MENYAMBUT KEMERDEKAAN LAHIR DAN BATIN.
Mereka yang benar-benar merdeka, memiliki Jiwa yang merdeka, akal yang merdeka dan jiwa yang merdeka. Syaitan dan nafsu sentiasa mencari jalan untuk menjajah hati manusia. Hati menjadi rebutan antara syaitan dan malaikat. Ertinya hati manusia sentiasa terdedah dengan serangan. Apabila manusia berjaya menangkis serangan syaitan ertinya dia telah memiliki hati yang merdeka. Setiap kali kita mendirikan solat ertinya ketika itu hati sedang di merdekakan dari gangguan syaitan dan hawa nafsu. Memerdekan hati tiada rehat dan usaha memerdekan perkara lahir ada masa rehat.
Mengenangi detik kemerdekaan negara tercinta, kita wajar merenung semula tokoh-tokoh penggerak kebangkitan rakyat di Tanah Melayu di peringkat awalnya. Dr Burhanuddin Al-Helmy adalah insan luar biasa yang disepakati sebagai seorang pencetus kesedaran rakyat yang praktis. Jiwa manusia sering menerima serangan dari berbagai penyakit jiwa. Hati atau jiwa yang diserang penyakit yang mengakibatkan akhlak manusia menjadi buruk. Jiwa tersebut tidak sesuai dengan yang Allah dan Rasul-Nya contohkan.
"Orang sudah terkena sakit jiwa atau hati akan menjadi malas beribadah, pembuat dosa atau menjadi hamba kepada hawa nafsunya."
Oleh kerana itu, menyucikan dan membersihkan hati atau jiwa
( تزكية النفس ) dari berbagai penyakit jiwa merupakan suatu Kewajipan sebagaimana yang Allah perintahkan di dalam Al Quran. Ia menjadi aktiviti yang tidak terpisah dengan kehidupan harian umat Islam. Allah sangat menyukai hamba-hambanya yang mensucikan jiwa dan sangat membenci hamba-hambanya yang mengotori jiwa dengan membuat dosa.
Al-Qur’an merupakan sumber pemikiran, syariah dan nilai. Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan undang-undangnya. Setiap muslim mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya.
Membaca Al-Quran dapat menyucikan jiwa, Al-Quran dapat bersihkan dan memurnikan jiwa. Al-Quran memberitahu manusia bagaimana melakukan perintah yang tak boleh lakukan dan membangkitkan berbagai nilai yang diinginkan dalam membersih jiwa. Al-Qur’an al-Karim merupakan sumber utama dalam Islam.Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan peraturan dan undang-undangnya.
Setiap umat Islam mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya.Bagi orang Islam perundangan,pemikiran, syariah dan nilai untuk menentukan kebenaran adalah merujuk kepada Al-Quran.As-Sunah iaitu percakapan,perbutan dan sikap Rasul SAW adalah menghuraikan maksud Al-Quran (Aqwal,Afa'al dan taqrir).
Dalam Islam, penyakit lahiriah ini terbahagi kepada dua. Pertama penyakit yang berpunca daripada hal-hal lahiriah, seperti kencing manis bila terlebih pengambilan gula, kolestrol berlebihan daripada lemak dan garam, luka bila terjatuh. Yang kedua berpunca daripada hal-hal yang ghaib, seperti sihir atau gangguan jin.
Manusia yang telah memiliki akhlak dan nilai rohani yang baik ia adalah natijah daripada mujahadah yang berterusan. Hanya dengan ini keselamatan hidup di dunia dan di akhirat akan terjamin. Dua tamadun yang bergandingan iaitu tamadun rohani dan material ini akan meletakkan Islam sebagai agama terunggul dan berdaulat.
Al-Quran telah bawa kita memahami terhindar daripada penyakit
batiniah. Kerana dengan membaca Al-Quran dan berzikir dapat meramat jiwa yang duka, memberi kekuatan dan ketenangan.
Ulasan
Catat Ulasan