Para ikhwan dan asoib mereka menghidupkan fikiran hati dan jiwa dengan rasa bertuhan, rasa cintakanNya dan rasa Tuhan hadir sentiasa. Natijah dari ini lahirlah rasa timbang rasa, kasih sayang dan simpati pada mereka yang menderita dan tidak punya apa-apa.
Para ikhwan dan asoib sangat mengushakan taqwa.
Mengusahakan taqwa erti nya mengusahakan agar hadirnya rasa-rasa dalam hati iaitu rasa hamba, rasa insaf, rasa lemah lembut hati
lapang dada dan bertolak ansur.Rasa bertuhannya dia bawa ke mana-mana kerana Tuhannya itu ada di mana-mana tapi bukan di sini, bukan di sana.
Asoib berasal daripada kata bahasa Arab. Iaitu asaba-yaksibu-usbatan. Kata (عصب يعصب) Asobiatun (عصبية ) jamaknya ialah asoib. Maksudnya banyak fanatik. Contoh dalam ayat.
تعصب في دينه :
Maksudnya, Sangat kuat mempertahankan agamanya.
Hendaklah kita juga merasai hebatnya dan agungnya kekuasaan Tuhan ketika kita mendirikan solat. Perintah solat sebenarnya untuk menghidupkan jiwa yang telah mati.Solat dengan hati yang hidup untuk kita persembahkan syukur kepada Tuhan.
Kita berharap dan berdoa moga-moga Allah memberi kekuatan, kesihatan baki umur yang ada bagi mengagungkan Tuhan.
Selain solat, kita membaca
Al-Quran kerana ia adalah satu perkara ajaib yang agung, yang besar dan luar biasa.
Al-Quran dikatakan umul kitab maksudnya seluruh ilmu dunia dan seluruh ilmu akhirat ada di dalam Al-Quran. Kalau ada pakar-pakar ilmu yang boleh mengesan, bahkan ilmu sains dan falsafah pun semuanya adalah lahir dari Al-Quran. Al-Quran itu jika kita baca dari lafaz ke lafaz dan ayat ke ayat dengan faham dan hayati sangat menghidupkan hati kita.
Akan nampak kebesaran Tuhan keran Tuhan menggambarkan ciptaannya dalam Al-Quran tentang kejadian langit, bumi, perjalanan planet-planet, penciptaan laut, gunung-ganang , bukit-bukau dan seluruh isi yang ada di antara langit dan bumi.
Kalau itu kita faham dan hayati, kita akan lihat bagaimana betapa besarnya Tuhan. Bagaimana Tuhan Maha Pentadbir. Tuhan juga menyebutkan tentang ciptaan manusia yang berasal dari tanah, kemudian dari air mani, kemudian menjadi manusia yang begitu cantik dan begitu seni.
Kalau begitu kita dapat rasakan Tuhan itu siapa? Kita dengar kejayaan ahli sains menemukan satu-satu kajian kita rasa kagum tetapi pelik bila Tuhan sendiri yang menceritakan apa yang Tuhan buat, kita tidak merasakan apa-apa. Kita merasa kagum dengan ahli sains tetapi kita tidak hairankan Tuhan yang menciptakan ahli sains itu.
Ulasan
Catat Ulasan