Aktiviti bersama masyarakat yang dihadiri YB Adun Bangi, Tuan Mohd Syafie bin Ngah. |
Bersama masyarakat setempat. |
Pada kebangkitan Islam pertama, mereka para salafussoleh mendirikan solat natijahnya, bertambah cinta dan takutkan Tuhan.Tapi mengapa ini tidak berlaku lagi pada kita? Mengapa umat Islam terhina di mana-mana? Sebabnya, solat atau sembahyang kita tidak betul. Yang tidak sembahyang itu lain kira. Yang sembahyang pun masih tidak betul. Semasa kita menyembah Tuhan, adakah terasa kita sedang menyembah dan membesarkan-Nya?
Terasakah bahawa kita ini hina? Jika tidak rasa, itu bukan menyembah namanya. Katalah
kita berhadapan dengan Yang Dipertuan Agung. Tentu kita
tidak berani hendak bercakap. Mengapa? Sebab kita tahu Yang Dipertuan Agung itu siapa. Itu bila berhadapan dengan manusia yang baru sedikit kita kenal kebesaran nya, maka kita pun tidak berani hendak bercakap. Mengapa tidak terasa begitu dengan Tuhan?
Para sahabat berdakwah dan berjaya membina tamadun Islam, 2/3 dunia Islam ditangan mereka. Kawan dan lawan melihat mereka malu bahkan sangat menghormati. Para sahabat ketika berdakwah disatu-satu tempat mereka dihormati sekalipun ada yang masih tidak memeluk agama Islam. Bahkan memberi laluan kepada dakwah Islam, mereka digelar kafir zimmi.
Kita menyaksikan roh dakwah yang dilakukan Abuya adalah mengulangi apa yang pernah berlaku pada kebangkitan Islam pertama. Bagaimana dakwah Abuya diterima di tengah tengah kota bandar Manila Filipina. Ada dikalangan orang kuat gereja memeluk agama Islam ditangan Abuya sendiri.
Mereka yang pernah bertemu dan berdailog dengan Abuya di Manila kalaupun ada yang kekal dengan agama mereka tetapi sangat memberikan kerjasama dengan Abuya. Bahkan ada dikalangan keluarga Kristian di Manila mengucapkan terima kasih kepada Abuya kerana berjaya merubah keluarganya daripada kehidupan gengster kepada seorang yang menganut agama Islam. Inilah kesan dakwah bil hal atau sikap dengan akhlak Islam.
Perkara yang sama berlaku di Utara Thailand, dimana ada sekeluarga Budha masuk Islam ditangan Abuya. Ada dikalangan mereka wartawan Thailand. Abuya beri namanya Anas.
Ertinya masyarakat Kristian di Manila boleh menerima Islam yang Abuya bawa kepada mereka. Begitu juga dengan masyarakat Budha di Bangkok dan Utara Thailand menerima Islam yang Abuya bawa kepada mereka.
Kemunculan perjuangan Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi tepat di waktu dunia yang kian nazak dimamah derita zaman fitnah. Saat segala-galanya telah hancur musnah.
Perjuangannya menggunakan platform dakwah dan tarbiyah. Kini beliau telah melahirkan generasi ke tiga perjuangan.Perkara yang sama terus diperjuangkan oleh generasi penerus perjuangan nya.
Iman, persaudaraan dan seluruh cara hidup menjadi taring-taring tajam yang menggigit lalu membunuh. Dunia Islam diselubungi oleh fitnah namun perjuangan Abuya terus meniti di atas Jadual Allah.
Umat Islam dalam kacau-bilau. Gawat. Lantas dia pun muncul membawa bersamanya sinar dan harapan. Membawa hikmah dan penyelesaian. Membawa obor yang akan membakar segala durjana, menerangi kembali kehidupan yang lesu ini. Dengan moto " era kebangkitan Islam". Apapun yang diusahakan oleh musuh tuhan semuanya gagal, kerana sekarang era kebangkitan Islam.
Kalau sebelum ini percaturan musuh dan strategi mereka menjadi. Namun kini apapun percaturan musuh makan diri mereka balik. Semuanya tidak menjadi, kalau sebelum ini semuanya menjadi. Inilah
kebesaran kebangkitan Islam. Kerana Tuhan hendak gilirkan kepada Islam.
Kelangsungan dakwah Abuya di Malaysia diterima berterusan. Keluarga Abuya terdiri dari anak-anak dan cucu-cucu rancak berdakwah dan bergelanggang ditengah masyarakat dengan aktiviti pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan lain-lain. Musuh-musuh tuhan tidak berjaya hendak menghalang kepesatan aktiviti
dakwah yang berlaku dan yang sedang berjalan. Perancangan mereka gagal kerana berdepan dengan janji tuhan iaitu era kebangkitan Islam. Walaupun mereka telah berusaha semuanya makan diri mereka semula.
Ulasan
Catat Ulasan