" Bersandar hanya dengan akal, menjadikan manusia tak tahan uji ".
Semenjak manusia itu di wujudkan, aqal dan wahyu diwujudkan. Akal dan wahyu sama2 diwujudkan Tuhan. Wahyu itu agama, wahyu itu ada hubungan dengan Tuhan. Di sini kita dapat lihat, tujuan Tuhan adakan wahyu, adakan aqal, supaya satu sama lain saling memerlukan, kuat menguatkan satu sama lain. Aqal kuatkan wahyu atau agama dan wahyu kuatkan aqal.
Wahyu membetulkan aqidah, membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib, meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama.
Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yg berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yg pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar.
Oleh itu, daripada awal lagi diwujudkan manusia, Allah wujudkan aqal dan wahyu supaya kuat menguatkan antara satu sama lain, supaya satu sama lain perlu memerlukan.
Tapi dalam ayat Qur’an lain Tuhan ingatkan tentang tujuan Tuhan menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapa di kalangan manusia yg baik. Jadi untuk tujuan itu diwujudkan nafsu dan syaitan. Maka dua perkara itulah yg mengganggu manusia supaya aqal dan wahyu dipisahkan. Patutnya bersatu tapi kerana kerja nafsu dan syaitan jadi dipisahkan. Sedangkan Tuhan hendak satukan aqal dan wahyu. Tapi bila manusia hidup untuk diuji Tuhan, tujuan itulah Tuhan datangkan nafsu dan syaitan. Dapat tak manusia dengan aqal dan wahyu itu melawan nafsu dan syaitan supaya berhasil aqal dan wahyu dapat disatukan.
Tapi apa yg berlaku, banyak manusia gagal menyatukan aqal dan wahyu, jadi wahyu tersendiri, aqal tersendiri. Paling2 baik ada orang dapat pertahankan wahyu, dia dapat amalkan wahyu dengan sebaik2nya tapi mundur, jumud, akhirnya orang yg inginkan dunia, ingin maju jadi tolak wahyu. Orang yg dapat pertahankan wahyu tapi jumud ini dia tak dapat selamatkan orang, hanya selamatkan dirinya sahaja.
Yang aqal tersendiri pula lagi tersasar kerana hanya fikir hendak maju hendak membangun tapi terus tersesat dari kehendak Tuhan. Sedikit sangat orang yg dapat hubungkan wahyu dengan aqal. Yg keadaan hidupnya baik tapi maju, sedikit sahaja. Yg mana golongan sedikit ini tak terpengaruh dengan dunia dan mendidik orang dunia dengan wahyu, sebab dia juga mempunyai kemajuan.
Ahli falsafah kuno maupun moden, ahli sains yg gunakan aqal sahaja, ertinya tak bermasyarakat tapi orang tak pernah komen tak mainstream tapi kerana di puja orang tak cacatlah, sebenarnya mereka duduk sahaja guna aqal.
Apa terjadi? ahli sains sudah lah tak mainstream, dia gunakan akal, dia anggap hidup tak ada ujian, dia anggap bila guna akal, aqal dapat ditajamkan, semua boleh selesai dengan akalnya. Tapi dia tak fikir dalam hidup ini ada ujian-ujian. Kadang- kadang sakit, kadang-kadang orang kata, kadang-kadang bencana alam, dan lain-lain.
Bila bencana alam, dia akan gunakan aqal untuk fikir bagaimana supaya baik, bila sakit dia fikir bagaimana supaya baik. Fikir, duduk termenung sahaja (tak bertindak, tak cari ubat) sebab itu banyak ahli falsafah akhirnyajadi bodoh, akhirnya kecewa berhadapan dengan keadaan, akhirnya putus asa, bunuh diri.
Ayat-ayat Al Quran mengenai akal:
Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.
( Al maidah 5 :58 ).
Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan .
(At Talaq 65:10).
Jadi itulah panduannya, ilmu ini umat Islam mesti ada terutama ulama, kalau ada ilmu atau panduan-panduan ini, bila umat Islam gunakan aqal sangat cantik. Dia akan jadi progresif tapi tak syirik dengan Tuhan, tapi hari ini ulama-ulama pun apa-apa hal gunakan aqal, hal dadah pun gunakan aqal, timbul isu kondom, jarum, seolah-olah aqal adalah segala2nya boleh selesaikan masalah.
Ulasan
Catat Ulasan