Langkau ke kandungan utama

KEKUATAN DALAMAN.



KEKUATAN DALAMAN DI TENTUKAN OLEH HATI.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik dia berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW tiba-tiba beliau bersabda, ‘Sebentar lagi akan datang seorang laki-laki penghuni Syurga.’ Kemudian tidak lama selepas itu, orang itu pun datang lalu memberi salam. Rasulullah pun berkata, "Silakan."
Itulah orangnya yang Rasulullah sebut bahawa dia ahli syurga. Rupanya, ada sahabat yang ambil perhatian. 

Apakah kelebihan orang ini? Selepas majlis selesai, Sahabat tersebut mengekori orang tadi balik ke rumah tanpa disedarinya. Setelah sampai, dia bertanya, "Bolehkah saya menumpang bermalam di rumah saudara?
Orang tadi berkata,"Ahlan wasahlan, silakan."

Tujuan Sahabat itu menumpang bermalam adalah untuk melihat
apa kelebihan orang itu kerana dalam ramai ramai Sahabat, yang ini disebut khusus oleh Rasulullah sebagai ahli syurga. Sahabat yang menumpang bermalam itu tidak tidur tetapi dia memerhati sahaja sampai ke subuh. Dilihatnya tiada apa-apa pun yang istimewa. Orang itu sembahyang yang fardhu sahaja. 

Sunat rawatib dia tidak buat. Malam pun dia tidak bangun untuk tahajjud. Padahal Sahabat itu sendiri tahajjud malam, solat sunat, berwirid, zikir dan membaca Al Quran.Pening kepala dia memikirkan. Beginikah ahli syurga?
Selepas solat subuh, mereka berbual. Sahabat itu berkata, "semalam, sebelum saudara datang ke majlis, Rasulullah ada menyebut, 'Sekejap lagi akan datang ke majlis ini seorang ahli syurga'. Tiba tiba saudara datang. Jadi, saudaralah orangnya. Tujuan saya minta bermalam di rumah saudara adalah untuk melihat amal ibadah untuk saya tiru. Tetapi saya tengok, semalam tidak ada apa-apa pun. 

Saudara solat yang fardhu sahaja. Apakah rahsia sebenar saudara boleh jadi ahli syurga?
Orang itu menjawab, "Wahai saudara, dalam hidup ini, saya bukan sahaja tidak ada hasad dengki, fikir untuk berhasad dengki pun tidak."
Itulah orangnya yang Rasulullah sebut bahawa dia ahli syurga. Rupanya, faktor dalaman iaitu kebersihan hati yang besar. Orang itu bukan setakat tidak berhasad dengki, niat atau teringat hendak hasad dengki pun tidak ada.
(Buku Islam Hadhari menurut Ust.Hj. Ashaari Muhammad).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N