Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA DI TIMUR.

MALAYSIA ADA MARUAH.

Apabila Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat mengugut umat Islam, tidak benarkan memasuki negaranya tetapi dia sendiri terpaksa menerima realiti melutut kepada negara-negara umat Islam.

Tidak mustahil selepas ini akan berlaku (خوارق العادة) hal yang mencarik adat yang akan Tuhan lakukan untuk membenarkan
pandangan orang kerohanian bahawa"Barat diambang maut
dan jalan keluar". Ertinya akan membatalkan semua
percaturan akal manusia.

Ada sesuatu yang lebih tersirat dalam pergolakan politik dunia yang berkait terus dengan kebangkitan semula Islam. Malaysia yang pernah perkenalkan model Islam Hadhari dan sekarang diikuti dengan memperkenalkan model Islam wasatiyyah. Sekali gus menjawab tuduhan barat Islam agama keganasan.

Bahkan lebih jauh dari
itu setelah dunia melihat dan
menyaksikan model Islam yang dilaksanakan di negara
ini iaitu Islam selamat dan menyelamatkan. Amalan Islam berkasih sayang sesama manusia terutama umat Islam akan membuka mata manusia sejagat.

Kasih sayang adalah fitrah semula jadi menginginkan hidup yang harmoni itulah kebahagian yang dicari. Abuya Imam Ashaari
At Tamimi tlh lahirkan model Islam is the way of live dan ianya boleh diterima oleh dalam dan luar negara bersesuaian dengan
peranan kerajaan Malaysia yang semakin tertonjol model  Islam yang sederhana.

Sebelum ini  dikenali Islam Hadhari dan kini Islam Wasatiyyah yang semuanya membawa tujuan yang sama. Apa yang penting ialah tindakan dan pelaksanaan nya. Supaya ianya bukan hanya satu slogan sahaja. Abuya ada menyumbang untuk Malaysia
benar-benar dapat jadi model kepada negara Islam yang lain melalui buah fikirannya yang telah dibukukannya.

Contoh Zaman Pak Lah perkenalkan Islam Hadhari ketika itu Abuya keluarkan buku Islam Hadhari. Abuya tunjukkan
jalan keluar diatas kekusutan
masalah yang dihadapi.Barat diambang maut, erti nya mana-mana gerakan Islam dapat mengisi jiwa dan kehidupan umat Islam, ia akan menjadi pilihan untuk menggantikan sistem Barat
yang akan runtuh.

Islam adalah agama selamat
maka Allah tidak akan pilih jalan-jalan yang tidak selamat. Contoh cara militan dan agresif sebagai laluan untuk menaikkan agama-Nya oleh itu Islam tidak akan
berdaulat di bumi Malaysia cara kotor. Tetapi ia akan berdaulat di hati rakyat melalui cara pengamalan syariat dalam suasana yang tenang dan aman.

Pemimpin-pemimpin yang hanya berorentasikan dunia hanya akan membawa manusia kepada dunia dan menjauhkan mereka dari Tuhan dan dari akhirat.
Paling baik, mereka hanya boleh membawa pembangunan dan kemajuan lahiriah dan membina ekonomi negara dan rakyat. Mungkin rakyat boleh hidup dengan selesa.

Tetapi kebahagiaan manusia bukan terletak kepada keselesaan hidup. Ia terletak kepada jiwa yang terisi dan fitrah yang terlaksana. Keperluan fitrah manusia yang utama ialah keinginan ber-Tuhan, keinginan menyembah, taat, patuh dan mengabdi diri kepada Tuhan.

Apabila hati-hati manusia
terisi dengan dunia dan hidup
mereka bermatlamatkan dunia,
maka nafsu mereka akan bermaharajalela dan dunia akan menjadi rebutan. Memang dunia itu bahan rebutan dan punca pecah belah dan pemusnah kasih sayang. Manusia akan berebut-rebut dunia, menekan dan menindas seperti anjing yang berebut bangkai. Akhirnya manusia akan bergaduh, berkelahi dan bunuh-membunuh. Tidak ada kasih sayang dan perpaduan.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman