Langkau ke kandungan utama

GILIRAN TIMUR.

Angin perubahan yang bertiup ke arah Islam begitu lembut. Sekali pun pasti ada sedikit getaran untuk memisahkan kebatilan dari kebenaran. Supaya terserlah
Siapa yang ikhlas mahukan Islam, di hati manusia dan di sisi Allah.

Yang pasti perubahan dunia sedang berlaku daripada barat ke timur. Hal ini telah menjadi sunnatullah bahawa dunia dipergilir-gilirkan antara timur dan barat. Kini adalah giliran timur. Dulu apa saja  yang datang daripada Barat akan menjadi ikutan oleh dunia. Kini sudah berubah, apa saja yang datang daripada timur menjadi ikutan.

Dunia sebelum ini dalam menentukan kepimpinan ditunjuk oleh jari. Kali ini kepimpinan ditunjuk oleh hati. Oleh kerana ianya berlaku di timur, maka sudah tentu kebangkitan tersebut bermula di tapak timur iaitu
Malaysia. Apa saja yang berlaku di Malaysia menjadi perhatian dunia khususnya dunia Islam.

Kita akan  menyaksikan banyak hal-hal dan perkara-perkara yang tidak dijangkakan di Malaysia. Kita
akan menyaksikan peristiwa-peristiwa luar biasa seperti yang pernah berlaku di zaman  kebangkitan Islam kali pertama dulu.

Sebelum ini apa saja menjadi
penilaian ditentukan oleh mata atau yang ditunjuk oleh mata. Selepas ini apa saja di tentukan oleh hati. Apa kata hati itulah yang menjadi pilihan. Termasuklah dalam menentukan kepimpinan akan ditunjuk oleh hati bukan lagi oleh jari.

Banyak syarikat gergasi barat telah bertukar tangan kepada syarikat daripada timur. Begitu juga teknologi telah banyak dikuasai oleh Timur. Seperti Cina, Korea, Jepun dan sebagainya.  Siapa sangka kelab bola Eropah yang terkenal dimiliki oleh orang Malaysia. Setiap bangsa akan menerima giliran menguasai dunia, perkara tersebut telah Allah ceritakan dalam Quran dan di perjelaskan lagi oleh Rasulullah SAW.

Begitu juga mereka sangat ikuti bahawa bangsa Melayu belum menerima giliran menguasai empayar dunia atas nama Islam. Mereka terus memomokkan bangsa yang hidung peset ini supaya tiada keyakinan diri.

Model pentadbiran dan pengendalian negara oleh bangsa Melayu menerajui negara yang berbilang bangsa membuka mata dunia. Memang memeranjatkan, kerana sengaja Allah lakukan kepada satu bangsa yang satu ketika dulu dipandang rendah supaya tidak disangka oleh orang lain. Supaya orang berfikir, ini adalah kuasa Allah. Hingga manusia terpaksa akur kerana di luar jangkaun fikiran manusia. Apa yang berlaku bukan jadual manusia tetapi apa yang berlaku adalah JADUAL ALLAH. 

 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman