(Foto:Sempena Maulidur rasul di rumah Sy. Hashim Jaafar).
“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
“Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)
Berkat senpena maulid Rasul, marilah kita menanam satu azam untuk menjadi umat Islam yang berubah, moga dengan itu Tuhan ambil perhatian kepada kita. Walaupun kita belum menjadi orang yang bertaqwa tetapi kita mulakan azam untuk menjadi orang yang bertaqwa.
Memperjuangkan taqwa adalah suatu perjuangan keyakinan untuk mendapatkan bantuan Allah. Apabila kita tidak berusaha menjadi orang yang bertaqwa, macam-macam Tuhan tunjukkan perkara-perkara yang mengancam negara yang kita cintai ini. Bukan saja Tuhan tidak akan wariskan dunia kepada kita, apa yang ada pada kita pun Tuhan akan ambil.
Selama mana umat Islam tidak berubah, selagi itulah Tuhan tidak wariskan dunia kepada umat Islam. Kalau umat Islam tidak mahu berubah meningkat menjadi orang-orang yang bertaqwa.Sampai bila pun tidak mahu berubah dan meningkat menjadi orang-orang yang bertaqwa, sampai bila pun mereka tidak akan dapat mengusai dunia sebab dunia ini adalah warisan orang-orang bertaqwa.
Malah orang-orang Islam akan
terus lemah, mundur, miskin, ditindas, dijajah, dikawal dan ditekan oleh
terus lemah, mundur, miskin, ditindas, dijajah, dikawal dan ditekan oleh
kuasa-kuasa kafir.Oleh itu umat Islam
mesti berubah. Umat Islam mesti meningkatkan ketaqwaan mereka. Baru Allah akan bela dan campur tangan.
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ .
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar Ra'd 13:11).

Mengubah apa yang ada dalam diri itu ialah menjadikan hati itu yakin, beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Merasa bertuhan. Benci dunia dan cintakan Akhirat.Mensejahterakan hati itu dengan membuang segala sifat-sifat mazmumah. Menghiasi hati dengan sifat-sifat mahmudah dengan bermujahadah melawan dan mendidik nafsu. Juga mendidik mental dan fikiran berlandaskan ilmu Islam.Supaya ilmu Islam itu menjadi teras dan panduan dalam semua usaha dan tindak tanduk.
Ulasan
Catat Ulasan