Langkau ke kandungan utama

MARKAZ DAKWAH ABUYA DI SETAPAK, KUALA LUMPUR.


Abuya pernah bertapak di Setapak Kuala Lumpur. Di situ Abuya pernah buka markaz jemaah Al Arqam. Ia termasuk langkah-langkah awal Abuya memulakan dakwahnya. Maknanya Kuala Lumpur adalah tapak permulaan perjuangan jemaah Abuya sebelum ia berkembang ke merata negeri dan negara. 

Sejarah juga mencatatkan bahawa era gemilang Al Arqam ialah berpusat di Kampung Sungai Penchala, juga di Kuala Lumpur, sehinggalah jemaah itu diharamkan kerajaan pada tahun 1994. Walaupun bernama Kampung Sungai Penchala, namun sebenarnya ia berada di ibu negara Malaysia, kota metropolitan Kuala Lumpur. 

     Tidak lama selepas penubuhan jemaah Abuya Ashaari Attamimi, perjuangannya sudah memperhebatkan dakwah. Hasilnya, pengamalan Islam semakin rancak. Kebangkitan Islam di Malaysia telah terserlah. Yang mana ini tidak berlaku sebelumnya walaupun telah lama usaha memperjuangkan Islam dibuat oleh parti politik. Justeru itu Abuya yakin: "Kebangkitan Islam ialah melalui dakwah."

     Pada tahun-tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan, jemaah Abuya terus mantap dan perkembangan yang begitu menggalakkan berlaku di bidang hablumminannas.(pembangunan material). Bidang pendidikan, ekonomi, pertanian, perubatan, kebudayaan dan lain-lain telah pesat berkembang. Abuya Ashaari Attamimi telah membangunkan tamadun material di atas pembangunan insan yang telah di asaskan sebelumnya. 

     Kerancakan perjuangan dakwah Abuya Ashaari Attamimi mengingatkan kita pembukaan Kuala Lumpu oleh seorang tokoh masyarakat juga seorang pedagang yang membuka Kuala Lumpur. Satu persepsi Haji Abdullah Hukum yang boleh dianggap sebagai bayangan kepada perkembangan Kuala Lumpur dan nasib yang menimpa bangsa Melayu dapat dilihat daripada catatan pengalamannya apabila beliau menziarahi ketua kampung halaman-nya di Kerinchi, Sumatera. Beliau singgah di suatu tempat, iaitu Tapan. Kebetulannya pada hari itu ia-lah Hari Balai Situ (hari perhimpunan pekan), katanya:

“...Maka saya pun berjalan-jalan melihat pekan itu. Saya dapati beribu-ribu manusia berjual beli semuanya bangsa Melayu daripada berbagai-bagai bangsa. Di situ saya lihat segala perniagaan dan pertukangan dipegang oleh orang Melayu semata-mata. Tukang-tukang besi, tukang ayan, tukang tembaga malah tukang pangkis (tukang cukur) pun Melayu belaka. Serba rupa kain-kain boleh didapati semuanya tenunan orang-orang Melayu. Begitu pula hidup-hidupan seperti kerbau, kambing ayam, itik dijual orang Melayu belaka. Pendeknya pada pendapat saya pekan itu bukan sahaja ahli penjual dan pembeli di situ semuanya Melayu tetapi ialah jua warna dan baunya semua Melayu.” 
( Bangunan sejarah Abdul Samad Kuala Lumpur ).

Ketika meneliti artikal yang di tulis oleh Adnan Hj. Mohd Nawang  ada menulis rencana tentang sejarah Kuala Lumpur. Rencana ini rasanya ditulis sekitar tahun 80-an atau awal 90an di akhbar Berita Harian. Agak menarik kerana rencana ini ditulis berdasarkan pengamatan seorang tokoh yang pernah tinggal lama di Kuala Lumpur. Tokoh tersebut ialah Hj. Abdullah Hukum iaitu ketua masyarakat Kuala Lumpur pada zaman Sultan Abdul Samad. Begitu persepsi Haji Abdullah Hukum pada Disember 1929, iaitu setelah tinggal di Selangor selama 79 tahun. 

Bergambar didepan bangunan Abdul Samad Kuala Lumpur ).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman