HUBUNGAN MALAYSIA DAN UZBEKISTAN.
Islam agama yang bersifat global. Memperjuangkannya juga bersifat global. Tuhan ciptakan keperluan manusia juga bersifat global. Ertinya keperluan yang global bertepatan dengan fitrah manusia yang tuhan ciptakan. Perjuangan kebenaran yang Abuya bawa sangat berpengaruh. Ahlinya tidak ramai, oleh kerana ia bersifat sejagat atau global maka semua golongan ada. Bukan Melayu sahaja atau Arab sahaja atau Malaysia sahaja. Sama ada di kalangan ahli mahupun di sudut pengaruh. Kalau ada ciri itu, itulah kebenaran.
Saiz perjuangan mengikutlah kesedian masyarakat setempat. Kebenaran adalah suatu yang fitrah. Fitrah tuhan bekalkan kepada manusia tidak mengira warna kulit bahasa dan bangsa. Ianya boleh diterima bersama.Begitu juga peringkat masyarakatnya. Tidaklah hanya ada orang pandai sahaja atau orang bodoh dan orang miskin sahaja. Tidak begitu. Sebab sudah dikatakan tadi, sifat kebenaran itu global. Ahlinya pun global. Di dalamnya ada orang miskin, orang pandai, orang bodoh, orang kaya. Itulah lagi antara ciri kebenaran yang lahir.
Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di timur sangat ada hubungkait dengan Khurasan. Kerana dalam hadis berkaitan Imam Mahdi timur dan Khurasan ada disebut. KHURASAN, dalam hampir semua hadist akhir zaman yang disampaikan oleh Rasululllah SAW, memegang peranan penting. Ini karena dari Khurasan-lah awal mula akhir zaman memulai. Lantas dimanakah Khurasan berada?
Berdasarkan peta lokasi negeri Khurasan ini, berada di sebelah utara Iran (Persia), Pakistan (Sijistan) maupun India(India). Khurasan adalah sebuah wilayah yang sejak 1400 tahun yang lalu bakal diprediksi sebagai tempat kemunculan para ikhwan imam Mahdi (kawan-kawan pendukung imam Mahdi).
Sabda Nabi SAW, “Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis.”
Hari ini dunia mengenalnya sebagai wilayah dengan nama Afganistan-Tajikistan-Turkmenistan dan Uzbekistan.Sebuah wilayah yang bergunung-gunung dengan iklim yang esktrim (musim panas yang kering dan musin dingin yang bersalju) , bahkan sering menjadi pusat terjadinya gempa, namun meski dianggap sebagai negeri termiskin di dunia, orang-orang Afghanistan adalah orang-orang yang gigih dan berhati waja.
Demi untuk membenarkan hadis kebangkitan akhir zaman, Abuya telah banyak mengirim rombongan ke Khurasan khususnya ke negara gurunya Syeikh Mahmud Bukhari. Penulis salah seorang yang juga dikir im bersama rombongan ke Khurasan. Ketibaan kami disana sangat disambut baik. Pakaian mereka sangat mesra dengan sunnah. Walaupun sebahagian sesetengahnya sudah menjadi pakaian budaya. Mereka walaupun sudah lama dijajah oleh Rusia tetapi fanatik kepada agama sangat kuat.
Bendera Uzbekistan diperkenalkan pada 18 November 1991. Bendera ini terdiri dari warna biru muda, putih, dan hijau, dengan warna merah yang sempit. Terdiri daripada bulan sabit dan 12 bintang terletak di latar belakang berwarna biru. 12 bintang melambangkan Wilayah di Usbekistan. Bulan sabit melambangkan Islam.
Negara Uzbekistan ada neninggalkan kompleks madrasah yang merupakan satu-satunya kompleks persekolahan termegah yang pernah ada. Letaknya ada di Registan Square, Samarkand. Banyak orang melukiskannya sebagai lebih indah dari Piazza di San Marco, Venice. Kompleks itu sendiri didirikan antara tahun 1417-1721.
Ada tiga bangunan utama yang ada di kompleks itu. Ketiga madrasah itu adalah Madrasah Shir Dor, yang dibangun pada tahun 1619 dan 1635 dengan meniru Madrasah Ulugh Beg sertaMadrasah Tilla Kari yang dibangun antara tahun 1646 dan 1659.
Hasil perjuangan kebenaran yang global hasilnya besar. Kelompok kebenaran itu tidak ramai tetapi hasil perjuangannya lebih banyak daripada kelompok yang bukan kebenaran walaupun ahlinya ramai. Begitu juga perjuangan kebenaran itu walaupun membawa Tuhan, membawa Islam, orang yang tidak Islam pun suka. Sebab kebenaran itu kepunyaan bersama. Islam atau tidak Islam, itu hidayah dari Tuhan, bukan hak kita. Tetapi berkaitan dengan kebenaran, kerana ia keperluan semua bangsa maka semua bangsa dan etnik boleh terima walaupun tidak Islam.Itulah dia di antara ciri-ciri kebenaran yang tersirat dan yang lahir. Kalau kita bahaskan, banyak lagi. Tapi sekadar itu sudah cukup. Dengan itu diharapkan dapat kita bezakan antara pemimpin kebenaran dengan yang bukan kebenaran. Antara pemimpin yang benar dan tidak. Sedikit sebanyak kita sudah faham. Ertinya kita sudah mengenal pasti antara dua puak iaitu yang hak dan yang batil secara umum.
Ulasan
Catat Ulasan