PERKAHWINAN YANG MEMBAWA BERKAT
Jika kita mengimbau kembali ke zaman kegemilangan Islam dahulu,
pasti kita temui cerita-cerita bagaimana orang tengah, baik ibu bapa mahupun kerabat terdekat, campur tangan sehingga sesuatu perkahwinan itu diatur dan dijayakan. Perkahwinan diantara kekasih Allah yang berakhir dengan kebahagian yang begitu kudus dengan Siti Khadijah diatur bapa saudara Nabi SAW sendiri iaitu Abu Thalib
dan sepupu Siti Khadijah iaitu Waraqah bin Naufal.
Begitu juga dengan anak-anak Rasulullah SAW, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum dan Fatimah Az Zahrah, semuanya bukan mereka yang memilih sendiri calon-calon suami mereka, sebaliknya ditentukan oleh Rasulullah SAW sendiri. Lantaran diikat dengan ikatan iman dan Islam. Kesemua perkahwinan tersebut berjaya dan bahagia.
Ini membuktikan bahawa berkenal-kenalan dan bercinta sebelum berkahwin itu bukanlah syarat untuk mendirikan keluarga bahagia.
Apabila seorang wanita murid atau keluarga Abuya telah tiba masanya untuk berumah tangga, maka mereka bebas memilih sama ada ingin suami dari kalangan pengikut Abuya atau bukan pengikutnya. Mereka bebas untuk menyerahkan tugas memilih calon suami kepada ibu bapa atau AJK yang menguruskan kebajikan bagi pihak Abuya yang menguruskannya. Walaupun diberi pilihan, namun biasanya wanita tersebut lebih suka guru mursyidnya untuk memilih calon suami mereka dan menyerahkan tugas memilih itu kepada gurunya.
Pilihan tersebut dikira wajar kerana beberapa sebab. Mereka memang mengharap lelaki yang akan menjadi calon suami itu biarlah lelaki yang soleh. Agar dapat membimbing mereka menuju kebahagian hidup di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Program-program pengajian fardhu ain dan tarbiah yang menjadi program penting bagi semua keluarga dan pengikut Abuya, tentulah sedikit sebanyak membantu lelaki yang ikuti pengajian tersebut dapat menyediakan dirinya dengan ciri-ciri yang di impikan oleh kebanyakkan wanita muslimah.
Inilah di antara ciri-ciri utama untuk menghasilkan keluarga yang bahagia dan zuriat yang baik. Murid-murid Abuya sudah dikenal pasti potensi mereka dan diletakkan di posisi yang bersesuain dengan watak dan peranan mereka bersama Abuya untuk membangunkan syiar Islam. Kecenderungan dan kebolehan mereka akan diatur supaya dapat di manfaatkan untuk Islam. Setiap orang diletakkan disetiap unit dan dibantu oleh mereka yang mengepalai projek tersebut. Ertinya masing-masing dipantau oleh ketua-ketua projek.
Mengenai kufu, masyarakat biasanya kufu itu berdasarkan kepada rupa lahir, taraf pendidikan dan pangkat. Ketua-ketua projek akan melapurkan kepada Abuya tentang potensi mereka yang ada didalam kelompoknya. Walau bagaimana pun kufu dalam Islam lebih luas lagi.
Peranan mereka dan stratigi didalam membangunkan syiar Islam diambil kira disamping hal-hal lahir yang disebutkan tadi. Seboleh-bolehnya tahap pemikiran mereka yang lebih kurang sama' atau sekurang-kurangnya mamm elayani fikiran kedua belah pihak.
Jika wanita itu mempunyai bakat kepimpinan, maka biasanya calon suaminya juga seorang pemimpin. Jika wanita itu seorang guru, maka
bakal calon mereka juga terlibat dalam pendidikan. Jika wanita itu cerdik, calon suaminya juga orang yang mampu mengasah lagi kecerdikan itu sehingga dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk Islam.
Begitulah seterusnya. Apakah hikmahnya menentukan kufu mengikut pandangan yang lebih luas ini?
Apabila kedua pasangan suami isteri tadi berada pada 'line' yang sama, maka diharapkan mereka akan dapat saling kuat menguatkan.
Mereka dapat saling bantu membantu demi untuk meningkatkan lagi pencapaian syiar Islam mengikut bidang masing-masing. Ini bertujuan untuk menjamin supaya potensi yang ada pada kedua belah pihak tidak merosot selepas perkahwinan supaya tidak merugikan perjuangan Islam. Disamping dapat bantu membantu kedua-duanya.
Ia juga mengiratkan lagi hubungan suami isteri"
Suami isteri dapat bertukar-tukar pendapat, dapat mengingatkan tugas masing-masing. Saling bantu membantu menjadi regu perjuangan yang baik dan serasi. Ini juga cara dapat mengurangkan perceraian. Kemudian kepada wanita tersebut ditanya, sama ada setuju atau tidak. Kalau masing-masing daripada tempat yang berjauhan, maka sekeping gambar masing-masing akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.
Mereka bercinta selepas berkahwin, bukan sebelumnya. Betapa manis dan indahnya perkahwinan yang diaturkan sedemikian rupa.
Perkahwinan yang bermula dengan berkenalan yang baru bermula , baru nak bercinta dan didasarkan oleh hasrat untuk menjadikan perkahwinan sebagai gelanggang untuk merebut pahala itu tentunya lebih 'adventure ' dan memanjangkan lagi jangka hayatnya.
Ulasan
Catat Ulasan