Langkau ke kandungan utama

MENGENAI IMAN.

IMAN DAN PERSOALANNYA.

DENGAN NAMA ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Puji dan syukur pada Allah SWT, rahmat dan keredhaan Allah pada Rasul-Nya Muhammad SAW, semoga selamatlah kita semuanya berserta hamba-hamba-Nya yang baik. Kita menatap kembali hasil kuliah guru mursyid kita yang telah pun beliau bukukan.Abuya telah kongsikan dengan keluarga dan murid-muridnya tentang pengajian  mengenai  IMAN, yang telah di bukukan. Hadiah yang cukup istimewa dari Mursyid kita.

Satu panduan yang dapat membantu kita untuk menyelamatkan diri di dunia dan apalagi di Akhirat. Iman ialah punca tenaga, tempat lahirnya segala-gala yang kita perlukan dalam hidup ini. Iman ialah harta kita  yang akan mengkayakan hati kita. Iman ialah kekuatan kita yang akan menguatkan jiwa. Iman ialah pendidikan yang akan menjadikan diri kita  sebagai manusia yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi.

Iman ialah sahabat kita yang karib dan setia, yang sentiasa bersama di waktu suka dan duka. Iman ialah pembimbing kita yang akan memandu kita ke- pada kebahagiaan hidup yang kita harap-harapkan. Iman ialah penyuluh diri manusia yang terang-benderang, yang akan menyelamatkan kita dari kegelapan dan kesesatan. Iman ialah pengawal kita yang sentiasa bersedia untuk menjaga kita dari serangan musuh lahir dan batin.

Iman ialah pemelihara kita, yang akan menghalang kita dari terpesona dan tertipu dengan hasutan dan bujukan nafsu dan syaitan. Iman ialah pendorong kita yang akan mengarahkan kita supaya sentiasa berjuang di atas landasan yang dibenarkan’ oleh Tuhan. Iman ialah tenaga penggerak yang tidak akan membenarkan kita berpeluk tubuh melihat maksiat dan kederhakaan pada Tuhan. Kalau kita memiliki iman, kita sesungguhnya’ telah menguasai segala-galanya. Sebaliknya kalau engkau ketiadaan iman, maka engkau telah kehilangan segala-gala- nya pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N