Langkau ke kandungan utama

BARAT BUKA MATA.

Tahun baru 2018 semakin cerah laluan kebangkitan Islam. Setelah tahun 2017 meninggalkan kita yang banyak ujian dan panca ruba yang dilalui oleh umat Islam. Seperti yang berlaku kepada masyarakat Rohingya, isu Tram selaku ketua yang menerajui Amerika Syarikat mengiktiraf Baitul Maqdis ibu negara Israel. Para pemimpin politik dunia semakin terhina.
Contoh tindakan pemimoin politik Amerika mengiktiraf Israel, wibawa nya semakin tergugat, hanya negara-negara lemah sahaja yang masih mendokong Amerika. Negara-negara maju seperti Perancis tidak menyokong Amerika dalam isu ini, termasuk Turki salah sebuah anggota negara   NATO tidak
berpihak kepada Amerika.

Bagi rakyat dan masyarakat barat mengambil iktibar daripada kesan kejadian peristiwa 9/11.Barat buka mata terhadap ajaran Islam. Di era kebangkitan Islam ini apa saja yang dirancang dan diatur oleh musuh Islam semua tindakan mereka makan diri balik. Semua strategi yang diatur tidak menjadi.  Menurut maklumat 
pengkaji sosiologi masyarakat Islam di barat, penganut bukan Islam di barat telah mula merujuk dan mengkaji kandungan al Quran Akibatnya, 
mereka telah tertarik dengan kandungan al-Quran yang suci,murni.dengan tolenrasi
dan menjaga hak asasi man
sia. Antara terma yang sering dikaji adalah konsep وسطية Wasatiyyah atau sederhana/ kesederhanaan yang ada terkandung dalam al Quran.

Di era zaman pemerintahan Pak Lah menjadi perdana menteri Malaysia ada perkenalkan konsep pemerintahan wasatiyyah dalam zaman kerajaannya.
Ketika itu Abuya Imam Ashaari ada menyumbang buah fikirannya berkaitan dengan wasatiyyah dengan mengeluarkan buku tulisannya sebagai sumbangan kepada kerajaan yang di pimpin oleh Pak Lah

Model kebenaran yang sedang diperjuangkan Malaysia menjadi perhatian dunia terutamanya negara-negara OIC. Fitrah manusia
tidak ada yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni.

Model "wasatiyyah" yang ditonjolkan oleh Malaysia menarik perhatian dunia. Baru-baru ini ada negara daripada timur tengah  menyatakan tertarik dengan konsep kesederhanaan yang diamalkan oleh Malaysia.

Model kebenaran yang sebenar itu akhirnya diterima sama ada didalam negara mahupun diluar negara. Ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir ramai tokoh- tokoh yang ditahan dibawah tahanan ISA termasuk Abuya Ashaari Muhammad bersama keluarga dan pembantu-pembantu perjuangannya dikalangan pengikutnya. Namun Abuya dengan akhlaknya tetap memberikan kerjasama dengan pihak keselamatan.
Disitulah ruang dakwahnya dengan sikap atau akhlak.
Kebenaran tetap dapat ditonjolkan. Kesan tersebut banyak yang senang dengan
Peribadi Abuya. Di zaman pemerintahan Pak Lah, Abuya ada menyumbang buah fikirannya dengan buku
Kesederhanaan dalam Islam.

Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, etnik, agama perlukannya sebab ia indah, senang , menyenangkan, tenang dan menenangkan. Jadi kebenaran yang hebat itu menjadi keperluan bersama manusia. Contoh kebenaran yg dimaksudkan ialah, kasih sayang, keadilan,
perikemanusiaan yang amat tinggi, rasa bersama dan bekerjasama, kesatuan dan perpaduan, mengutamakan orang lain dan bertolak ansur Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia
memikirkan kepentingan orang lain sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian.

Itulah sebahagian daripada kebenaran. Inilah yang dunia mahukan. Ini yang dunia kehendaki semenjak dari Nabi Adam hingga hari ini. Bahkan hingga dunia ini dikiamatkan oleh Tuhan nanti. Walaupun begitu, hendak mendapatkan kebenaran dalam kehidupan amat sulit. Kalaupun dapat, hanya satu atau dua perkara sahaja. Manusia inginkan kebenaran tetapi manusia tidak menemuinya. Itu menunjukkan kebenaran itu tidak mampu manusia cipta. Kebenaran itu bukan ciptaan manusia.

