MALAYSIA DI MATA DUNIA.
Kita bersyukur nikmat keamanan yang Tuhan anugerahkan kepada negara kita. Malaysia kaya dengan budaya, masyarakatnya pelbagai etnik, pelbagai agama dan makanannya sangat unik. Menurut pandangan para pelancung yang pernah berkunjung ke Malaysia, mereka tertarik kepada Malaysia, kerana kaya dengan budaya. Ada juga yang tertarik dengan makanannya yang unik dan Malaysia ada banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Contoh budaya di Malaysia orang-orangnya sangat suka menolong orang, penyayang, lemah lembut, peramah dan mudah mesra . Perbezaan etnik dan agama tetapi hidup harmoni sesama di bawah satu bumbung negara. Ini adala nikmat yang perlu kita syukuri.
Menurut pandangan pelancung yang pernah berkunjung ke Malaysia, mereka merasakan cepat sungguh masa berlalu kerana setiap saat, setiap jam dan hari yang dilalui sangat menggembirkn hati mereka. Ini mengibaukan kembali pengalaman kita bersama Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Kerana Abuya berjaya membawa model kasih sayang dimana negara pun yang dikunjunginya, Abuya diterima baik. Contoh di Manila diterima oleh masyarakat Kristian, ketika berkunjung di Thailand diterima baik oleh masyarakat Budha, begitu juga ketika berada di Timur Tengah sangat diterima baik oleh mereka.
Kebanyakan sektor membuat bangunan di Malaysia diisi oleh warga asing. Selain dari itu, bagi warga asing yang datang dari Pakistan ramai berniaga di Nilai Negeri sembilan. Ketika kita di Nilai seolah-olah berada di Pakistan. Mereka pula sanggup mengerah tenaga untuk menjual kain dan barangan elektrik di kampung-kampung dan kawasan perumahan dengan bayaran ansuran. Kalau kita lihat di Low Yat Plaza Kuala Lumpur tu, warga Bangladesh sudah mampu menyewa premis untuk menjual barangan komputer.
Kemasukan pendatang asing ke negara ini semakin menjadi-jadi apabila seramai 2.5 juta warga asing dicatatkan bekerja di negara ini.
Istilah Malaysia sebagai negara lubuk emas menjadi faktor tarikan kepada warga negara asing berhijrah ke negara ini bagi mendapatkan pekerjaan. Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Abuya perjuangkan kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang. Kehidupan berlangsung dalam keadaan tanpa kasih sayang. Orang sudah tidak mahu memperkatakan, tidak lagi memikirkannya dan membiarkan saja ia pergi tanpa apa-apa usaha untuk dicetuskan dan mempertahankannya. Sedangkan kasih sayang itu sebenarnya umpama ‘oksigen’ dalam kehidupan. Tanpa oksigen apa akan jadi pada manusia? Dalam perjuangannya, Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Bersama Abuya ada model kasih sayang.
Abuya dalam perjuangannya, ada satu era yang dilancarkan oleh Abuya untuk beberapa tahun lamanya. Sebagai agenda yang begitu penting untuk direalisasikan dalam perjuangannya.Terkenallah perjuangannya dengan tema ‘Dakwah dan Kasih Sayang’. Abuya sendiri memang orangnya begitu kasih dan sayang. Siapa duduk-duduk dengannya pasti merasakan kasih sayangnya itu yang tidak mudah dilupakan. Ramai orang yang jatuh cinta kepadanya kerana watak peribadinya yang inilah. Memang dia pakar dalam menawan hati orang dengan berbagai bagai cara kasih sayang yang dilayankan kepada manusia, menurut keperluan manusia itu.
Alhasil terciptalah sudah di muka bumi Tuhan ini sebuah sistem hidup, dibangunkan oleh Abuya yang di dalamnya sangat penuh dengan kasih sayang.Mastermindnya adalah Abuya. Dasar dan kaedahnya Abuya jugalah yang dapatkan. Hatta perlaksanaannya pun Abuya yang ajarkan kepada kaum keluarga dan anak-anak murudnya. Maka jadilah Abuya tokoh pencetus perjuangan Islam secara kasih sayang yang julung-julung kali muncul di kurun ini. Barat amat memusuhi Islam. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan ialah Islam agama keganasan dan Islam menganiaya kaum wanita.
