(Yang di-Pertuan agong mencium Al Quran).
Islam ialah agama bagi persekutuan, menyatakan bahawa negara ini mempunyai agama dan menjadi tunjang kepada falsafah atau ideologi negara. Oleh kerana peruntukan ini merujuk kepada Islam, maka keseluruhan peruntukan terbabit perlu dilihat dalam konteks Islam.Ini selaras dengan sejarah dan amalan yang ada di negara ini, iaitu Islam mempunyai kedudukan dan pengaruh besar sejak sebelum kemerdekaan lagi.
Agama Islam tidak asing dalam perlembagaan negeri-negeri di Tanah Melayu. Bahkan diperingkat persekutuan ianya di terajui oleh yang di Pertuan agong hingga ke hari ini. Tiada apa perubahan yang berlaku.
Namun ia menjadi hangat ketika hendak pilihanraya atau selepas pilihanraya.
Istilah Islam dari sebelum merdeka hingga ke hari ini terus hangat diperkatakan. Ia terus bermain-main di mulut malahan di fikiran kebanyakan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Supaya Islam benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang, satu perubahan dan satu anjakan paradigma yang memang kita perlukan dan nanti-nantikan.
Dengan satu langkah yang praktikal dan berkesan bagi mengangkat martabat umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Untuk itu, semua rakyat Malaysia, tidak kira agama, kaum dan etnik perlu memahami dan menerima nya dengan hati yang terbuka tanpa prasangka.
Islam yang sebenarnya membawa kemajuan insaniah dan kemajuan material. Disamping itu, dengan terbinanya insan dan terbangunnya material, gejala masyarakat dan jenayah akan berkurangan. Inilah masalah selama ini yang memeningkan kepala semua kaum yang jalan penyelesaiannya belum dapat ditemui. Kita yakin apabila Islam way of life dapat dilaksanakan, kita dapat lihat satu perubahan yang luar biasa yang akan berlaku di Malaysia. Mari kita berjuang kearah itu. Ia untuk semua kaum dan bangsa. Semua kaum dan bangsa di Malaysia akan mendapat keuntungan.
Ulasan
Catat Ulasan