Ibarat berasal daripada perkataan
bahasa Arab. Abara yakburu ibaratan. (عبر يعبر عبارة) contoh dalam ayat (عبر النهر) ertinya dia menyeberangi sungai (عبر الرؤيا) dia menghuraikan takbir mimpi.عبارة)-عبارات)
Ibarat Adalah kata tunggal dan
kata banyaknya ialah ibaraat.
Ertinya dalam sama dalam bahasa
Melayu ibarat, huraian, pengertian,
rangkaian cakap atau karangan bidalan. ( Kamus Idris Al Marbawi )
Cetakan Darul Nukman 1998.
Menurut Kamus Besar Arab Melayu Dewan.
عبر يعبر عبرا : ١ عبر فلان : مغالير أير ماتان:
٢: عبر القوم :ماتي قوم ايت٣:عبر النهر :
دي مثبراغي سوغي ٤:عبر الكتاب عبرا, دي مغاماتي دان منليتي ٥:عبر المتاع والدراهم:
دي منليتي برات تيمبغن دان اف بندان ٦:
عبر الرؤيا: دي منتدبير ميمفي:
جك كامو دافت منتدبيركن ميمفي
( يوسف ١٢:٤٣ ).
"Dunia itu adalah ibarat bangkai." Dalam hukum feqah bangkai adalah najis. Baja organik ialah baja yang terhasil dari najis ayam / kambing / lembu dan lain-lain haiwan termasuk manusia. Ada juga yang terhasil dari reputan tumbuhan dan tulang – dipanggil baja kompos . Baja kompos sangat baik untuk pokok.
"Dunia juga di ibaratkan tempat bercucuk tanam." Hasilnya akan di petik dan di makan di Akhirat. Dunia ibarat najis maka kita jadikan ianya baja maknawiah untuk menyuburkan pokok Akhirat.
"Mazmumah itu adalah ibarat racun dalam kehidupan manusia. Racun itu adalah rosak dan merosakkan. Kalaupun racun itu tidak tumpah kepada pihak lain, sifat diri racun itu sendiri adalah rosak. Betapalah apabila racun itu merebak maka ia akan mengakibatkan kerosakan yang mengerikan.
"Roh di ibaratkan injin kenderaan. Apabila injin baik ia mampu menggerakkan kenderaan dan ia dapat di manfaatkan. Kenderaan tersebut dapat mengangkut manusia dan barang. Tapi kalau kenderaan tersebut tidak ada injin ia tak dapat digunakan sekalipun body kenderaan tersebut cantik.
"Tuhan ibaratkan kepada manusia dengan ibarat perniagaan. Ingin Aku ( Tuhan ) tawarkan satu perniagaan yang keuntungannya dapat menyelamatkan kamu daripada azab siksa Neraka. Iaitu bermodalkan beriman kepada Allah, beriman kepada rasul dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan jiwa raga kamu.
"Tsunami diibaratkan seperti kebangkitan Islam yang melanda seluruh dunia. Ia adalah simbol yang Tuhan gunakan untuk merubah dunia.
Nabi Muhammad bagaikan bulan purnama. Telah terbit kepada kami. Ertinya Tuhan telah utus Nabi akhir zaman. Sebagai penutup Nabi dan Rasul yang membawa rahmat kepada manusia dan seluruh alam ini. Manusia yg sebelumnya hidup dalam kegelapan jahiliah. Setelah Tuhan datangkan Rasulullah manusia berada dalam cahaya.
Firman Allah:
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ .
Maksudnya:
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (Ibrahim, 14:24).
Ibarat menanam pokok Akhirat ialah mengusahakan taqwa di dunia ini. Taqwa itu ada benihnya. Untuk ia memberi manfaat dan kebaikan, benih taqwa itu mesti ditanam hingga ia tumbuh menjadi pokok yang ada batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan akhir sekali buahnya. Buah taqwa itulah hasil yang boleh dinikmati di dunia dan di Akhirat. Kalau benih taqwa itu disimpan dan tidak ditanam maka ia tidak akan tumbuh. Maka tidak akan ada hasil atau buahnya untuk dinikmati. Benih akan hanya tinggal benih. Benih tidak akan berguna kepada sesiapa kalau ia tidak ditanam dan tidak tumbuh hingga mengeluarkan buah. Begitu juga kalau benih itu ditanam di tempat yang salah seperti di tanah yang tidak subur, di tanah berlumpur, di tanah berpasir atau berbatu. Pokoknya tidak akan tumbuh. Kalau tumbuh pun, ia tidak akan subur dan tidak akan menghasilkan buah.
