KESUSAHAN ADALAH GURU YANG BAIK
Kesusahan sebenarnya adalah guru yang baik. Masakan Allah membuat sesuatu yang sia-sia. Pemimpin-pemimpin bertaraf dunia kebanyakkan mereka tidak dibesarkan dengan kemewahan. Sama ada pemimpin dikalangan Islam atau bukan Islam. Begitu juga mereka yang berjaya menyediakan kemudahan pendidikan di era sekarang begitu lengkap kemudahan dan prasarananya bermula daripada peringkat tadika hinggalah pengajian tinggi. Kita ambil beberapa contoh, pada pemimpin Islam seperti Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Beliau hidup dalam persekitaran yang dunia yang sangat susah.
Abuya hidup di zaman perang, iaitu sekitar tahun 1942 hingga 1945. Tanah Melayu waktu itu di jajah oleh Jepun. Waktu Jepun memerintah keadaan lebih susah. Tahun 1945, British perangi Jepun dan dapat menjajah semula Tanah Melayu. Abuya Ashaari Muhammad disusahkan lagi dengan kematian ibu dan Kiyai Syahid bapa saudaranya yang menjaganya. Berbeza dengan seorang yang membesar bersama ibu dan bapanya. Kata Abuya, dia tidak suka balik ke rumah lepas sekolah sebab tiada tempat bermanja seperti anak-anak orang lain yang bila balik, ada ibu dan ayah di rumah.
Di persekitaran yang begitu teruk, Abuya Ashaari Muhammad lahir ke dunia bersama jiwa yang hendakkan Islam, di tengah keluarga yang beragama. Semua ahli keluarganya menunaikan sembahyang.Rupanya segala kesusahan yang dilaluinya itu memberi kesan yang mendalam pada peribadinya. Ia dapat di fahami dengan menghayati sajak tulisan Abuya Ashaari Muhammad di bawah ini.
KESUSAHAN KU
Kesusahanku di masa kecil
Mengenalkan ku erti penderitaan
Kerana itulah aku tidak boleh mendengar orang menderita
Aku suka sekali menolong mereka
Kematian ibuku di waktu kecilku
Menginsafkan aku betapa sedihnya orang tiada beribu
Kerana itulah aku simpati kanak-kanak yang tidak beribu
Inginnya aku menghiburkannya
Ingin aku menggembirakannya.
Kesusahanku di dalam Kehidupan
Di dalam semua aspek pengalaman
Di dalam makan minum, didalam tempat tinggal,
di dalam berpakaian
Menjadikan aku sensitif dengan penderitaan orang lain
Rupanya pengalaman di dalam kehidupan
Banyak pengajaran dan didikan
Banyak menyedarkan dan menginsafkan
Sangat berguna buat perjuangan masa depan
Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi
Kerana keadaan Kehidupan yang susah selalu menghalang
Tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan
Di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman
(Malam, 20 Okt 2002).
Sesusah dan sesedih mana pun, namun dia tidak menjadi orang yang sakit jiwa. Sebab jiwanya dibekal dengan kekuatan untuk memperjuangkan Islam. Jiwa itu sudah disuburkan oleh Kiyai Syahid sendiri. Sebab semenjak umur lima tahun, beliau tinggal di rumah Kiyai Syahid. Iaitu semenjak sekembali dari Palau Pangkor. Pada tahun 1938, ayahnya membawa anak dan isteri ke Pangkor untuk berkerja
sebagai pegawai kastam di sana di bawah pemerintahan British. Ketia pemerintahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945, mereka kembali ke Pilin dan tinggal di rumah Kiyai Syahid.
Abuya ke luar negara kerana kekayaan yang Allah bagi kepadanya. Tuhan telah mentaqdirkan Abuya untuk memahami dunia dan segala jatuh bangunnya. Pengajan yang Tuhan lakukan untuk Abuya tidak sama seperti dunia melahirkan pemimpinnya. Secara live Abuya memasuki kelas-kelas pengajian bangsa-bangsa, bahasa-bahasa dan budaya manusia sedunia. Secara langsung Abuya menatap sejarah yang akan berulang. Tujuh tahun masa yang cukup untuk seorang student menguasai ilmu kepimpinan peringkat dunia. Pengaruh Abuya yang terpendam itu sudah cukup untuk beliau mampu muncul di peringkat antarabangsa.
Ulasan
Catat Ulasan