Langkau ke kandungan utama

DAKWAH DAN TEKNOLOGI.

Peralatan teknologi komunikasi moden sekarang,boleh digunakan
alat dan kemudahan untuk berdakwah. Contoh kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), whatsapp, laman web dan emel serta lain2 kemudahan media sosial dalam dunia "media alam maya" membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Sesetengah pihak sekarang ini mengguna teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah, umpatan serta aib seseorang atau kumpulannya. Sebelum ini usaha menyekat penyebaran fitnah melalui SMS (dan media social) yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan, kemudian menggubal undang2 komunikasi.

Selain dikuat kuasakan dengan undang-undang, dididik secara berterusan dengan rasa cinta dan takutkan tuhan. Untuk ditanamkan rasa takutkan tuhan kita didik dengan unsur-unsur yang boleh suburkan rasa taqwa.

Ikatan rohani atau suburkan rasa taqwa ini melibatkan tiga unsur utama yang ada pada diri manusia. Oleh itu tiga unsur itu iaitu akal fizikal dan jiwa atau hati,perlu kita jaga. Ramai manusia hanya mementingkan akal dan fizikal sahaja.

Kalau kita jaga ketiga-tiga unsur yang Tuhan anugerahkan itu, manusia boleh dipertingkatkan 10 kali ganda potensi yang ada pada dirinya. Kita akan lihat satu perubahan yang luar biasa akan berlaku kepada manusia. Satu perubahan yang menguntungkan diri manusia itu sendiri dan juga orang lain dapat manfaat darinya.

Jangan kita terkeliru dengan iklan semata-mata yang hanya menitik beratkan soal fizikal semata-mata.
Dalam Islam ketiga-tiga unsur tersebut di jaga dan di ambil sama berat. Bahkan keutamaan diberikan kepada hati.

Kalau fizikal perlukan makan minumnya, begitu juga akal dan roh juga perlukan makan minumnya. Apa yang malangnya di akhir zaman ini, ketiga-tiga unsur tersebut tidak seimbang keperluan nya. Pembangunan material dan fizikal begitu menonjol, hebat dan canggih.

Tetapi pembangunan rohani semakin menurun, semakin merosot, semakin kurang, teruk dan punah. Apabila pembangunan insaniah punah, maka runtuhlah akhlak manusia hingga menyapu bumi. Di tengah-tengah bangunan mencakar langit dan indah, disitulah terdapat sarang pelacuran, lesbian, homoseksual dan LGBT.

Di dalam keadaan bandar yang hebat dan gagah, penuh dengan lampu warna-warni yang bergemerlapan, disitulah berlaku
penipuan, rasuah, rompakan, rogol, zina dan pembunuhan.
Di dalam kemewahan dan kemajuan material, disitulah berlaku penzaliman, khianat sombong, penting diri, pembaziran, bohjan, bohsia vandalisme, pergaulan bebas tidak ubah seperti haiwan.

Beginilah keadaan hidup manusia di seluruh dunia. Apabila tiga unsur tadi iaitu akal, fizikal dan roh.
Pembangunan material berjaya tetapi pembangunan insaniahnya kecewa. Materialnya syurga tetapi
insaniahnya neraka. Haiwan di sayangi dan dilindungi, manusia dibenci.

Apa yang perlu difahami disini, kunci kebahagiaan hidup manusia di dunia ini ialah apabila berlaku
dan tercetus kemajuan material dan kemajuan insaniah serentak.
Perlu ada pertemuan diantara tamadun lahiriah dan tamadun rohaniah di dalam satu masa. Barulah hidup di dunia dirasakan
seperti syurga sebelum syurga yang hakiki dan kekal abadi di Akhirat nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman