Langkau ke kandungan utama

MODEL PERKAMPUNGAN ISLAM DI TANJUNGKARANG.

Semasa Abuya tinggal di kampung Sungai Leman Sekinchan Tanjung Karang Kuala Selangor. Ketika itu Abuya baru ada dua orang anak iaitu Nasibah dan Fakhrur Razi. Rumah Abuya di sebelah masjid lama kampung Sungai Leman Sekinchan. Rumah tersebut berdekatan dengan kawasan perkuburan. Keluarga angkat Abuya di Kampung Sungai Nibong Tanjung Karang Selangor.
Semasa Abuya berpindah di Kuala Lumpur, anak Abuya yang sulung iaitu Nasibah tinggal bersama dengan mak mertua Abuya di Segambut. Dan saya tinggal bersama datuk Muhammad iaitu ayah Abuya ketika darjah satu sekolah rendah di kampung Segambut Dalam. Mak mertua Abuya tinggal di kampung Segambut Hilir.
Ketika aktif berjuang di Tanjung Karang bersama PAS ketika itu, Abuya bersama kawan-kawannya yang mendapat hidayah untuk bina cara hidup Islam. Bukan sekadar cakap-cakap dan ceramah. Bersama kawan-kawan Abuya sebuah model kehidupan Islam dibina. Ada projek kedai runcit, taman asuhan kanak-kanak, kilang roti, dan projek makanan Islam. Walaupun ditentang pimpinan PAS ketika itu kerana method PAS ketika itu lebih kepada ceramah Politik, namun Abuya teruskan bersama kawan-kawannya. Antara kawan Abuya ketika itu ialah Ustaz Zakaria Al-Ansari.
Jadual Abuya padat. Siang mengajar dan malam ceramah. Dari satu tempat ke tempat yang lain, dari Tanjug. Karang hingga ke Klang jauhnya ketika itu. Motor adalah kenderaan rasmi Abuya bersama kawan-kawannya. Ketika itulah kisah yang biasa kita dengar terjadi. Tangga rumah dilarikan orang, enjin motor meletup kerana tangki minyak dibubuh garam,
nak dipukul orang ketika qiyamullail di Masjid, dikejar samseng tempatan kerana aktifnya dakwah Abuya masa itu.
Anak-anak Abuya masih kecil ketika itu. Abuya dan isteri sibuk berjuang, maka mereka dijaga oleh anak murid mereka. Sudah menjadi adat mencari berkat di kalangan murid dengan khidmat kepada guru. Maka anak-anak Abuya dijadikan anak angkat mereka. Ada juga yang dijadikan adik angkat ketika Ustazah Hasnah sibuk mengajar mereka.
Antara kawan-kawan Abuya yang lain ketika itu ialah Mbah Karim dan Kiyai Soleh. Mbah Karim dikatakan ayah angkat Abuya dan Kiyai Soleh abang angkat Abuya. Ada seorang lagi Us Soleh ialah adik angkat Abuya. Sudah budaya ketika itu mereka yang rapat dan erat hubungan dijadikan keluarga angkat.
Mereka ini saksi perjuangan Abuya dan ada di kalangan anak mereka bersama dengan perjuangan Abuya. Ketika Abuya terjatuh dalam parit kerana jambatan sengaja dirosakkan hingga roboh, mereka antara saksinya. Mereka sendiri melihat Abuya terjatuh dalam parit. Yang anehnya bagi mereka, Abuya ucapkan "ALHAMDULILLAH". Seolah-olah Abuya terhibur ibarat mendapat hadiah. Patutnya bagi mereka ucaplah Innalillah kerana mendapat musibah. Abuya pernah ditanya, mengapa Abuya Seolah-olah seronok ditimpa ujian, kata Abuya "Kita ni hamba Allah swt. Apa yang Allah berikan kepada kita itulah sebaik-baik pemberian. Sebab itu Saya bersyukur Allah masih ingat kepada saya".
Saya juga menyaksikan bagaimana Allah swt menjamin rezeki Abuya ketika itu, walaupun tiada jemaah namun berkat silaturrahim yang Abuya bina rezeki yang Allah beri tidak hanya daripada gaji Abuya sebagai guru agama yang berapa sahaja. Kawan-kawan Abuya daripada kalangan nelayan sering beri ikan dan hasil tangkapan laut. Selalu saya ikut Abuya ke jeti nelayan di sana ketika itu untuk mengambil ikan-ikan daripada kawan-kawanya. Begitu juga beras yang didapati daripada pemberian kawannya yang mengusahakan sawah padi. Begitulah makmurnya kehidupan walaupun serba kekurangan. Itulah keberkatan yang Allah alirkan.
Kemudian setelah Abuya dipindahkan bertugas sebagai guru agama ke Kuala Lumpur dan buka model kehidupan Islam
di kampung Sungai Penchala, kawan-kawan Abuya juga
ada yang berhijrah buka perkampungan seperti di Ulu Jenderam, Batang Kali, dan lain-lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman