Istilah kebangkitan Islam bukan sahaja sedang bermain-main di mulut malahan di fikiran umat Islam seluruh dunia.Kali ini adalah giliran yang Tuhan aturkan untuk kebangkitan semula Islam kali kedua. Ilmu dan maklumat tentang Islam adalah sangat-sangat diperlukan.
Malaysia sudah di kenal pasti sebagai tapak kebangkitan Islam. Ketika rombongan Abuya ke Morocco, semua ulama-ulama yang di temui mengatakan kali ini Islam bangkit dari tempat kamu. Antara mereka yang memberikan pandangan ialah Syeikh Abdullah Al Ghumari, Syeikh Dr. Abdul Salam Harras dan ramai ulama lagi yang ditemui bersetuju dengan pandangan tersebut. Ketika itu penulis ada bersama ikut rombongan Abuya pada tahun 1986.
Kini kita menyaksikan kemeriahan syiar Islam di Malaysia benar-benar menjadi kenyataan. Walaupun Barat berusaha memomokkan kebangkitan ini dengan gambaran yang negatif. Namun di Malaysia
semua agama kaum dan bangsa menerima perkembangan Islam di Malaysia dengan baik.
Kebangkitan dakwah Islam di Malaysia berkembang pesat. Ianya kini menjadi program menstrim dalam arus perdana. Berbagai bentuk program dakwah yang di anjurkan oleh kerajaan dan NGO Islam. Program di kaca TV juga banyak mengisi acara dakwah.
Indahnya bila kita
memperkatakan tentang
kebangkitan Islam daripada
Negara Islam seperti yang
dibawa dan difahami oleh
sesetengah pihak. Bila kita
memperkatakan kebangkitan
Islam ia adalah lebih global
dan luas. Ia menyentuh dari
sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sejagat.
Sesuailah dengan sifat
Islam itu global dan syumul.
Islam membawa aqidah dan
sistem hidup atau peraturan
hidup. Bagi orang Islam diambil aqidah dan sistem hidupnya. Bagi orang yang bukan Islam, mereka boleh mengambil sistem hidup Islam sahaja yang bersesuaian dengan fitrah tanpa mengambil aqidahnya.
Dalam Islam tidak ada paksaan dalam aqidah. Sementelahan itu, yang bukan Islam tidak ada sistem
hidup yang tertentu dan tersendiri dalam agama mereka. Kalau pun ada mereka ada amalkan sistem
hidup, itu bukan ajaran agama mereka terapi adalah dari ciptaan akal manusia.
Dunia pada hari ini sudah lama mengamalkan sistem demokrasi yang berasal dari Barat ciptaan akal manusia tidak kemana. Ia perlu ditukar dan di ubah kepada
sistem yang lebih baik dan lebih menjamin. Dunia sudah lama mengamalkan sistem yang
berasal daripada barat.
Hasilnya tidak kemana. Ia terlalu banyak kelemahan.
Bahkan sistem yang berasal
dari Barat, telah banyak
menyumbang kepada gejala
masyarakat yang tidak sihat,
penzinahan, rasuah, dadah,
krisis moral, krisis politik, dan peperangan.
"Pelaksanaan dakwah ini dapat memainkan peranan bukan saja dapat meningkatkan takwa dan iman, tetapi mengharapkan juga bahawa pelaksanaan bulan dakwah dapat melahirkan rakyat yang berdisiplin, pegawai- pegawai yang dedikasi dan pemimpin-pemimpin yang amanah, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas masing-masing untuk memenuhi cita- cita agama, bangsa dan negara”. Tun Syed Nasir Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Bulan Dakwah.
“Bahawa pembangunan fisikal tanpa diserapi dan disulami dengan pembangunan rohaniah dan lain-lain usaha pembentukan akhlak tidak akan mendatangkan manfaat yang besar kepada rakyat dan negara. Pemisahan antara kedua pembangunan ini akan hanya membawa kepada akibat yang buruk yang boleh menjejaskan kemajuan, keamanan, kemakmuran dan keselamatan yang dinikmati sekarang”. Tun Husein Onn, Perdana Menteri Malaysia. –
Era kebangkitan adalah satu proses yang tuhan buat hinggalah umat Islam akan menuju kematangan dan ketika itu Islam dilaksanakan secara sistematik. Diperingkat awal ini, umat baru ada kesedaran tetapi belum matang atau bersistematik dalam berbuat dan bertindak untuk amalkan Islam. Marilah kita teruskan
secara istiqamah dan berdoa
dan akan sampai kepada satu titik kematangan dan ketika itu Islam di lihat indah dan hebat.

Ulasan
Catat Ulasan