Ibarat gunting dalam lipatan.
Pepatah Melayu: Gunting Dalam Lipatan dan Musuh Dalam Selimut.
Kita sering dengar pepatah seperti gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam. Kenapa pepatah seperti ini begitu sinonim
dengan kehidupan seharian kita? Masyarakat melayu menggunakan alatan atau sesuatu yang mudah disebut seperti gunting, lipatan, musuh, selimut, musang dan ayam menjadikan pepatah ini senang diingati. Semua ini ada dalam kehidupan kita sehari-hari. Peranan saja berbeza. Kenapa gunting berada dalam lipatan? Kenapa musuh dalam selimut dan kenapa musang berbulu ayam? Persoalan ini perlu dikupas dengan telilti bagi mengambarkan hubungkaitnya dengan kehidupan terutama orang melayu dulu, sekarang dan akan datang.
1. Gunting Dalam Lipatan
Pepatah ini kita pelajari sejak dari sekolah rendah, menengah dan juga diperingkat yang lebih tinggi. Pepatah ini membawa makna yang mudah dan ringkas. Maknanya dalam bahasa mudah seperti membinasakan sahabat atau bangsa sendiri.
Gunting adalah objek tajam yang boleh digunakan untuk memotong kain, kertas, rambut dan apa saja yang lebut. Gunting tidak dapat memotong benda-benda keras seperti kayu, besi dan batu.
Peliknya kenapa tidak ada pepatah yang berbunyi gunting dicelak kayu atau batu? Kenapa mesti dalam lipatan? Lipatan itu pula tidak disebut samada lipatan kain atau kertas. Paling penting sesuatu benda yang boleh dilipat. Bila berada dalam lipatan pastinya sukar untuk dilihat. Boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa saja kerana ketajaman gunting yang berada dalam lipatan itu boleh mencederakan anggota seperti tangan, kaki atau apa saja sekiranya tersepak, terpijak dan sebagainya. Gunting boleh menjadi alat membinasakan. Gunting ini ibarat sesuatu unsur yang boleh membinasakan sahabat atau sesuatu bangsa.
2. Musuh Dalam Selimut
Maksud pepatah ini adalah yang berada dekat, dalam kumpulan atau yang paling hampir dengan kita. Apakah motif musuh berada dalam selimut kita? Apakah mereka merancang sesuatu yang kita tidak sedari? Walau apapun inilah yang dikatakan musuh, mereka akan berbuat apa saja demi mencapai matlamat iaitu menghancurkan atau memusnah kan kita dengan apa cara sekali pun. Mungkin kerana hasad, dengki dan juga demdam yang membara. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk berada dekat dengan kita. Musuh seperti ini amat sukar untuk dihidu atau dikesan kerana mereka bijak menggunakkan segala ruang dan persekitaran untuk menyelinap dalam kehidupan kita seharian.
Musuh seperti ini adalah musuh yang kita kenali. Sering bersama kita walau di mana saja. Mereka sebenarnya ada niat untuk melakukan sesuatu supaya seperti menggagalkan misi atau apa yang kita rancang. Mereka suka bila kita gagal dan kegagalan itu akan menyebabkan kita rugi atau terpaksa menanggung malu. Mereka tidak peduli soal hati
dan perasaan kita. Mereka melakukannya tanpa ada rasa simpati atau belas kasihan. Mereka hanya tahu kita akan gagal, musnah dan hancur. Mungkin kosnya juga terlalu tinggi. Mungkin ada yang terpaksa mempertaruh kan nyawa. Tetapi musuh seperti ini tidak peduli walaupun terpaksa merampas segala milik kita demi perjuangan dan matlamat mereka.

Ulasan
Catat Ulasan