Langkau ke kandungan utama

ABUYA DAN KELUARGANYA DALAM TAHANAN ISA.






Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994. Abuya Imam Ashaari At Tamimi, selaku pejuang Islam beliau meneruskan cita-citanya menegakkan Islam supaya berdaulat di muka bumi Tuhan. Negara kita berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bermazhab Syafei dalam feqah namun tetap menerima mazhab-mazhab feqah yang lain seperti Hambali, Hanafi dan Maliki. Begitu juga dengan pegangan 
Abuya Imam Ashaari At Tamimi, selaras dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie dalam feqah. Penulis hendak mengimbau kembali dan mengenang sebuah perjuangn Islam yang dipimpin oleh Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi.


Abuya memberikan impak maksima kesedaran kepada begitu ramai orang serta mampu mendorong seseorang itu melakukan amar makruf nahi mungkar. Samada dikalangan keluarga, pengikut atau masyarakat yang mengikuti program pengajian yang pernah beliau kendalikan di Sungai Penchala Kuala Lumpur. Abuya selaku pemimpin kepada sebuah jemaah Islam, pemimpin-pemimpin yang dididiknya itu berada langsung di bawahnya  sudah tentu menjadi wakilnya untuk mendidik anak-anak muridnya. Sebab itu pemimipin-pemimipin tersebut beliau pilih dikalangan orang-orang yang mempunyai pengetahuan Islam yang cukup dan mengamalkan ilmunya, dapat memahami mindanya serta dapat menyampaikannya dengan baik. Tegasnya, mereka adalah orang-orang yang mempunyai ciri-ciri taqwa dan cerdik. 


Abuya dan keluarganya ditahan oleh kerajaan menggunakan ISA, di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahadir Muhammad. Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan memberi kerjasama. Beliau amat yakin bahawa Allah pasti menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian itu pula adalah penghapusan dosa, manakala penentang akan terhukum dengan sendirinya. Setelah dibebaskan dari lokap, Abuya menubuhkan Syarikat perniagaan sebagai wadah baru perjuangannya sedangkan Abuya masih dalam tahanan ISA (RO). Akhirnya dalam masa 10 tahun, syarikat Abuya menjadi jauh lebih gagah daripada Arqam yang telah dihancurkan itu. Walhal sepatutnya jemaahnya tidak mungkin hidup kembali. Namun melalui proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya. 


Bukan setakat Abuya seorang tetapi keluarganya juga di ISA kan. Mereka ialah dua orang anak lelaki iaitu Fakhrurrazi, yang ditahan dan dibuang daerah bertempat di Kuala Rompin perkampungan nelayan. Mohd Nizamuddin di Pulau Pinang, adiknya Hasyim Muhammad, dua orang Isterinya, Ummi Nor (Noriah) dan Khadijah Amm dan menantu lelaki Muhammad Abu Bakar dan suami kepada adiknya Ibrahim Muhammad. Abuya sering mengingatkan tugas kepimpinan merupakan satu tanggungjawab, bukan jawatan kebanggaan. Pemimipin adalah khadam ummah, yakni menjadi wakil Allah untuk berkhidmat kepada manusia. Inilah falsafah kepimpinan menurut Abuya. Atas dasar itulah jawatan kepimpinan bagi Abuya tidak pernah dipertandingkan. Abuya selaku pemimpin nombor satu, tetap memimpin jemaah ini dari dulu hingga sekarang.


Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat. Dalam keadaan dirinya yang terlantar sakit itu lebih-lebih lagilah tidak mungkin pengaruhnya membesar. Namun kenyataannya Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam dan di luar negara, sama ada dari kalangan orang biasa mahupun tokoh-tokoh kenamaan, tokoh-tokoh korporat, golongan profesional, pemimpin masyarakat, artis dan lain-lain.
Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu memberi kesan.


Kalaulah tokoh-tokoh lain sama ada pemimpin, usahawan, jutawan,ilmuan, karyawan, budayawan atau lain-lain, di tangan mereka terjadinya pembangunan dan kemajuan material yang luar biasa namun belum ada di antara mereka yang mampu membina kemajuan sepertimana yang dibangunkan oleh Abuya. Sebagai contoh, Abuya berjaya membangunkan ‘bandar’ yang lain dari yang lain iaitu sebuah bandar dengan sistem hidup yang memasukkan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Yakni Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem bermodalkan Tuhan menjadi model yang boleh ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan.


Kekuatan sebenar yang Abuya bina membangunkan keluarga besar dan jemaahnya bila dapat bantuan Allah. Tidak ada musuh yang dapat menghalang bila Allah memberi pembelaan dan pertolongan. Bantuan Allah hanya akan diberikan kepada pejuang Islam yang bertaqwa. "Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya)." (Al Jaathiah 45:19).
Untuk mendapatkan taqwa, hati mesti dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah (keji). Setelah itu barulah ia mempunyai kekuatan untuk melawan hawa nafsu dan syaitan. Dua musuh batin yang sangat merbahaya. Tanpa hati yang bersih, cita-cita untuk menegakkan Islam tidak akan tercapai.


Salah satu cara yang paling berkesan untuk membersihkan hati ialah melalui zikrullah (ingatkan Allah). Zikir yang paling berkesan ialah yang dilakukan secara istiqamah, berdisiplin dan diijazahkan oleh guru Mursyid yang bersambung salasilahnya kepada Rasulullah SAW. Zikir menurut syarat-syarat itu dinamakan Tareqat. Ia merupakan kaedah latihan rohani yang cukup berdisiplin dan sistematik. Abuya sejak dari awalnya lagi membina keluarga dan bangunkan jemaah sudah dibajai dengan zikrullah secara bertareqat. Sebab itu jemaah yang Abuya bangunkan ini dikenali dengan keluarga besar, jemaah pengajian dan jemaah tareqat.


Abuya sangat menitik beratkan pembangunan insan. Hanya manusia yang terbangun insannya sahaja yang akan menjadikan pembangunan material berguna untuk agama dan perjuangan. Bermula dengan era pembangunan insan. Muslimah pula Abuya didik dengan mengembalikan kepada fitrah dan kedudukan mereka yang sebenar. Di rumah bersama suami dan anak-anak adalah medan jihad muslimah diperingkat awal. Sejarah telah menceritakan, apabila Rasulullah diperintahkan menyampaikan Islam ke tengah masyarakat jahiliah, maka orang pertama yang diajarkan tentang Islam adalah isteri baginda sendiri, Siti Khadijah.
Seruan Islam itu bermula dari rumah sendiri.


Rumah tangga sendiri perlu dicorakkan dengan suasa Islam. Tanpa intitusi rumahtangga yang berwajah Islam, perjuangan menegakkan hukum-hukum Islam di peringkat yang lebih luas akan gagal. Kerana itulah diperingkat awal, rumahlah gelanggang 
Dan medan untuk muslimah berjuang. Walaupun dalam ruang-ruang yang terbatas tetapi mempunyai peranan yang cukup besar. Menjadi isteri kepada seorang pejuang dan Ibu kepada generasi pelapis yang akan mewarisi perjuangan. Era tahun 70 puluhan dan awal 80-an adaltahun-tahun rancaknya perjuangan 'women's liberation'. Wanita-wanita menuntut kebebasan untuk bergelanggang bebas tanpa batas, namun hakikatnya hanya mempunyai fungsi yang kecil dan membawa risiko yang besar.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N