WAY OF LIFE.
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُ.
Maksudnya: "Agama disisi Allah itu adalah Islam."
(Ali Imran 3:19).
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُ.
Maksudnya: "Agama disisi Allah itu adalah Islam."
(Ali Imran 3:19).
Agama dalam ayat ini bukan setakat pegangan dan kepercayaan. Agama dalam ayat ini ialah "Addeen" atau cara hidup. (Way of life). Sama ada cara hidup itu di peringkat individu atau pundi peringkat masyarakat.
Cara hidup di peringkat
individu ialah yang ain dan di peringkat masyarakat ialah
yang kifayah.
individu ialah yang ain dan di peringkat masyarakat ialah
yang kifayah.
Cara hidup diperingkat individu ialah yang bersangkut paut dengan iman, ketaqwaan, ketuhanan dan ibadah khususiah yang bertujuan untuk membina iman, jiwa dan akhlak.
Cara hidup di peringkat masyarakat pula ialah yang bersangkut paut dengan ibadah umumiah atau pembentukan sistem hidup seperti sistem ekonomi, pendidikan, masyarakat, kebudayaan, kesihatan, kemajuan, pembangunan dan sebagainya.
Peranan manusia diperingkat individu adalah peranan manusia sebagai hamba bersabit hubungannya dengan Tuhan.(Hablumminallah). Di peringkat masyarakat adalah peranan manusia sebagai khalifah yang bersabit hubungannya dengan sesama manusia. (Hablumminannaas).Kedua dua hubungan ini iaitu Hablumminallah dan Hablumminannaas, adalah didalam rangka membina tamadun.
Diperingkat individu untuk membina tamadun rohani.Diperingkat masyarakat untuk membina tamadun lahiriah.
Islam didalam ayat ini bukan setakat agama Islam itu sendiri. Bukan setakat penyembahan dan hukum hakam. Islam disini bermaksud selamat dan menyelamatkan. Bukan setakat selamat. Kalau selamat tentu Tuhan akan sebut Salmun. Islam bermaksud kita selamat dan orang lain selamat.
Jadi, kalau dikupas secara terperinci, ayat ini membawa maksud yang tersirat seperti berikut:
"Cara hidup di sisi Allah SWT itu selamat dan menyelamatkan."
Ini bermakna kalau cara hidup atau tamadun Islam yang kita tegakkan itu adalah kerana Allah dan mengikut cara yang Allah mahu, maka ia akan selamat dan menyelamatkan bagi orang lain. Tamadun Islam itu tidak menindas, tidak menekan, adil dan tidak militan.

"Kalau bukan kerana ini giliran Islam, komunis sudah kuasai kita..." antara coretan ekspedisi Timur Tengah - Thailand bersama Abuya sebelum penangkapan ISA.
Ulasan
Catat Ulasan