HAJI MENUJU ALLAH.
Menuju Allah
Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka
Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya
Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia
Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia
Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia
Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima
Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba
Adab-adab Haji
Pergi ke Makkatul Mukarramah tempat yang bersejarah
Manunaikan ibadah kemuncak rukun Islam yang lima
Di sana umat Islam menjadi tetamu-tetamu Allah
Kenalah menjaga adab-adabnya dengan sempurnanya
Menunaikan ibadah di sana jangan gopoh-gapah
Tawadhuk dan khusyuk mestilah ada
Merempuh-rempuh dan bertolak-tolak sesama manusia jauhkanlah
Kerana bukan begitu kita beribadah kepada Allah
Jagalah tata-tertib agar mampu menyenangkan orang lain
Ia termasuk ibadah yang disebut hablumminannas
Kalau ada makhluk yang susah senangkanlah
Ia juga termasuk ibadah yang sangat diperintah
Tawadhuk dengan Allah serta malu kepada-Nya
Ia adalah sifat hamba yang mesti dimuliakan
Kerana ibadah itu hendak melahirkan sifat kehambaan
Kalau tidak lahir sifat kehambaan daripadanya ia bukanlah ibadah
Perhubungan dengan manusia kenalah jaga
Hak-hak mereka jangan sampai dicerobohi
Berkasar-kasar dan bertengkar-tengkar elakkanlah
Kerana kasih sayang di dalam Islam mesti ada dan dijaga
10.3.96
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi
‹ Sajak 2
Padang Arafah, tempat pertemuan kembali Adam dan Hawa selepas terpisah selama 40 tahun selepas diturunkan ke dunia. Di sini juga Jibril AS mengajar Nabi Ibrahim AS, tentang manasik haji. Arafah terletak di luar tanah haram, lebih kurang 22km di sebelah Tenggara Masjidil Haram. Di sini turunnya wahyu "Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku redhai Islam itu sebagai agamamu."
Di Arafah juga terdapat Jabal Rahmah. Kami berpeluang naik unta, sebagai mengenang dan merasai bagaimana Rasul SAW menunggang unta. Di zaman Rasul, ada seekor unta mengadu kepada Rasul dalam keadaan menangis, menceritakan kepada baginda bahawa dirinya dizalimi tuannya. Rasul SAW membeli unta tersebut. Ada syair yang menceritakan peristiwa ini dan syair ini kalau dibaca depan unta, insya Allah unta itu akan menangis. Inilah mukjizat Rasul SAW.
Mina; maknanya tempat berkumpulnya manusia. Terletak antara Mekah dan Muzdalifah. Jaraknya dari Masjidil Haram sekitar 7km, di sebelah Timur Lautnya. Di sinilah berlakunya peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih Nabi Ismail dan baginda melontar batu pada syaitan yang menggangu. Di sini juga para jemaah haji melontar di jumrah (ula, wustha dan aqabah), tempat kaum Ansar melakukan baiah kepada Nabi yang dikenali sebagai Baiah Al Aqabah Al Ula dan Tsaniyah.
Abuya mendidik kita menuju Allah yang Maha Esa. Menurut Abuya dalam mengupas falsafah haji, pergi haji ertinya menuju Allah yang Maha Esa. Mengimbau kembali hari raya haji bersama Abuya, ke Kampung Pilin terletak di mukim Pilin dalam daerah Rembau. Ia di Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan lokasi yang strategik di mana Kampung Pilin mempunyai jaringan jalan raya yang baik menghubungkan ke Lubuk China Melaka, Linggi Port Dickson, Bandar Pekan Rembau, Pekan Rantau, Bandar Tampin dan Bandar Seremban, di mana jarak untuk ke bandar/pekan berkenaan tidak mengambil masa sampai 1 jam. Lokasi Kampung Pilin tidak jauh dengan Tol Pedas/Linggi yang cuma mengambil masa 9 minit untuk ke Lebuh raya Utara Selatan.
Pegangan adat pepatih masih kuat diamalkan di kampung ini. Penduduknya peramah dan suasana kampung masih dikekalkan seperti semangat gotong - royong diamalkan dalam kenduri - kendara. Persekitaran yang aman damai, tenang, pergerakan kerbau, lembu, kambing dan kuda yang dapat dilihat bebas berkeliaran tanpa kandang.
Setiap kali hari raya Abuya akan membawa keluarganya menziarahi gurunya. Penulis pernah bertanya pada Abuya apakah hubungan rumah yang kita kunjungi ini setiap kali hari raya? Abuya kata itulah guru yang mengajar Abuya menulis dan membaca ABC ... Guru-Guru Abuya. Pendidikan non-formalnya jauh lebih berpengaruh dalam hidupnya. Sewaktu kecil diasuh oleh orang-orang yang berwatak taqwa. Pada usia 5 hingga 12 tahun beliau diasuh oleh bapa saudanya Lebai Ibrahim –murid langsung Sayidi Syeikh Muhammad As Suhaimi- yang betul-betul mendidiknya dengan sinar ajaran Islam yang agung.
Perjuangan kebenaran ini adalah suatu nikmat dan anugerah, yang Allah berikan kepada kita. Peluang ini kalau tidak dihargai akan ditarik balik. Seperti yang berlaku kepada orang-orang yang sudah tidak bersama perjuangan kebenaran. Sebab itu kena dijaga sungguh-sungguh dan kena pandai mensyukurinya. Program dan aktiviti yang diatur kena diikut betul-betul. Seperti selawat, solat yang agung, zikir agung, silaturrahim dan mujahadah lawan nafsu. Mesti dihayati dan dijiwai sungguh-sungguh.
Ketika bersekolah di Ma’had Hisyamudin beliau berguru kepada Syeikh Mahmud Bukhari, ulama kelahiran Bukhara yang hafiz 10.000 hadis dan mahir 6 bahasa. Syeikh Mahmud Bukhari adalah guru yang paling melekat dihati Abuya. Sungguh kehadiran Syeikh Mahmud Bukhari dari Mekah ke Tanah Melayu, memberi erti yang sangat besar kepada pembentukan peribadi Abuya. Beliau berguru pula dengan Syeikh Khalil, Haji Abdul Hakim Al Azhari dan Al Fadhil Ustad Dahlan Abdul Manaf. Pemimpin yang sebenar dalam Islam, mestilah juga seorang guru atau pendidik. Pemimpin dalam Islam adalah penyelamat, tentulah dia juga mampu mengajar dan mendidik umat.
Ulama yang takutkan Allah itu nescaya mampu jadi penyelamat kepada kaumnya mengikut bidang kemampuan yang Allah kehendaki.
Ini kerana ulama itu ada dua kategori iaitu:
1.Ulama berwatak rasul.
2.Ulama berwatak nabi.
Ini tidak termasuk ulama suk, mereka adalah perosak umat. Rakyat jadi jahat dalam pimpinan mereka. Para pemimpin dunia
Sebagai mursyid atau guru tareqat, didikan beliau kepada para muridnya diasaskan pada pembinaan insan. JIWA, AKAL, & FISIK ditingkatkan. Mercu INSAN KAMIL didaki, IMAN disuburkan, FIKRAH ISLAMIAH dipasak, FISIK dilatih tangkas, cergas menegakkan SYARIAT. Kemudian dibangun pula pembangunan material, lahirlah peradaban dan kemajuan. Terbinalah HABLUMMINALLAH & HABLUMMINANNAS untuk menepati ciri-ciri jamaah THOIFAH ISLAMIAH yang menzahirkan kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan, bukan sekedar memperkatakannya.
Ulasan
Catat Ulasan