ORANG YANG MEMILIKI NIKMAT DIHASAD.
(Sempena Maulidur rasul di Sendayan).
Setiap yang Allah swt berikan kepada kita, samada bentuk positif atau negatif perlulah kita syukuri. Baik dan buruk itu adalah penilaian kita sebagai hamba yang lemah. Manakala Allah taala lebih mengetahui. Setiap penciptaan-Nya adalah terbaik. Daun yang gugur pun adalah baik, kerana tiada satupun yang Allah jadikan adalah sia-sia. Melainkan kita selaku hamba yang tak pandai menerimanya.
Kita dalam berjuang, sentiasa dipandu oleh guru mursyid supaya tidak tersasul. Dengan apa yang dia dilalui menjadi panduan kepada pengikut dan murid-muridnya. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik. Kita diyakinkan bahawa Malaysia sebagai tapak timur telah di isyaratkan berada dalam Jadual Allah. Kita perlu menjejak jadual tersebut supaya tidak keliru.
( Mee tarik muslim ).
Apapun yang terjadi sudah tentu ada hikmah yang tersurat dan yang tersirat. Hal yang tersurat kita boleh dapatkan informasi dari media perdana dan media sosial. Namun hal yang tersirat perlukan guru untuk bantu kita menjelaskannya. Kita telah dididik dalam berjuang, sentiasa bersyukur dengan apa yang di lalui. Ujian dan nikmat silih berganti, semuanya diterima dengan baik.
Dalam perjuangan yang penuh liku, sifat taqwa adalah kunci kejayaan. Tanpa taqwa, tiada bantuan daripada Allah swt. Allah hanya membantu orang yang bertaqwa. Dengan taqwa, seorang hamba pandai berperasaan dan berfikir mengikut kehendak Tuhan.
Setiap yang diberi nikmat dia dihasad. Kita perlu sedar hal ini. Apabila Malaysia ditakdirkan menjadi tapak ditimur sudah tentu ada yang tidak senang dan hasad dengki. Ia bukanlah perkara pelik. Apa yang penting kita tidak mudah melatah dan panik dengan situasi yang dilihat. Berjalan terus diatas landasan didalam jadual Allah.
Kini, buah daripada perjuangan Abuya sedang berputik dan berkembang dengan baiknya. Kesedaran di kalangan rakyat Malaysia yang luarbiasa, maruah dan imej Malaysia yang bertambah baik kerana bumi bertuah ini sedang Allah pelihara.
Anak kunci semua kejayaan ini ialah sifat taqwa. Sifat inilah yang menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya. Sifat inilah yang dituntut daripada kita, yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

Ulasan
Catat Ulasan