PANDANGAN MATA SELALU MENIPU.
"Pandangan mata selalu menipu" gaya hidup di era moden ini,
banyak yang mengelirukan manusia. Banyak yang menipu dan mengecewakan. Kehidupan korporat, kehidupan selebriti, kehidupan artis contohnya ramai orang inginkan seperti mereka bahkan menjadikan mereka idola. Di sebalik kehidupan mewah , di sebalik berpakaian mewah, disebalik gaya hidup seperti orang Barat, orang-orang yang menderita sakit batin atau krisis jiwa ketika ini lebih ramai dari jumlah pesakit-pesakit fizikal yang ada di hospital. Anehnya, para pakar dan para intelektual tidak terlalu serius untuk memikirkan cara perubatan pesakit penyakit jiwa atau batin itu, sebagaimana mereka serius berusaha dalam perubatan fizikal lahiriah manusia.
"Pandangan akal selalu tersalah". Sains dan kemajuan sudah jadi Tuhan. Ini terjadi apabila akal dan agama dipisahkan. Dalam Islam kita diminta untuk menjaga akal dengan diberi makanannya iaitu ilmu. Bukan memisahkannya dengan agama. Semenjak manusia itu di wujudkan, aqal dan wahyu diwujudkan. Akal dan wahyu sama2 diwujudkan Tuhan. Wahyu itu agama, wahyu itu ada hubungan dengan Tuhan. Di sini kita dapat lihat, tujuan Tuhan adakan wahyu, adakan aqal, supaya satu sama lain saling memerlukan, kuat menguatkan satu sama lain. Aqal kuatkan wahyu atau agama dan wahyu kuatkan aqal.
"Pandangan nafsu selalu melulu" Di Barat, kerana jiwa telah terlalu rosak, sudah ada orang membunuh hanya untuk memuaskan hati. Jumpa orang, dia tembak dan bunuh tanpa sebab. Kalau di Malaysia, orang bunuh orang kerana ada sebab tetapi di Barat orang bunuh orang untuk mendapat ketenangan. Bagi dia membunuh itu adalah ubat untuk mendapat ketenangan jiwa. Sesetengah orang di Barat, dia mencuri bukan kerana hendakkan barang tetapi dia rasa bila mencuri, hatinya puas.
Di Barat, orang mencuri untuk puaskan hati. Sudah dapat barang yang dicuri, dibuangnya. Ada juga orang, kerana penyakit jiwanya, kalau dia jumpa kucing, disiat-siatnya kucing itu. Kalau dia jumpa tikus, dihentaknya hingga lumat. Dia seronok dan merasa puas dengan kerja itu. Mungkin ada orang yang merogol kerana tidak ada isteri untuk melepaskan nafsunya. Tetapi di Barat, selain kerana nafsu, orang merasa puas hati kalau dapat merogol orang. Merogol itu sebagai ubat bagi jiwanya yang kosong. Jadi segala penyakit yang lahir ini adalah kerana penyakit jiwa yang tersembunyi.
"Pandangan hati itu yang hakiki". Makanan roh atau hati ialah zikrullah sebagaimana disebutkan dalam Al Quran:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar Raadu 13:28).
Hati atau roh juga boleh dikiaskan sebagai sistem enjin kereta. Nak hidupkan hati macamlah nak hidupkan sistem enjin kereta. Mula-mula perlu bateri kereta. Bila dah hidup perlu minyak untuk aktif bergerak. Bateri perlu dijaga dan jangan disalahgunakan. Bagaimana mahu menjaga supaya tidak disalah guna? Umum kita tahu sebuah kereta, secanggih mana pun kalau tidak ada bateri, tidak akan boleh bergerak, kerana bateri itu salah satu komponen utama dalam sistem enjin kereta. Tanpa bateri, sistem enjin tidak boleh dihidupkan walaupun minyaknya penuh. Atau kalau bateri ada tapi lemah pun tetap tidak boleh 'start'.
Orang mukmin, sangat menjaga roh mereka. Bagaimana mahu mengaktifkan roh sekiranya perkara-perkara yang berkaitan dengan roh tidak dijaga? Ibarat kereta, bagaimana mahu enjin dihidupkan kalau bateri lemah atau tidak dijaga? Kalau tidak dijaga bateri jiwa ini, bagaimana kereta perjuangan mahu digunakan? Bagaimana mahu melepasi lopak-lopak ujian, lubang-lubang dan perangkap dalam perjuangan? Hebat dan canggih sekalipun persediaan, bateri tidak dijaga, akhirnya semuanya sia-sia. Apalah nak dibangga-banggakan dengan harga kereta yang mahal, enjin yang canggih, tapi bateri tiada atau lemah keadaannya.
"Hati tempat jatuhnya pandangan Allah". Jadi jelaslah disini bahawa mengapa perlu roh atau hati dihidupkan atau diaktifkan. Kerana pandangan Tuhan kepada hamba-hambanya ialah pada hatinya atau rohnya. Untuk mendapatkan pertolongan Tuhan juga, perkara yang dilihat Tuhan ialah bagaimana hati seseorang hamba atau rohnya. Kerana itulah syarat untuk mendapatkan bantuan-Nya, hati yang rasa sebenar-benar hamba.
"Tindak tanduk manusia yang lahir ini yang nampaknya baik, tiada yang cacat, tetapi pada pandangan Allah ada cacatnya,
kerana ada kemahuan yang tersembunyi dari kemahuan batin manusia (huzuzun nafs) itu yang terpaksa melahirkan suasana baik itu. Kadang-kadang manusia yang punya kemahuan itu sendiri pun tidak sedar kecuali orang-orang yang dipandu dipimpin oleh Allah...(Abuya Imam Ashaari Muhamad At-Tamimi).
Wahyu membetulkan aqidah, membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib, meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama. Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yang berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yg pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar.
Kalau hati itu bersih dia tenang dengan ujian dan kemiskinan. Dia tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya. Hati kalau terlalu bersih, Pandangannya kan menembusi hijab. Hati jika sudah bersih Firasatnya tepat kehendak Allah. Tapi hati bila dikotori, Bisikannya bukan lagi kebenaran. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, Jasad lahir tumpuan manusia. Utamakanlah pandangan Allah Daripada pandangan manusia.
Ulasan
Catat Ulasan