Maka pada tahun 2003, Abuya mengirim rombongan penasyid dari kalangan remaja perempuan yakni Mawaddah (yang bermaksud kasih sayang) untuk menyertai program seluruh umat Islam di Eropah yang dibuat di Le Bourget, Perancis. Untuk pertama kalinya Perancis menampilkan penasyid wanita di pentas. Perwakilan dari Malaysia itu membawa tema ‘Cintai Tuhan Cintai Sesama’. Alhasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England dan Jerman selain Perancis. Di setiap border antara negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kasih sayang. Memang Barat terkejut dengan pendekatan dakwah Abuya dan mereka akur Islam rupanya, kalau benar-benar diamalkan ajarannya, adalah agama yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.
Hal ini turut membuatkan tercengang-cengangnya umat Islam di Timur Tengah yang berada di Eropah. Mereka berterima kasih kepada Malaysia kerana membawa satu trend baru dalam berjuang. Selama ini mereka tidak terfikir pun untuk pelbagaikan kaedah dakwah. Hanya bersyarah di majlis-majlis dan perempuan tidak dilibatkan untuk ikut berjuang. Sedangkan dari Abuya, dakwah itu dinasyidkan oleh wanita wanita sopan yang kelihatannya cukup menarik dan mempesonakan. Ramainya masyarakat yang berminat dan membeli album-album nasyid Islam, agama kasih sayang.
Di Thailand, di sekitar tahun 2000-2006, suasana di selatan sangatlah menakutkan. Bangkok sudah buntu kerana Amerika menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan itu. Hal itu cukup bahaya. Maka demi menjawab bahawa Thailand bersih, kerajaan Phuket mengundang Mawaddah untuk satu program negara bertajuk ‘Islam Kasih Sayang’. Wakil duta Amerika di Bangkok diundang hadir. Selesai program, Mawaddah dan anak-anak murid Abuya di Thailand mendapat ucapan tahniah dari kedutaan Amerika di Bangkok. Dan semenjak itu orang-orang penting Abuya di Thailand selalu dilibatkan dalam program-program menyelesaikan masalah di selatan Thai.
Di Australia, Abuya berjaya meyakinkan John Howard, Perdana Menteri Australia bahawa Islam yang dibawanya tidak sama sekali ganas. Bahkan Islam itu sebenarnya adalah agama kasih sayang, kata Abuya. Alhasil dunia terkejut dengan perubahan John Howard pada tahun 2003 yang menyebut tentang adanya Islam kasih sayang, yakni sesudah menonton persembahan ‘Islam Kasih Sayang’ oleh Mawaddah di Australia. Demikianlah contoh-contoh di antara ribuan contoh lain yang memperlihatkan betapa hebat dan ajaibnya Abuya dan perjuangan Islam yang diperjuangkannya. Hal ini tentulah berkaitan dengan latar belakang pendidikan Abuya, yang telah membentuk beliau menjadi satu peribadi yang begitu mulia.
Segala kesusahan dan keperitan hidup yang dialami sejak kecil; bermula dengan kematian ibunya ketika berumur 4 tahun menjadikan Abuya berhati abid, berhati singa dan berotak geliga. Hidupnya waktu kecil bagai anak yatim piatu bilamana ayahnya pula walaupun masih hidup tapi jarang sangat berjumpa dan tidak tinggal bersama-sama. Abuya sedari kecilnya dijaga oleh:1 Bapa. 2 Bapa saudara iaitu Lebai Ibrahim dan isterinya Wak Imai Pilin (selama 5 tahun). 3 Datuk tirinya, Mohd Jirim dan nenek tiri di Segambut (selama 2 tahun)
4 Ibu tiri (selama 4 tahun) di Kuala Klang
Perpaduan satu rahmat dari Allah. Ia merupakan satu nikmat bagi manusia. Berbagai-bagai kebaikan boleh tumbuh hasil dari perpaduan. Masyarakat bersatu-padu, bertolong bantu, bela-membela, berkasih sayang, bertolak ansor dan bertimbang rasa.Masyarakat menjadi kukuh dan kuat. Apa sahaja yang hendak dibuat atau dilaksanakan menjadi mudah kerana semua pihak bersetuju dan memberi kerjasama. Keselamatan masyarakat terjamin kerana tidak ramai yang berani menggugat masyarakat yang bersatu dan berpadu. Tambahan lagi tidak banyak perselisihan atau pertelingkahan boleh berlaku dalam masyarakat yang bersatu padu.kalau pun ada, ianya mudah diselesaikan.
Ulasan
Catat Ulasan