Langkau ke kandungan utama

IKLIM MEMPENGARUHI ETNIK.



Firman Allah SWT:
وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ
Maksudnya: dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
(Al Hujurat 49:13).

Orang Arab umumnya berwatak berani,terus terang, kasar dan keras hati. Mereka juga begitu bersungguh-sungguh melayan tetamu dan kuat makan. Mudah bergaduh dan mudah bermaafan dan berbaik-baik. Orang Thailand umumnya berwatak lemah lembut, suka menolong, tidak mudah bergaduh dan bertolak ansur. Orang Barat wataknya cerdik, terus terang, boros, keras hati dan hidup nafsi-nafsi. Orang Melayu wataknya secara umum lembu, beralah, memendam rasa dan mesra. Watak seseorang atau sesuatu kaum itu terbentuk kerana pengaruh keturunan, perkahwinan, alam sekitar dan lain-lain.
(Perkahwinan anak perempuan Sy. Mujahid At Tamimi sempena Maulidur rasul 1440/2018).


Timur Tengah iklim dan muka buminya yang ekstrem, keterlaluan yakni panas dan dinginnya keterlaluan. Padang pasirnya yang kering kuntang, gersang dan tandus. Membuatkan manusia-manusia jadi keterlaluan dalam watak mereka. Maka keadilan Tuhan buat kaum ini, Allah datangkan pada mereka para Rasul dan nabi.



Di Barat pula, muka buminya
yang penuh dengan
padang rumput yang subur,
 tanah datar yang ditumbuhi
kayu kayan yang indah. Mempengaruhi orang-orangnya ahli fikir. Umumnya mereka ini cerdik dan kreatif.
Hasilnya orang barat mencetuskan
 kemajuan teknologinya.

Apa hal dengan orang Timur?
Pengaruh iklim, muka bumi dan makanan telah membentuk watak mereka sebagai bangsa yang terlembut di dunia. Orang Timur dikatakan bangsa yang paling baik (akhlaknya) di dunia.
Iklim dan muka bumi tempat tinggal mereka tidak terlalu mencabar
mereka. Lalu mereka tidak
 perlu merancang sesuatu
untuk menghadapinya. Mereka
 tidak tercabar oleh alam sekitar.
Maka jadilah bangsa itu orang yang kurang bergaduh dan berperang. Mereka lembut-lembut dan baik-baik. Suka hidup bergotong royong. Tapi kerana itu jugalah mereka jadi bangsa yang tidak cerdik, tidak kreatif dan tidak pernah menjadi empayar didunia.

Tapi ada satu janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW, untuk orang Islam di Timur iaitu kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman  akan berlaku ditangan mereka. Untuk itu pemimpin yang mereka perlukan bukan bertaraf nabi atau rasul atau filasuf. Mereka cukup dengan seorang yang soleh kalau pun tidak bertaraf wali.

Demikianlah watak kaum itu ditentu
kan juga oleh muka bumi dan iklim disamping lain-lain faktor. Tujuan
 Allah SWT membezakan watak manusia
dan bangsa-bangsa itu ialah supaya
manusia-manusia itu saling tiru
meniru dan saling belajar mempelajari,
lengkap melengkapi serta sempurna menyempurnakan antara satu
sama lain.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N