SEMUA TARIQAT BERGABUNG.
Dalam Islam disudut Tauhid tokoh ulama ahli sunnah Waljamaah dikenali dengan Abu Hassan Al Ashaari dan Abu Mansur Al Maturidi. Dari sudut feqah dikenali dengan ulama empat mazhab iaitu Imam Maliki, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Imam Syafie. Tokoh ulama disudut Tasauf dikenali dengan tokoh Imam Al Ghazali.Pada bulan Rabiul Awwal ini kita menyaksikan di seluruh pelusuk dunia Islam, kaum muslimin merayakan Maulid. Khususnya kumpulan-kumpulan Tariqat menjadi penganjurnya. Kelahiran Nabi Muhammad Saw dengan cara dan adat yang mungkin beraneka ragam. Tetapi tetap dengan satu tujuan, iaitu memperingati kelahiran Nabi kita dan menunjukkan rasa suka cita dan bergembira dengan kelahiran beliau Saw.
Tak terkecuali di negara-negara Asia Tenggara dan negara kita, di Bandar-bandar maupun di masyarakat desa begitu meriah melakukan perayaan tersebut.Dalam tasawuf lebih banyak aliran atau cabang. Contoh tariqat antaranya ialah, Tariqat Syazaliah, Tariqat Naqsyabandiah, Tariqat Qadiriyah, Tariqat Mufradiah, Tariqat Jaafariah, Tariqat Ismailiah, Tariqat Yasafiyah dan Khawajagawiyah. Tariqat Khalwatiyah, Tariqat Syatariyah,
Tarikat Rifa’iyah, Tariqat Sammaniyah, Tariqat Ahmadiyah Idrisiyyah, Tariqat Tijaniyah, Tariqat Chistiyah, Tariqat Mawlawyah, Tariqat Sanusiyah, Tariqat Alawiyyah / Haddadiyah, Tariqat Ghazaliah, Tariqat Aurad Muhammadiah dan lain-lain.
( Masjid Moroko ).
Salah seorang tokoh yang tidak asing lagi juga kawan Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi iaitu As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulama Islam dari Arab Saudi. Dilahirkan pada tahun 1365H atau 1946M di kota Mekkah. Ia berasal dari keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal. Ayahnya adalah As-Sayyid Alawi, seorang ulama terkemuka di Mekkah dan merupakan salah seorang penasihat Raja Faisal, raja Arab Saudi. Di bawah bimbingan ayahnya, sejak kecil ia sudah belajar Al-Quran. Ayahnya meninggal dunia pada tahun 1971.
Melalui program dan pimpinan rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tariqat, para pejuang rohaniah menjiwai ajaran tasawuf. Penghayatan tariqat atau melaksanakan perjuangan rohani berjaya untuk mencapai hakikat atau tujuan dalam ajaran sufi.Tariqat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah SWT. Secara praktikalnya, tariqat adalah himpunan amalan-amalan taqwa (zahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.
Walaupun pada zaman Rasulullah (saw) nama tariqat belum lagi masyhur namun asal usul perjalanan tariqat ini adalah diambil dari kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat terutama golongan ahli Suffah yang telah menjalani kehidupan yang zuhud dan mursyid atau pembimbing mereka ialah Rasulullah saw. Mereka sentiasa berada didalam Masjid Nabawi untuk mendapatkan bimbingan rohani dari Rasulullah SAW.Seperti mana perkataan tauhid, fiqh, nahu,saraf, mustalah hadis, dan lain-lain belum wujud pada zaman Rasulullah SAW , yang mana ia hanya muncul selari dengan perkembangan Islam apabila ilmu-ilmu tersebut mula dibentuk dan disusun secara sistematik oleh ulama-ulama Islam yang hidup antara 100-200 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW.
Begitulah hal keadaannya dengan ilmu tariqat dan ilmu tasawuf, apabila ulama melihat perkembangan agama Islam yang semakin meluas dan semakin ramai umat Islam sudah mula mengabaikan aspek kerohanian dan kebatinan yang merupakan intipati agama ini, maka ulama seperti Imam Junaid al-Baghdadi telah mengambil intipati ajaran tasawuf dan tariqat dari al-Quran dan Hadis kemudian disesuaikan proses tarbiah dan tazkiyatun nufus (penyucian jiwa) dengan keadaan zaman, keadaan, murid dan situasi.
Penyusunan ilmu tariqat dikemaskini dengan lebih teratur oleh Syaikh Abdul Qadir al-Jailani(wafat pada 561H) yang mempunyai ribuan murid.Metodologi tariqat yang digunakan oleh para mursyid (pembimbing tariqat) adalah berbeza namun hampir kesemuanya lebih tertumpu kepada menghubungkan hati kepada Allah setiap masa dan keadaan. Konsep yang dipakai juga berbeza-beza ,ada yang selesa dengan konsep mujahadah, ada yang lebih kepada konsep cinta, ada juga konsep syukur dan sabar, konsep puasa, dan lain-lain.
Tariqat yang asalnya untuk melahirkan mukmin sejati akhirnya telah menghasilkan mujahid-mujahid agama yang bertebaran keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam dengan hikmah dan kasih sayang.Sejarah membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan ahli tariqat dan tasawuf telah memainkan peranan penting dalam memberi pengaruh kepada dunia Islam dengan membawa amalan Islam dan intipati ajarannya ke seluruh pelosok alam termasuklah alam Nusantara ini.
Seperti mana dalam ilmu tauhid dan fiqah, ada saja golongan yang tersesat didalamnya kerana godaan nafsu, begitu juga nasib yang dialami oleh sesetengah ahli tariqat. Namun amat silap jika seseorang memandang sinis dan langsung meninggalkan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf/tariqat hanya kerana segelintir mereka ada yang tergelincir.
Kemunculan Imam Mahdi, dengan ketaqwaannya mampu menggabungkan semua umat Islam yang berbeza mazhab dan pandangan dibawah pimpinannya. Tariqat adalah umpama sebuah madrasah yang mana subjek pengajian utama didalamnya ialah ilmu tasawuf, matlamatnya ialah untuk mencapai maqam ihsan. Ihsan adalah rukun agama yang ketiga yang wajib direalisasikan oleh setiap mukmin untuk menyempurnakan kehidupan agamanya.
Tariqat ialah seumpama organisasi yang menggabungkan Iman (Tauhid) dan Islam (syariat) dalam bentuk Ihsan. Hasilnya melahirkan graduan rohani atau mereka yang mempunyai hati yang selamat sejahtera dibawa pulang ke akhirat. Walaupun pada zaman Rasulullah (saw) nama tariqat belum lagi masyhur namun asal usul perjalanan tariqat ini adalah diambil dari kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat terutama golongan ahli Suffah yang telah menjalani kehidupan yang zuhud dan mursyid atau pembimbing mereka ialah Rasulullah saw. Mereka sentiasa berada didalam Masjid Nabawi untuk mendapatkan bimbingan rohani dari Rasulullah SAW.
"Perang Teluk Islam kembali gemilang." Antara buku yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Roh buku tersebut membawa umat Islam menjiwai kembali persoalan yang diabaikan yang berkaitan dengan hati, jiwa atau roh dengan bimbingan praktikal malalui guru Tariqat.
Ulasan
Catat Ulasan