ISLAM AGAMA SYUMUL DAN KAFFA.
Syumul berasal dari perkataan Arab yang bermaksud lengkap,“Islam adalah agama yang syumul (menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahun dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah). Akidah yangbenar dan ibadat yang sah.”
Islam adalah agama yang syumul, mencakupi semua bidang kehidupan" Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh. Kerana Islam diturunkan untuk semua manusia. Islam agama yang menyeluruh kerana ia menghukum seluruh urusan kehidupan manusia. Ia menghukum segala yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang berkaitan dengan apa yang mereka lakukan.
Ini jelas terbukti melalui firman Allah dalam Surah Saba’ ayat 28:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٢٨﴾
Yang bermaksud: “Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita dan sebagai pemberi peringatan”. (Saba 34:28)
Perjuangan Abuya telah pun berjalan istiqamah selama hampir 50 tahun. Bermacam-macam era telah pun dilalui, berbagai ujian berat telah pun dilepasi, dan kini perjuangan beliau semakin gagah demi menzahirkan sistem kehidupan Islam yang syumul, demi menagih janji Tuhan akan kebangkitan Islam di akhir zaman. Model sistem hidup Islam yang syumul telah pun mendapat tempat dalam masyarakat pada hari ini.
Sabda Rasulullah S.A.W., “Akan sentiasa ada di kalangan umatku satu thaifah yg menzahirkan kebenaran, tidak dapat dimudharatkan oleh musuh-musuhnya sehinggalah datang ketentuan Allah ( kemenangan )”
Kesyumulan ajaran Islam bukan saja meliputi persoalan lahir tetapi juga meliputi persoalan rohaniah. Meliputi persoalan dunia dan persoalan Akhirat. Kesyumulan ajaran Islam meliputi persoalan hidup dan penyelenggaraan kematian. Dalam Islam ada ajaran fardhu ain dan ada fardhu kifayah. Pada hari ini 2 ogos 2017 hari selasa acara pengkebumian salah seorang pengikut Abuya Dato Qaharuddin mukmin yang telah disemadikan di perkuburan Gombak daerah Selayang. Kembalinya hamba Allah kepangkuan Tuhannya berlaku itu adalah di alam kerohanian.
Bagaimana ketika seseorang hamba dijemput oleh Tuhan ianya juga be laku secara rohani, yang kita boleh saksikan hanyalah jasadnya yang terkujur.Terkejut pada diri orang yang hendak mati itu tidak sepertimana terkejut bagi orang di alam dunia yang mana kita boleh nampak dia melompat atau melatah. Firman Allah di dalam Al Quran, maksudnya: “Manusia, di waktu hidupnya dia adalah tidur.” Ertinya, manusia ini di waktu hidupnya dia sebenarnya tidur;ditidurkan oleh nikmat dunia. Apabila dia hendak mati, baru dia tersedar. Dia disedarkan oleh alam akhirat. Sebagai pertalian yang masih hidup dengan hamba Allah yang telah kembali kepada Allah adalah doa.
Dalam Islam adanya syariat lahir yang disebut feqah, adanya syariat batin yang disebut tasauf dan ada juga persoalan keyakinan disebut Tauhid atau aqidah. Dalam aqidah berpegang kepada Ahli Sunnah Wal jamaah yang diterajui oleh Imam Abu Hasan Al Ashaari dan Imam Mansur Al Maturidi, dalam berfeqah berpegang kepada mazhab syafie yang di terajui oleh Imam Syafei dan tasauf atau ajaran sufi berpegang kepada Hujjatul Islam Imam Al Ghazali.
Abuya membawa cara hidup Islam di tengah-tengah kerosakan masyarakat ketika itu. Oleh kerana masyarakat jahil dan tidak tahu perihal agama, Abuya ditentang habis-habisan. Seperti kata-kata hukama', "Sesungguhnya manusia memusuhi apa yang tidak diketahuinya." Masyarakat yang terlalu asing dengan agamanya, mengaggap apa yang dibawa Abuya adalah songsang dan sesat dari ajaran Islam. Sedangkan apa yang Abuya bawa ini, jika di Timur Tengah; adalah kehidupan orang-orang Islam terdahulu yang mengikuti ajaran Quran, iaitu ajaran Allah dan Rasul. Jadi tidak hairanlah Abuya lebih diterima di sana dari negaranya sendiri.
Abuya membawa manusia kembali kepada Tuhan, dan kerana itu Abuya didatangkan kepada masyarakatnya. Tidaklah didatangkan seorang Nabi, Rasul, atau para mujaddid melainkan untuk membaiki insaniah manusia. Pernah Tun Mahathir berkata pada Abuya, Iman boleh bagi orang makan ke? Kini jawaban kepada Tun Mahathir, lihatlah Malaysia sekarang, hasil perjuangan Tun dalam membangunkan negara tanpa peduli hal Iman. Tun sendiri terpaksa menentang apa yang Tun perjuangkan selama ini.
Begitu juga dalam melahirkan produk-produk buatan muslimin, Abuya-lah yang memulakan. Kini banyak produk buatan orang Islam yang berada di pasaran. Kini produk makanan sunnah menjadi viral dalam masyarakat. Boleh kita dapat maklumat melalui iklan di kaca TV, iklan di lebuh raya melalui gerbang dan papan-papan iklan.
Abuya membawa ajaran Islam yang syumul. Manusia Tuhan ciptakan ada jasad lahir dan ada yang bersifat rohani. Jasad lahir keperluannya ialah makan minum dan lain-lain. Jasad rohani seperti akal dan hati juga ada keperluannya seperti ilmu, maklumat dan keperluan jiwa adalah mengenal Tuhan. Dengan kata-kata ringkas manusia perlukan makan minuman dan perukan Tuhan yang menciptanya.
Namun begitu, walau ditentang, Tuhan Maha Kuasa merubah masyarakat Malaysia hasil dakwah Abuya. Berjaya Abuya kembalikan asas-asas kehidupan Islam kepada masyarakatnya. Ini cukup dirasai oleh masyarakat pada ketika itu. Abuya berjaya kembalikan sunnah Nabi yang indah itu, yang sebelumnya amatlah ditentang umat Islam sendiri. Kalau dulu, hanya Abuya dan jemaahnya berserban, kini sudah ramai berserban, apatah lagi bertudung. Dulu untuk mendapatkan kuliah dan pengajan Islam hanya di pondok atau ditempat khusus dan kini merata tempat di iklankan adanya kelas pengajian.
Ulasan
Catat Ulasan