Malaysia merupakan tapak empayer Islam di Timur. Tokoh penggerak kebangkitan Islam di timur dikenali dengan nama Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Akhlak mulia adalah pakaian setiap mukmin. Begitulah kata-kata yang selalu diluahkan oleh Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi kepada kita.
Contoh akhlak yang agung adalah Al Quran. Ia terpancar pada diri Nabi Muhammad. Budi pekerti dan akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad begitu agung. Akhlak yang dimiliki nabi yang menjadi senjata utama dalam perjuangan dan usaha-usaha dakwah.
Oleh itu, Abuya mengambil model perjuangan yang sama dan menjadikan nabi sebagai contoh teladan dalam usaha membawa manusia menghayati ajaran Islam. Bagi Abuya, akhlak adalah prasyarat utama bagi menawan hati manusia dan membawa umat Islam ke jalan yang benar serta diredhai Allah.
Apabila hati sudah berjaya ditawan, maka mudahlah individu itu menerima dan mengamalkan ajaran Islam.Bukan mudah hendak menawan hati manusia. Hanya melalui akhlak dan keperibadian yang baik sahaja, usaha itu boleh berjaya.
Hati yang keras tidak dapat dilawan dengan benda yang keras. Sebaliknya, ia perlu ditundukkan dengan sifat-sifat yang terpuji yang dinamakan mahmudah. Jadi setiap pendakwah perlu menghiaskan dirinya dengan sifat-sifat itu apabila mereka hendak usaha dakwahnya berjaya.
Bagi mendapatkan akhlak yang baik, individu itu perlu melawan hawa nafsunya dengan mengawal makan minum, menjaga tingkah laku dan pertuturan. Hati juga perlu dibersihkan daripada kekotoran sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, pemarah,riak, ujub sombong bakhil,perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berjuang di medan dakwah.
Atas inilah yang digunakan oleh Abuya bagi mengikat kesetiaan dan sokongan murid-murid dan pengikutnya. Bahkan ada yang menyokongnya dikalangan anak muridnya yang masih kekal dengan agama mereka dan belum memeluk agama Islam. Sikapnya
yang lemah lembut dan akhlak nya yang tinggi menjadi dorongan utama penyertaan ke dalam jemaahnya.
Kategori yang bersamanya dikalangan ahli, simpati dan zimmi iaitu yang masih kekal dengan agama mereka. Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi menjadikan dirinya role model untuk diikuti oleh pengikut-pengikutnya. Dia tak pernah memaksa pengikut-pengikutnya memakai serban dan jubah bagi lelaki dan purdah bagi kaum muslimah. Tetapi mereka memakainya secara sukarela dan dan berusaha memakainya dan menjadi identiti jemaah yang mereka dukungi.
Semua yang dilakukan secara sukarela tanpa sebarang paksaan.
Ini kerana apabila hati sudah berjaya dididik, maka mudah individu itu dibentuk mengikut acuan yang sedia ada. Abuya juga mengingatkan kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua perkara itu. Yang lebih penting lagi adalah perlu istiqamah dengan apa yang dilakukan.

Ulasan
Catat Ulasan