NEGARA ISLAM.
Daulah atau negara Islam yang Allah hendak wariskan adalah kepada orang-orang yang bertaqwa. Kalau tidak bertaqwa, maka kita tidak layak untuk diwariskan sebuah daulah Islam.
Jadi usaha awal mesti dari kita. Kita yang dulukan. Kita yang patut berusaha menjadi orang yang bertaqwa.
Menjadi rakyat yang bertaqwa. Menjadi pemimpin yang bertaqwa. Kalau majoriti rakyat dan pemimpin sudah bertaqwa, maka Tuhan akan datangkan bantuan, pembelaan dan perlindungan. Tuhan akan turun tangan. Tuhan akan anugerahkan dan hadiahkan kemenangan.
Allah SWT berfirman:
أَنَّ ٱلْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّٰلِحُونَ.
Firmannya: Akan aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa."
(Al Ambia 21:105).
Kuasa ke atas dunia ini adalah warisan orang-orang yang bertaqwa. Kalau orang-orang yang bertaqwa tidak ada, Tuhan akan biarkan dunia ini dikuasai oleh orang-orang kafir hingga wujud orang-orang yang bertaqwa. Ketika itu kuasa akan berpindah dan beralih tangan.
Tuhan tidak akan wariskan dunia ini kepada orang-orang yang hanya Islam. Malahan Tuhan tidak pernah janjikan apa-apa pun kepada orang-orang Islam.
Bila orang- orang kafir berkuasa,
sudah tentulah mereka berlaku zalim tetapi mereka zalim atas nama mereka sendiri dan nama agama mereka.
Kalau orang-orang Islam berkuasa, mereka juga akan berlaku zalim sebab kalau setakat Islam sahaja, mereka tidak akan mampu berlaku adil. Bezanya mereka akan zalim atas nama Allah dan nama Islam. Ini yang berat. Zalim sahaja pun sudah berat. Ini pula zalim atas nama Allah dan Islam. Lagi-lagilah berat.

Ulasan
Catat Ulasan