Langkau ke kandungan utama

ROH DAN TEKNOLOGI.

Roh adalah ciptaan Tuhan yang seni dan halus.Hanya Dia yang mengetahui bagaimana roh diciptakan. Sehingga bila ditanyakan tentang roh hanya Tuhan saja yang mengetahuinya.
Satu keajaiban yang bersifat maknawi. Ianya hanya dapat di kesan oleh hati manusia yang halus dan bersih.

Penemuan teknologi canggih
yang dapat membantu dan memberikan kemudahan
kepada manusia. komunikasi
moden, teknologi gabungan kenderaan darat dan udara mula diperkenalkan 2017.Kenderaan tanpa pemandu, belajar dengan robot dan sebagainya.

Teknologi lebih kepada pembangunan lahiriah.
Roh tidak boleh dipisahkan
dengan pembangunan insan.
Kedua-duanya diperlukan
iaitu teknologi lahiriah dan pembangunan rohaniah.
Manusia yang hanya dibesarkan dengan teknologi akan melahirkan budaya hidup haiwan. Manusia yang menolak teknologi akan lahir orang yang jumud.

Teknologi canggih tetapi
rohnya mundur. Kesannya
Di dalam kemewahan dan kemajuan material, disitulah berlaku penzaliman, khianat sombong, penting diri, pembaziran, bohjan, bohsia vandalisme, pergaulan bebas tidak ubah seperti haiwan. Teknologi nya hebat budaya hidupnya lebih teruk dari haiwan ganas dalam hutan.
Penciptaan teknologi senjata
sangat canggih hingga tak mengira manusia yang dibunuh. Hinggakan bayi dalam perut juga menjadi mangsa teknologi senjata canggih. Diledakkan peluru ke satu negara dan memusnahkan apa yang ada hingga menjadi padang jarak tidak ada baki kehidupan yang tinggal.

Siapa yang memiliki teknologi canggih dia boleh hidup dan siapa tak ada teknologi menjadi mangsa negara maju.Beginilah keadaan hidup manusia di seluruh
dunia. Apabila tiga unsur
tadi iaitu akal, fizikal dan roh
tidak di satukan,akan berlaku pembangunan material berjaya tetapi pembangunan insaniahnya kecewa. Materialnya syurga
tetapi rohaninya musnah dan insaniahnya neraka. Haiwan di sayangi dan dilindungi, manusia dibenci dan dimusuhi.

Apa yang perlu difahami disini, kunci kedamaian dan kemakmuran hidup manusia di dunia ini ialah apabila berlaku penguasaan roh dan teknologi serentak.Tercetus kemajuan material dan kemajuan insaniah serentak.Perlu ada pertemuan diantara tamadun lahiriah dan tamadun rohaniah di dalam satu masa. Barulah hidup di dunia dirasakan seperti syurga sebelum syurga yang hakiki dan kekal abadi di Akhirat nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman