Tamadun rohani atau tamadun yang selamat iaitu tamadun
yang ada roh Islam. Kita tidak
nafikan bahawa ilmu, kemajuan
teknologi, pembangunan dan
tamadun material dan fizikal itu
boleh memberi kehidupan dan kemudahan hidup manusia.
Kemajuan teknologi boleh memenuhi tuntutan dan keperluan hidup manusia.Tetapi itu bukan segala-galanya. Sekadar itu
sahaja belum boleh menjamin keselamatan, kebahagian, dan keharmonian dalam kehidupan
masyarakat dunia hari ini.
Apatah lagi untuk memperoleh keselamatan dan kebahagiaan
di Akhirat kelak.
Era teknologi IT perkembangan dan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi telah berjalan dengan sangat pesat. Berbagai kemudahan memperoleh informasi dari berbagai penjuru dunia hanya
sekelip mata sahaja, yang pada zaman sebelum ini dianggap mustahil, kini telah menjadi kenyataan. Malaysia telah bangunkan bandar IT.through ICT this big world aglobal little village.
Dalam dunia pendidikan teknologi informasi akan memberikan
nilai tambah dalam proses pembelajaran. Hal ini berkaitan dengan semakin tingginya keperluan informasi ilmu pengetahuan dan teknologi.
Maksud Firman Tuhan:
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.( Al Baqarah 2:265 ).
Kalau kemajuan teknologi, kekayaan, pembangunan dan tamadun yang di bangunkan
itu tidak bertunjangkan iman dan taqwa, ertinya kita telah memutus kan diri kita dari Tuhan.Kemajuan,
kekayaan ialah satu tarikan kepada manusia.Dalam mendapatkan kekayaan harta dan wang ringgit, ada dua golongan manusia; satu golongan mencari harta dengan yang halal semata-mata dan satu golongan lagi mencari harta tidak kira halal dan haram semuanya disapu belaka. Apa sahaja yang boleh mendatangkan kekayaan, dia buat sama ada dengan judi, tipu, menjual arak, rasuah, membuka rumah pelacuran, disko dan sebagainya.
Islam tidak melarang umatnya maju dengan mencari kekayaan kerana ia sesuai dengan fitrah manusia itu tapi dengan beberapa syarat iaitu:
1. Hendaklah mencari kekayaan dengan cara halal.
2. Apabila kaya, cukup haul, hendaklah membayar zakat.
3. Hendaklah menjadi orang pemurah.
4. Hendaklah digunakan kekayaan itu kepada jalan Allah seperti membantu fakir miskin, membangunkan rumah ibadah atau tempat pendidikan, membantu orang berdakwah dan lain-lain lagi.
5. Jangan ada pembaziran dan membuang-buang harta tidak menentu.
6. Jangan digunakan untuk maksiat dan menderhakai Allah Taala.
7. Jangan mencari harta hingga meninggalkan perkara-perkara yang asas di dalam Islam seperti mengabaikan fardhu ain, jangan meninggalkan sembahyang, puasa, sampai masa hendaklah naik haji.
8. Kena tunaikan wajib yang aradhi seperti pada satu masa masyarakat Islam perlukan satu bangunan untuk pendidikan, masyarakat umum di kalangan umat Islam sudah tidak mampu lagi memberi derma kerana susahnya, maka orang yang kaya pada mereka adalah wajib aradhi membiayai bangunan itu kerana dia mampu.
9. Orang kaya mesti sanggup jadi bank kepada masyarakatnya.
Hayati cerita di bawah:
Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Kulihat Abdul Rahman bin Auf masuk Syurga dengan merangkak.”
Sebahagian Sahabat menyampaikan cerita Aisyah itu kepada Abdul Rahman, lalu dia pun menemui Aisyah dan berkata:
“Engkau telah memperingatkan aku suatu Hadis yang tak pernah kulupa akannya. Dengan ini saksikanlah bahawa seluruh kafilah ini dengan muatannya kupersembahkan untuk fisabilillah.”
Dia juga pernah berkata, “Sungguh kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”
Dia sering menangis dan berkata, “Sesungguhnya aku khuatir dipisahkan dari sahabat-sahabatku kerana kekayaanku yang melimpah.”
Justeru itu segala kekayaan yang ada dilaburkannya di jalan Allah. Sehingga pernah dikata orang:
“Seluruh penduduk Madinah berkongsi bersama-sama dengan Abdul Rahman bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkan kepada mereka, sepertiga lagi dipergunakannya untuk membayar hutang-hutang mereka dan sepertiga sisanya diberikan dan dibahagikan kepada mereka.”
Ulasan
Catat Ulasan