KEBANGKITAN SYIAR ISLAM.
Syiar Allah itu kalau dibesar-besarkan akan memperlihatkan indah dan gagahnya Islam itu. Allah SWT memerintahkan ditegakkan syiar-Nya dengan firman Allah: "Barangsiapa membesarkan syiar Allah sesungguhnya ia daripada hati yang bertaqwa.
(Al Haj :32).
Syiar Islam terserlah di era kebangkitan Islam ini. Kita sedang menyaksikan suatu perubahan dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam.
Sekalipun bilangan yang terlibat
belumlah memuaskan, namun pertambahannya sedang dipergiatkan dan angka itu tidak pernah menurun; bahkan bertambah meningkatkan.
Sekalipun bilangan yang terlibat
belumlah memuaskan, namun pertambahannya sedang dipergiatkan dan angka itu tidak pernah menurun; bahkan bertambah meningkatkan.
Guru mursyid kita pernah memberikan kuliahnya bertajuk kebangkitan Islam di Timur.Kebangkitan Islam di Indonesia bermula dari golongan atasan.
Kebangkitan Islam di Malaysia bermula dari bawah. Semua perkembangan tersebut kita telah menyaksikan. Dan golongan terakhir menerima gelombang kebangkitan Islam di Malaysia adalah golongan selebriti.
Di pihak musuh Islam telah berusaha menghalang kebangkitan Islam tersebut. Berita yang sampai kepada kita hanya beberapa tindakan sahaja yang telah mereka lakukan. Berita sebenar tindakan mereka yang tidak sampai kepada kita terlalu banyak. Namun segala usaha mereka gagal. Bahkan musuh Islam sendiri merasa hairan kenapa strategi kali ini tidak berkesan.
Kini adalah era giliran yang telah Tuhan taqdirkan untuk kebangkitan Islam yang bermula di timur. "Ini adalah qada dan qadar Allah pada azali lagi". Kejadian tersebut telah Tuhan ingatkan didalam Al Quran. Firman Allah SWT:
وَتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ.
Maksudnya:
Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia,
(Ali Imran 3:140).

Sekarang, kebangkitan ini terlalu laju,sedang menuju ke satu gelombang yang lebih besar lagi. Apakah persiapan kita untuk menyongsong dan mengendalikan kemaraannya. Dalam hal ini kita hanyutkan diri
dalam arus kebangkitan Islam.
Di era ini kita buat sedikit hasilnya banyak berkat bonus kebangkitan Islam.
dalam arus kebangkitan Islam.
Di era ini kita buat sedikit hasilnya banyak berkat bonus kebangkitan Islam.
Ulasan
Catat Ulasan