MAZMUMAH SEDANG TERZAHIR DI PENTAS DUNIA.
Arab Saudi sedang mengepalai peperangan di Syria atau Syam dan Yaman. Amerika Syarikat mengepalai peperangan di Afghanistan. Begitu juga peperangan saudara sedang berlaku di Yaman. Di Barat tidak henti-henti menghadapi penunjuk perasaan yang dilakukan oleh rakyat sendiri berarak tidak puas hati dengan kerajaan masing-masing. Dua kuasa besar dunia iaitu Kesatuan Rusia dan Barat berperang dengan Afghanistan.
Negara yang kini bernama Afghanistan telah secara meluas merupakan wilayah Islam sejak tahun 882 M. Negara Afghanistan dengan keadaan geografinya yang nyaris tidak boleh dimasuki, tercerminkan pada komposisi etnik, budaya dan bahasanya. Penduduknya pun terbahagi menjadi beberapa kumpulan etnik, Pashto adalah etnik terbesar, bersama dengan Tajik, Hazara, Aimak, Uzbek, Turkmen dan kumpulan kecil yang lain. Iran juga banyak terlibat dalam peperangan Afghanistan.
Penyertaan tentera Russia di Afghanistan mempunyai sejarah yang panjang, berawal pada pengembangan Tsar pada "Permainan Besar" antara Rusia dengan United Kingdom, bermula pada abad ke-19 dengan kejadian seperti insiden Panjdeh. Minat akan daerah ini berterusan apabila era Soviet di Russia, dengan adanya limpahan wang berbilion-billion bantuan ekonomi dan ketenteraan untuk Afghanistan pada tahun 1955 hingga 1978.
Bila mazmumah menguasai hati, maka arahan yang keluar juga adalah mazmumah. Hati yang dikuasai mazmumah akan bertindak bercanggah dengan kehendak Tuhan. Manusia akan bergelumang dengan dosa kerana hati telah dikuasai oleh mazmumah. Natijahnya hati menjadi buta. Bila hati sudah buta, atau sudah dikunci mati oleh Allah SWT, maka hati tidak dapat lagi mengenal Allah. Begitulah hati orang-orang kafir dan munafik yang menyebabkan mereka menolak kebenaran. Melakukan kekejaman dan kezaliman.
Namun bukan hanya hati orang kafir dan munafik saja yang sudah buta, kita sebagai umat Islam pun masih banyak yang hatinya buta. Buktinya adalah kita masih sering membuat dosa (kecil atau besar). Orang yang masih membuat dosa adalah orang yang tidak takut pada Allah. Orang yang tidak takut pada Allah adalah orang yang tidak kenal siapa Allah. Jika tidak kenal Allah menandakan bahwa hati telah buta. Maka kita merelakan diri untuk dikuasai mazmumah.
Setiap negara menonjolkan ego, setiap negara melahirkan kekuatan masing-masing. Mana negara yang kuat dialah benar. Negara yang meratah negara yang lemah. Medan perang wadah menzahirkan kekuatan masing-masing. Sifat takabur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin dibuat oleh seseorang itu. Kalau individu tersebut bagi pihak negara masing-masing bayangkanlah kemusnahan yang akan berlaku bilamana pertembungan dan peperangan antara negara.
Kalau pertembungan diperingkat dunia global berlaku peperangan sudah tentu dunia akan musnah. Dunia akan mengalami kehancuran, kiamat sebelum kiamat. Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia. Ada ulama sufi berkata, setelah melakukan latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Dunia kini sudah berada dipuncak kerosakkan. Baik negara-negara maju, negara membangun dan juga negara yang susah, setiap negara merasakan perkara yang sama. Semua manusia sudah rasa tertekan, tidak mengira bangsa etnik dan apa pun agama mereka. Manusia sudah bosan dengan sistem yang ada dan masing -masing merindukan keharmonian dan kedamaian. Tuhan telah memberitahu dalam Al Quran dan melalui lidah Rasulnya akan alamat-alamat kiamat dan kehancuran dunia.
Ulasan
Catat Ulasan