Rasulullah yang tidak pernah bersama Rasulullah tetapi sangat merindukan Baginda. Merekalah yang memiliki hati "Ikhwan"
Generasi yang dilahirkan tersebut yang dinamakan kelompok Ikhwan oleh Rasul. Mereka ini bayangan sahabat, malah hati mereka seperti sahabat. Beza mereka dengan sahabat ialah sahabat itu mereka yang beriman dan bertemu dengan Nabi saw, manakala Ikhwan beriman dengan Nabi saw namun tak pernah bertemu Baginda saw dan mereka tidak sezaman dengan Rasulullah saw. Kelompok Ikhwan ini membina diri mereka, memimpin diri mereka dan membentuk hati mereka dengan menjaga dan memperjuangkan Iman. Oleh kerana Iman itu tak boleh nampak, ia sentiasa dalam pengawasan dan jagaan. Ia perlukan mujahadah.
Umat Islam menjadikan sikap Sayidina Uwaeis Al-Qarni. Dia tidak termasuk Sahabat kerana jasadnya tak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW. Tapi, tengoklah bagaimana selari perasaannya dengan Rasulullah SAW. Begitulah ajaibnya roh, dapat merasa walau tak bertemu. Roh dapat memahami walau mulut tak bercakap. Uwais Al-Qarni menjadi rujukan dan idola mereka yang ingin membenarkan adanya kelompok ikhwan ini pada akhir zaman iaitu di era kebangkitan Islam sekali lagi.
Mereka mempunyai cara berperasaan yang satu, cara berfikir dan bertindak pun selari, samada dengan pemimpin atau sesama pengikut. Apabila mereka diarahkan, terus sahaja faham, kerana fikiran dan perasaan mereka sama. Mereka melihat atau menilai sesuatu perkara itu dengan kayu ukur yang sama sebab itu hasil penglihatan dan penilaian mereka sama. Seringkali arahan itu tanpa perlu bercakap, kerana perasaan, keinginan dan cita-cita mereka dengan pemimpin sentiasa selari. Kalau mereka bertemu atau berkumpul bukan untuk berunding menyamakan pendapat tetapi untuk mengisytihar sahaja tindakan yang memang telah dipersetujui sebelum bertemu. Jauh sekali dari berbalah atau bergaduh kerana berbeda pendapat.
Ulasan
Catat Ulasan