Fizikal bersama manusia hati bersama Allah, bila pengaruh kebesaran Allah SWT sudah menguasai dalam diri manusia.Begitulah kesannya sangat terasa ke dalam jiwa manusia.
Ibaratnya setenang malam
yang akan melabuhkan tirai
dan akan berlalu. Subuh pula menjelang muncul.Terasa diri
ini cukup tenteram diselimuti kesunyian pagi. Diri bersama dengan himpunan halwa telinga yang menyejukkan jiwa. Dalam tak sedar, kita telah melangkah ke tahun baharu 2018.
yang akan melabuhkan tirai
dan akan berlalu. Subuh pula menjelang muncul.Terasa diri
ini cukup tenteram diselimuti kesunyian pagi. Diri bersama dengan himpunan halwa telinga yang menyejukkan jiwa. Dalam tak sedar, kita telah melangkah ke tahun baharu 2018.
Alhamdulillah, diri ini dan juga kalian diberi kesempatan menikmati indahnya dunia ciptaan Ilahi.
Maka kita berbuat apa saja selalu ingat dengan Allah. Misalnya bila kita sedang makan tiba-tiba ada harimau, apakah rasa ingin makan masih ada ?
Maka kita berbuat apa saja selalu ingat dengan Allah. Misalnya bila kita sedang makan tiba-tiba ada harimau, apakah rasa ingin makan masih ada ?
Tentu rasa takut dengan harimau lebih besar mempengaruhi jiwa kita daripada rasa ingin makan. Contoh lain, bila kita sayang dengan anak bungsu tiba-tiba dipisahkan tentu akan terkenang selalu.
Begitu juga sebaliknya, ibarat hubungan si anak dengan ibunya. Apabila ibunya di rumah sakit, walaupun si anak berada di rumah tentu hatinya teringat dengan ibunya.
Kalau ingat Allah itu masih di akal, tika kita berfikir hal lain, maka ingatan kepada Allah akan hilang. Sebab itu Allah mesti dirasakan dengan hati, sehingga walaupun akal berfikir hati selalu terkenang dengan Allah.
Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim di bawa ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah taala. Rasa malu sentiasa wujud.
Dia akan benar-benar merasa yang dirinya di dalam kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah taala. Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia takut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi orang yang jujur dan ikhlas.
Suka membuat baik. Dia akan menjadi orang yang beradab dan bersopan, berdisplin, menunai janji. Apabila terbuat dosa terseksa jiwanya.
Orang yang mabuk dengan Allah, hingga tidur pun masih terbawa rasa bertuhan. Walaupun fizikalnya tidur, tapi rohnya bekerja. Seperti seorang wali Allah, dalam tidur dia bertahlil.
Bagaimana kita hendak memiliki roh yang sentiasa terhubung dengan Tuhan?
Supaya diri kita sentiasa terhubung dan dipengaruhi tentang kebesaran Allah, ia perlukan latihan rohani itulah yang dinamakan tariqat. Apabila kita sentiasa membuat latihan rohani lama kelamaan akan memberikan kesan juga daripada orang yang tak pernah berlatih.
Sejarah juga mengajarkan kepada kita, tarekat atau jalan itu sendiri menjadi amalan dan kehidupan para sahabat ketika kebangkitan Islam yang pertama. Para sahabat yang fanatik dan terlalu cintakan Nabi S.A.W., meniru dan menyalin peribadi Nabi kita S.A.W. demi menambahkan kecintaan pada Allah, kerana Allah itu sangat mencintai Nabi-Nya.
Amalan-amalan tarekat yang diambil langsung dari Nabi S.A.W. itu menjadi kehidupan dan berjalan dengan baik selama 300 tahun, iaitu sepanjang zaman Nabi S.A.W., zaman khulafaur rasyidin, dan zaman salafussoleh. Pada tiga kurun ini, amalan-amalan tarekat tidak asing kerana segenap lapisan masyarakat mengamalkannya.
Ulasan
Catat Ulasan