SUKAN WADAH PERPADUAN.
Fitrah semua manusia sangat suka dia disayangi dan di hargai, tidak mengira apakah etnik, warna kulit dan agama. Manusia bersetuju jika dia diberikan penghargaan. Sama seperti perasaan manusia bila dia dikatakan sebagai "hamba kepada Allah " walaupun hakikatnya dia bukanlah seorang yang sangat mentaati Allah. Sebaliknya fitrah semua manusia menolak jika dikatakan hamba kepada selain daripada Allah. Kita akan marah jika dikatakan hamba nafsu,hamba dunia, hamba wang, hamba rumah, hamba kereta,dan lain-lain.
Sukan boleh di jadikan wadah untuk menyuburkan fitrah manusia. Fitrah yang hidup mudah untuk mencetuskan kebaikan untuk diri dan juga orang lain. Contoh perasaan semua manusia sangat bersetuju jika dia di berikan perhatian dan penghargaan. Fitrah semua manusia sangat bersetuju jika dia dikatakan sebagai "pemurah" suka menolong orang walaupun hakikatnya dia bukanlah seorang yang sangat pemurah dan suka menolong orang lain. Sebaliknya fitrah semua manusia menolak jika dikatakan jahat dan kedekut. Kita akan marah jika dikatakan hamba nafsu,hamba dunia, hamba wang, hamba rumah, hamba kereta,dan lain-lain.
Walalupun hakikatnya kita sangat memuja dan terlalu bergantung dengan dunia yang telah kita contohkan diatas dan sebagainya. Namun hati kecil kita tidak bersetuju dikatakan begitu. Ini disebabkan pada asalnya fitrah manusia baik, bersih dan murni, cuma kerana kita tidak dapat melawan hasutan syaitan dan nafsu, kita tidak dapat berbuat begitu. Bagi pemimpin terasa terbantu melalui aktiviti sukan dapat mengikat hati-hati rakyat dan mencetuskan perpaduan sesama manusia. Di atas kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah sukan kali ini dan banyak merangkul kejayaan mendapatkan pingat emas, bonus banyak diberikan kepada rakyat, secara umumnya semua mendapat bonus cuti terutamanya yang berkerja dengan kerajaan.
Rasulullah sendiri pernah menggunakan riadah sebagai wadah menambat hati manusia. Begitu juga melalui lerik lagu juga boleh menyuburkan fitrah manusia. Muzik boleh mencetus pelbagai emosi yang berbeza. Lirik, gubahan lagu dan persembahan artis berupaya untuk mencetuskan perasaan sedih, keingkaran dan juga memberi suntikan semangat serta meningkatkan adrenalin. Sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung sekarang. Ramai yang tertarik dengan lagu-lagu yang sesuai dimainkan di arena-arena pertandingan bagi meraikan usaha dan pencapaian atlet Malaysia.
Mereka mempunyai cara berperasaan yang satu, cara berfikir dan bertindak pun selari, samada dengan pemimpin atau sesama pengikut. Apabila mereka diarahkan, terus sahaja faham, kerana fikiran dan perasaan mereka sama. Mereka melihat atau menilai sesuatu perkara itu dengan kayu ukur yang sama sebab itu hasil penglihatan dan penilaian mereka sama. Seringkali arahan itu tanpa perlu bercakap, kerana perasaan, keinginan dan cita-cita mereka dengan pemimpin sentiasa selari. Kalau mereka bertemu atau berkumpul bukan untuk berunding menyamakan pendapat tetapi untuk mengisytihar sahaja tindakan yang memang telah dipersetujui sebelum bertemu. Jauh sekali dari berbalah atau bergaduh kerana berbeda pendapat.
Menurut ajaran Islam, dalam urusan dan persoalan apa pun faktor manusialah yang paling utama. Manusia adalah asset, manusia adalah pembuat dasar, manusia adalah penentu, manusia adalah pelaksana, manusia adalah pentadbir dan lain-lain. Sesuatu sistem dan pelaksanaan sangat bergantung kepada faktor manusia. Baik buruknya, maju mundur, positif negatif, kuat lemah, sempurna kurang sesuatu sistem dan pelaksanaan dalam mana-mana intitusi, manusialah yang menjadi faktor utama. Untuk melahirkan generasi yang cintakan negara dan generasi yang dicintai.
Kita lebih menitik beratkan tentang motivasi sukan. Lebih menekankan kepada aspek menyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rangsangan dalam membina insaniah manusia sebagai pembinaan masyarakat dan negara, tidak mengira etnik, agama dan warna kulit seluruhnya. Sekaligus membawa melihat bahawa persoalan riadah atau sukan bukan perkara kecil dan remeh. Ia adalah persiapan sebuah empayer. Islam sekali lagi akan menerajui dunia.
Ulasan
Catat Ulasan