EMPAYAR ISLAM VERSI MALAYSIA.
Kita yakin, kalau rakyat Malaysia faham dan perjuangkan Islam yang di laung-laungkan oleh kerajaan mulai dari ianya diperkenalkan (Islam hadhari), kita akan lihat satu perubahan yang luar biasa yang akan berlaku di Malaysia. Satu perubahan yang sangat menguntungkan rakyat dan negara. Islam had ibangunkan dimulakan dengan pembangunan insan dan selepas itu di ikuti dengan pembangunan material. Negara kelihatan maju dan jenayahnya semakin berkurangan.
Tamadun atau hadhari konsepnya lebih global dan lebih luas. Kerana ia menyentuh semua aspek dan melibatkan semua peringkat, dari bawahan hinggalah kepada peringkat atasan. Malaysia memperkenalkan budaya Melayu yang tunggaknya adalah Islam. Bertepatan dengan perlembagaan negara,yang dipertuan Agong mengepalai negara dan ketua agama Islam. Era kebangkitan Islam kali kedua menjadi sebutan di mana-mana pada hari ini.
Bersesuaian dengan hasrat kerajaan Malaysia dan cita-cita umat Islam hendak menjadikan Malaysia tapak kepangkitan Islam di Timur. Bersesuainlah dengan kemeriahan syiar kebangkitan Islam yang tertonjol di Malaysia di bandingkan dengan negara-negara umat Islam di tempat lain. Malaysia yang sudah di kenali oleh negara-negara OIC.
Malaysia yang pernah di ishtiharkan sebagai negara Islam Hadhari. Atau negara Islam yang bertamadun.
Kita yang telah difahamkan oleh Abuya Imam Ashaari At Tamimi, untuk membina tamadun Islam mestilah dimulakan dengan tamadun rohani barulah di ikuti dengan pembangunan tamadun material atau tamadun lahiriah. Untuk itu diperlukan seorang pemimpin. Lebih-lebih lagi kali adalah satu kebangkitan bertaraf empayer atau dunia. Sesungguhnya, kalau Allah mahukan kebaikan dan kemajuan bagi sesuatu kaum atau bangsa itu akan dihantarnya seorang pemimpin.
Maksudnya pemimpin yang datang dari Tuhan. Pemimpin yang Tuhan sediakan dan yang Tuhan lantik. Pemimpin yang sangat bertaqwa dan sangat mengenal Tuhannya. Sangat tahu kehendak dan hukum-hakam Tuhanya. Yang sangat tahu hakikat diri manusia. Bukan pemimpin yang dipilih oleh manusia. Bukan naik atas dasar keturunan.
Lebih-lebih lagi bukan pemimpin yang melantik dirinya sendiri. Kerana tugas utama pemimpin itu ialah untuk membina manusia.
Untuk membangunkan insan manusia. Untuk membina kekuatan rohani manusia dengan mendidik mereka berlandaskan iman dan ilmu. Untuk menjadikan manusia orang-orang yang bertaqwa. Untuk membina tamadun rohani dalam hati dan diri manusia. Pemimpin itu perlu membawa manusia kepada Tuhan.
Perlu membawa manusia mengenal, cinta, takut, taat dan patuh kepada Tuhan. Perlu membina manusia supaya mencintai Akhirat.
Iaitu manusia yang menganggap dunia ini tidak lebih dari sebuah ladang untuk berbakti dan bercucuk tanam yang hasilnya akan diketam di Akhirat.
Pemimpin itu perlu membina manusia yang merendah diri, tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur, dan yang mendahulukan orang lain. Pemimpin itu mampu memberi Tuhan kepada manusia dan mampu menyediakan keperluan untuk hidup seperti makan minum dan sebagainya.
Yang hasilnya terbinalah manusia yang berukhwah dan bersatu padu, dan yang berkerja keras untuk mendapat redho Tuhannya. Kejayaan umat Islam ialah manakala mereka kuat dan taat dengan agama mereka. Ertinya, agama Islam, yang kalau di ikut betul-betul, akan membawa kepada kejayaan.
Kerana agama Islam ia adalah satu sistem hidup yang mempunyai peraturanan. Agama lain tidak mempunyai peraturan dan sistem hidup. Ia lebih daripada kepercayaan dan peribadatan. Bagi umat Islam, kejayaan bergantung setakat mana mereka boleh mematuhi dan taat kepada agama lahir dan batin.
Dan kejayaannya pula merangkumi kejayaan dunia dan Akhirat.
Manusia yang hidup di muka bumi ini memerlukan berbagai-bagai keperluan dan kelengkapan hidup. Pemimpin yang hendak mengendalikan manusia, dia kena memahami bahawa manusia ini ada keperluan di dunia dan keperluan di Akhirat.
Ulasan
Catat Ulasan