Membangunkan negara seperti yang Tuhan iktiraf didalam Al Quran bukan mudah. Iaitu baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur. Ini kerana menjadi warga negara yang mendapat keampunan Tuhan dan negara yang makmur. Buah daripada negara Islam melahirkan manusia yang baik. Contoh melahirkan warganegara yang terpimpin. Warga negara yang cinta dan takutkan Tuhan. Warga negara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Mereka yang dapat kekalkan rasa kehambaan dan mereka merasa sentiasa berdosa sekalipun tidak nampak dosa yang mereka lakukan. Apatah lagi jika nampak.
Mendidik untuk melahirkan manusia seperti diatas bukan mudah. Ini kerana manusia terdiri daripada jasad, lahir (fizikal), ada jasad batin (manusia itu ada akal, roh dan nafsu). Kejayaan pembinaan insan ditentukan oleh tiga anggota batin yang tidak nampak.
Maka bagi warganegara yang bercita-cita membaiki diri, dari rakyat jelata hinggalah kepada kepimpinan. Adanya masyarakat yang dididik oleh pemimpin atau pendidik mestilah mengetahui ilmu tentang roh atau hati manusia kerana sesungguhnya: Pendidikan itu rapat dengan rohaniah manusia."
Allah boleh sahaja tukarkan pemimpin yang zalim dalam satu malam. Namun sengaja Allah biarkan supaya lebih banyak hati yang merintih dan dekat dengan Tuhan.
Allah boleh sahaja tukarkan pemimpin yang zalim dalam satu malam. Namun sengaja Allah biarkan supaya lebih banyak hati yang merintih dan dekat dengan Tuhan.
Pertukaran kerajaan lama dengan kerajaan yang baru sekarang setelah lebih 60 tahun negara ini merdeka.Allah boleh sahaja tukarkan kerajaan yang zalim dalam satu malam. Namun sengaja Allah biarkan supaya lebih banyak hati yang merintih dan dekat dengan Tuhan. Itulah tujuan disusah-susahkan. Sudah lumrah manusia, jika mudah dan senang maka Allah dilupakan. Kerana Dia yang Mencipta, maka Dia lebih Mengetahui keadaan hamba-hambaNya.
Tuhan telah taqdirkan Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam sekali lagi. Malaysia adalah tapak kebangkitan Islam di Timur. Ertinya perubahan yang berlaku di Malaysia berlaku dari bawah hinggalah keperingkat atasan. Penghijrahan daripada golongan rakyat jelata, profesional, orang politik hinggalah golongan terakhir iaitu dikalangan selebriti.Kesan dakwah berlaku kesedaran dikalangan rakyat Malaysia. Ia berlaku dari kehidupan jahiliah kepada Islam adalah cara hidup. (Islam is the way of live). "Islam Hadhari" berlaku diperingkat negara Malaysia. Ia menjadi sebutan di mana-mana, semua jabatan kerajaan pernah menganjurkan nya diperingkat jabatan masing-masing.
Apabila kesedaran tersebut sudah berakar umbi dalam masyarakat, siapapun yang memerintah terpaksa akur dengan kehendak rakyat.
Slogan Islam Hadhari pernah berkumandang dibumi Malaysia.
" Islam Hadhari tersebut melibatkan semua pihak. Bermula dari pemimpin, ulama, pegawai dan kakitangan kerajaan dan seterusnya kepada semua peringkat rakyat jelata. Oleh itu semua pihak perlu tahu dan perlu memahami tentang skop, penglibatan dan tuntutan-tuntutan nya.

Pembangunan Islam Hadhari bererti pembangunan tamadun.
Bermula dari tamadun rohani yang akan mencetuskan pula tamadun lahiriah atau material atau fizikal. Tanpa tamadun rohani, tamadun lahiriah atau material tidak ada erti apa-apa bahkan akan merosakkan, merugikan dan memusnahkan
manusia.
manusia.
Inilah caranya Rasulullah SAW membina tamadun dalam sejarah Islam.
Rasulullah SAW membina tamadun rohani dahulu di kalangan para Sahabat
selama tiga belas tahun di era Mekah. Selepas terbina tamadun rohani, barulah Rasulullah SAW menggerakkan pembinaan lahiriah selama sepuluh tahun di Madinah. Inilah Sunnah yang mesti kita ikut.
selama tiga belas tahun di era Mekah. Selepas terbina tamadun rohani, barulah Rasulullah SAW menggerakkan pembinaan lahiriah selama sepuluh tahun di Madinah. Inilah Sunnah yang mesti kita ikut.
Ulasan
Catat Ulasan