Gerakan perjuangan dakwah Abuya dengan teratur laju dan lancar. Asasnya Iman dan Ukhuwah. Platformnya dakwah dan tarbiah. Dakwah bil hal terserlah dengan akhlak dan ulfah. Kekuatannya taqwa. Tetapi tidak lupakan quwwah.Pembangunan
teknologi tinggi tetapi batinnya tetap dengan disiplin amalan tareqat.
Semua yang dicapai diatas dapat berterusan, Abuya sangat fokas melahirkan penyambung dan pelapis
perjuangan Islam. Melalui program rasmi, dengan mencetuskan sekolah-sekolah yang dapat lahirkan sufi berteknologi. Berjiwa agama yang boleh membangunkan Islam. Ada ilmu dan boleh berkhidmat. Begitu juga melalui program tidak rasmi. Iaitu mereka didedahkan kepada tokoh-tokoh atau individu yang boleh membantu pelajar-pelajar tersebut. Semuanya dalam pemantauan Abuya.
Untuk melahirkan jiwa yang halus dan seni dengan tuhan atau berjiwa sufi perlukan didikan daripada kecil. Rasulullah dari kecil telah dikirim kepada Halimatussa'diah dan menjadi ibu susu Nabi Muhammad SAW. Kemudian sudah besar sedikit Nabi Muhammad dibawa oleh Bapa Saudaranya iaitu Abu Thalib. Dia dedahkan kenegeri Syam. Begitulah selibus yang diterima oleh Baginda SAW semenjak kecil hinggalah dewasa.
Lebih-lebih lagi kita berada di era kebangkitan sudah tentu satu bonus
dari Tuhan. Kalau kita ambil peluang dan meniti di atas jadual kebangkitan ini adalah kelebihan. Di era ini buat sedikit hasilnya banyak. Buat kecil sahaja terapi natijahnya besar inilah yang dimaksudkan sabsisdi. Kalau kita berjuang bukan di era kebangkitan, buat satu hasilnya juga satu.
Kita mengikut selibus kehidupan yang dilalui Nabi Muhammad dapat membimbing generasi pelapis meneruskan perjuangan membela Allah dan Rasul. Melalui selibus tersebut dapat lahirkan generasi yang akan mengulangi kebangkitan yang pertama. Kerana kita merujuk modiul dan pelaksanaan tindakan modus operandi yang sama. Pelaksanaan silibus korporat, tetapi hatinya tetap sufi. Pendedahannya orientasi khalifah tetapi dirinya tetap abdi. Iaitu tetap.mengekalkan perasaan seorang hamba Allah.
Mereka didedahkan perjuangannya dengan pembinaan insan. Jiwa, akal dan fizikal ditingkatkan.Mercu insan kamil didakinya. Iman disuburkan. Fikrah Islamiah dipasak. Fizikal dilatih tangkas, cergas. Bingkas menegakkan syariat. Kemudian dibangunkan pula pembangunan material. Lahirlah peradaban dan kemajuan.
Terbinalah Habluminallah dan Hablumminannas.
Maka Abuya sangat mempastikan program yang dianjurkan diatas dapat
berlaku dalam pelaksanaan. Selibus nya bersahaja tetapi sangat meninggalkan kesan kepada mereka yang pernah mengharungnya. Simbolik nama Pilin, kian menterjemahkan maknanya, dihuraikan oleh puteranya sendiri. Mindanya menakluk akal dan hati manusia. Perang fikiran dilancarkan. Pertempuran demi pertempuran disertai lalu meraih menang.
Ulasan
Catat Ulasan