Kebenaran adalah dari Tuhan. Sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran:

الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ الْمُمْتَرِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah engkau menolak.” (Ali Imran: 60)

Ertinya kebenaran bukan ciptaan manusia tetapi ia dari Tuhan yang diberikan kepada manusia. Bagi mendapatkan kebenaran dari Tuhan untuk keperluan bersama manusia, Tuhan mensyaratkan kebenaran itu mesti diperjuangkan. Kalau kebenaran itu tidak diperjuangkan maka kebenaran itu tidak akan dapat dimiliki oleh manusia. Sebab itulah sehingga hari ini, kebenaran yang sempurna, yang lengkap, yang serba ada, belum dimiliki oleh manusia. Kerana itulah manusia hari ini hidup tidak menentu. Hidup dalam derita. Berlaku krisis demi krisis dan tidak ada ketenangan. Bahkan di rumah-rumah ibadah pun tidak ada ketenangan. Kecuali hanya berlaku sekali-sekala seperti di zaman Rasulullah SAW.

Mahalnya kebenaran itu. Semua orang perlukannya tetapi sangat susah untuk dimiliki kerana ia adalah anugerah dari Tuhan. Kalau manusia mahu memilikinya, hendaklah diperjuangkan kebenaran itu.

supaya kebenaran itu dapat dimiliki oleh manusia sejagat; bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan seorang pemimpin yang bukan calang-calang pemimpin. Mestilah pemimpin itu ditunjuk oleh Tuhan. Kalau pemimpin itu tidak ditunjuk oleh Tuhan, tidak mungkin kebenaran itu dapat dipersembahkan kepada dunia hingga boleh diterima oleh masyarakat dunia dan menjadi hak bersama. Hingga masing-masing dapat kebahagiaan bersama.

Padahal jemaah-jemaah yang wujud di dunia sejak dulu sampai sekarang, semua berkata hendak perjuangkan kebenaran dengan membawa berbagai-bagai nama dan istilah. Namun kebenaran yang hendak dicari dan diperjuangkan itu tidak pernah ditemui. Yang berlaku hanya kekacauan, ketidakadilan, hari-biru dan krisis sana-sini. Makin berjuang, makin lahir berbagai-bagai krisis dan kekacauan.

Kalau bukan melalui pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, kebenaran dari Tuhan itu tidak dapat disajikan ke tengah masyarakat. Jadi pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan sahajalah yang akan mampu memperjuangkan kebenaran itu. Yang paling utama pemimpin itu ialah para rasul. Tapi berlaku juga dalam sejarah orang yang bukan rasul boleh membawa kebenaran iaitu membawa keindahan hidup yang sempurna. Antaranya Tholut, Zulkarnain, para Khulafaur Rasyidin yang memimpin selepas wafatnya Rasulullah, Sayidina Umar Ibnu Aziz, Salahudin Al-Ayubi dan Muhammad Al-Fateh.

Jadi kebenaran hak bersama, hak semua orang, hak semua etnik, hak semua bangsa dan hak semua agama. Maka sebab itu pemimpinnya mesti ditunjuk oleh Tuhan. Kalau tidak, tidak akan mampu melaksanakannya.

Kalau kebenaran itu sudah terserlah, ia akan mudah diterima. Kalau kebenaran itu sudah meluas, maka tidak susah orang memahaminya sebab keindahannya sudah dapat dirasai bersama. Kalau ada yang menentang pun, itu golongan minoriti yang ada kepentingan dan hasad dengki. Majoritinya mudah untuk menerima.

Yang susah dalam perjuangan kebenaran adalah waktu hendak memulakannya atau waktu hendak diasaskan yakni waktu kebenaran itu belum nampak lagi. Peringkat ini amat sulit dan amat susah. Kalau pemimpin itu tidak sabar dan tidak mempunyai ilmu yang cukup, dia tidak mungkin boleh buat. Sebab itu hanya pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan sahaja yang boleh melakukannya kerana pemimpin itu sentiasa dimonitor dan dibacking oleh Tuhan.

Sungguh mahal kebenaran. Hanya pemimpin yang Tuhan tunjuk yang boleh melaksanakannya. Kalau tidak, keadaan akan haru-biru dan kacau-bilau. Kalau kebenaran itu sudah terserlah, sudah nyata, itu mudah. Tetapi waktu hendak diasaskan yakni waktu hendak bermula, sangat besar cabarannya. Terutamanya bila penguasa-penguasa dunia menganggap perjuangan kebenaran itu satu kejahatan, satu perjuangan yang membawa huru-hara, yang mengancam dan mencabar keselamatan di sesebuah negara. Sebab itu dikatakan hanya orang yang ditunjuk Tuhan sahaja yang boleh melakukannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman