Peralihan kuasa berlaku secara aman berlaku di Malaysia. Ia detik yang mungkin tidak pernah terjangkau oleh imaginasi kita yang selama ini percaya perubahan hanya boleh berlaku melalui revolusi ala Iran atau Arab Spring. Inilah ‘aqidah’ pengamatan kita selama ini – hanya melalui anarkisme, kerajaan boleh diruntuhkan. Kepercayaan itu akhirnya terbukti karut.
Tuhan yang Maha berkuasa telah memproses hati manusia, inilah yang berlaku kepada rakyat Malaysia yang bukan jenis balas dendam. Sikap cool rakyat Malaysia menanggapi politik terlihat jelas selepas pengalaman berharga pascademonstrasi Reformasi 1998. Demonstran kita nampaknya lebih senang lepak bercendol atau mengeteh selepas tamat ‘waktu rasmi’ himpunan. Dengan kata lain, rakyat Malaysia tidak disambar kesan domino Arab Spring yang tercetus pada 2010.
Maka kita telah mula sedar dan insaf bagaimana Tuhan memilih Malaysia menjadi tapak kebangkitan Islam sekali lagi. Iaitu dilakukan satu kejadian maka umat Islam tersintak kerana dilanda kesedaran apa yang berlaku dihadapan matanya. Suatu ketika dulu negara kita dikenali dengan nama Semenanjung Tanah Melayu, sekarang dikenali dengan nama Malaysia. Nama 'Tanah Melayu' kini tinggal dalam lipatan sejarah, kalaupun ada nama tersebut digunakan iaitu pada keretapi Tanah Melayu.
Golongan yang cintakan agama, negara bangsa terserlah dan golongan yang anti agama Islam juga terserlah. Kini tidak ada siapa yang boleh berlakun lagi. Sikap masing-masing sudah terserlah.
Kita sangat yakin apabila Tuhan
telah takdirkan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di Timur tidak ada suatu kuasa yang dapat menghalang dan menggagalkannya. Walaupun musuh telah melakukan pelbagai perancangan dan strategi, namun kesedaran masyarakat semakin terserlah.
telah takdirkan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di Timur tidak ada suatu kuasa yang dapat menghalang dan menggagalkannya. Walaupun musuh telah melakukan pelbagai perancangan dan strategi, namun kesedaran masyarakat semakin terserlah.
Dengan adanya peranan Yang di Pertuan Agong yang menerajui pimpinan negara, kita yakin agama Islam terus berdaulat di Malaysia dan agama lain bebas menjadi anutan. Rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama terus menikmati keamanan dan kemakmuran. Dengan adanya peranan Yang di-Pertuan Agong dan Tun Dr.Mahadhir Malaysia terus menikmati keamanan. Selain itu ada peranan yang tersirat iaitu adanya golongan yang disebab mereka kita dibantu oleh Tuhan. “Allah taala membantu umat ini hanyalah sebab orang-orang lemah mereka, sebab doa mereka, solat mereka dan ikhlas mereka.” (Riwayat AnNasaie, sahih).
Ulasan
Catat Ulasan