Langkau ke kandungan utama

KESUSAHAN MENDIDIK KITA BERJIWA BESAR.



Kebanyakkan nabi dan rasul dibesarkan dalam suasana kehilangan tempat bergantung sejak kecil. Rasulullah SAW kematian ayah ketika dalam kandungan lagi. Rasulullah SAW kehilangan ibu dan datuk yang tercinta ketika kecil lagi. Nabi Musa pula, meskipun hidup dalam istana Firaun namun sudah berpisah dengan ibunya Yukabad yang telah menghanyutkannya ke Sungai Nil. Nabi Ismail juga terpisah dari ayahnya, Nabi Ibrahim sewaktu ditinggal berduaan bersama dengan ibunya Siti Hajar di padang pasir yang gersang. Nabi Isa membesar hanya bersama ibunya, Siti Maryam yang sentiasa diuji dengan cemuhan dan penghinaan kaumnya.


Kemahuan bertolak dari cita-cita. Anak-anak yang dididik dari kecil untuk menjadi orang yang bertaqwa, dengan sendirinya akan menyalurkan kehendak dan naluri mereka ke arah kebaikkan.Abuya menggariskan lapan syarat yang mesti ditempuh untuk menjadi orang yang bertaqwa: Pertama. Dapat petunjuk dari Allah. Alangkah bertuahnya anak-anak yang lahir ke dunia dengan suasana syariat hasil dari hidayah yang dicampakkan Allah SWT ke dalam hati Ibu bapanya. Dengan hidayah itu, ibu bapa ini terus mengubah haluan hidup dengan menempuh jalan-jalan taqwa. Anak-anak ini lebih mudah dididik dan diasuh dengan bimbingan agama. Imam Syafei dapat menghafal Al Quran ketika berumur 9 tahun,kerana lahir di dalam suasana agama; ibunya sentiasa membaca Al Quran dan beribadah kepada Allah SWT.


Kedua. Faham tentang Islam.
Jiwa anak-anak ibarat mangkuk yang suci bersih dan belum terisi apa-apa. Hati mereka mudah menerima segala bentuk ilmu yang diajar sekali pun di usia kecil yang belum mengerti apa-apa lagi. Sedangkan ibu bapanya sendiri masih payah dan sukar untuk beramal kerana pernah bergelumang dengan dosa-dosa yang dibawa dari alam jahiliah. Kalau ibu bapa mereka hanya mampu memahami persoalan-persoalan asas dalam akidah, syariat dan tasawuf, maka anak-anak mereka mampu menimba sebanyak mungkin ilmu sepertimana ulama-ulama mujtahid yang mengeluarkan ijtihad setelah ketiadaan Rasulullah. Jiwa anak yang bersih menyebabkan hati mereka mampu menampung sebanyak mungkin ilmu yang dipelajari. Imam Syafi'i  pernah bertanya kepada guruanya, "Bagaimana untuk mudah menghafal?" Jawab gurunya, Tinggalkan maksiat."


Ketiga. Yakin
Keyakinan yang tinggi kepada Allah, Rasul, malaikat dan sebagainya hendaklah ditanam di jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi. Alam persekitaran di sekeliling mereka adalah sekolah yang mendidik jiwa tauhid anak-anak. Anak-anak yang ditanam dengan jiwa tauhid sejak kecil, akan memiliki keyakinan yang kental. Saidina Umar Al Khattab pernah menguji seorang kanak-kanak pengembala kambing supaya 
menjual kambing kepadanya, dengan alasan tuannya tidak nampak perbuatannya itu.


Keempat. Melaksanakan.
Hasil dari jiwa tauhid yang tinggi iaitu rasa cinta kepada Allah dan rindukan Syurga-Nya. Rasa takut kepada Allah dan gerun kepada Api Neraka-Nya, menyebabkan anak-anak mudah melaksanakan segala bentuk ilmu yang telah difahami dan diyakini. Sejak kecil lagi jiwa mereka sudah terarah dalam melaksanakan suruhan dan perintah Allah seperti sembahyang, puasa,tutup aurat,dan sebagainya. Mereka mudah melaksanakan perkara-perkara sunat seperti adab-adab menghormati orang lebih tua daripadanya, adab makan minum, tidur 
dan sebagainya.Dalam perkara-perkara yang dilarang Allah, anak-anak ini sudah terdididik takut untuk melakukannya seperti mendedahkan aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan sebagainya.


Kelima. Bermujahadah.
Syaitan dan hawa nafsu dua musuh batin yang menjadi penghalang dalam beramal. Kerana itu, ia dilawan dengan mujahadah. Orang yang berkehendakkan bimbingan Allah mesti sanggup berjuang melawan hawa nafsu. Anak-anak yang bersih jiwanya, mudah bagi mereka untuk bermujahadah berbanding dengan orang dewasa yang sebelum nya yang bergelumang dengan dosa-dosa lahir dan batin. Seorang yang mudah untuk bermujahadah adalah orang yang mendapat bantuan Allah. Natijah dari nafsu mereka yang terdidik, mudahlah ajaran Islam diamalkan secara bersungguh-sungguh, dan segala maksiat lahir dan batin mudah ditinggalkan.


Keenam Istiqamah beramal.
Beramal secara tetap, rajin dan terus menerus biarpun sedikit akan meninggalkan kesan mendalam pada roh seseorang. Bagi anak-anak yang dilatih sejak kecil beristiqamah pada sesuatu amalan, mereka tidak akan hadapi masalah untuk terus istiqamah dengan amalan tersebut bila dewasa. Orang-orang yang bersih hatinya saja yang layak diserahi dunia kepadanya. Mereka meletakkan dunia di tangan dan Akhirat tetap di hati.


Ketujuh Mursyid yang memimpin.

Bagaimanakah ciri-ciri Mursyid (Sohibuz Zaman) yang munculnya 100 tahun sekali dan yang menjadi seorang pemimpin zaman. Guru Mursyid yang sah menjadi pewaris Nabi Muhammad SAW diantaranya adalah : Guru Mursyid bukan sekadar mualim (berilmu) tetapi juga seorang yang bertaqwa. Hanya guru Mursyid sahaja yang mampu mendidik dan memimpin secara lahir dan batin. Kaedah pendidikannya yang terbukti berkesan dalam melahirkan anak-anak yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Seorang yang pintar (alim). Tidak mencintai dunia dan pangkat (berjiwa Sufi). Mempunyai sifat dan akhlaq terpuji, seperti : sabar, syukur, tawakkal, yakin, pemurah, qanaah, pengasih, tawadhu, shiddiq, haya, wafa, wiqor dan syukur .
Mengikis sifat-sifat mazmumah dari hati mereka dan mengisinya dengan sifat-sifat mahmudah.


Kelapan.Berdoa.
Hanya Allah yang menentukan nasib hamba-hamba-Nya. Justeru itu, hendaklah selalu memanjatkan doa kepada Allah agar hidayah dan taufiq yang diberikan berterusan. Manusia berusaha biarlah Tuhan yang menentukan, demikian ungkapan yang seringkali kita dengar tentang makna dari tawakal. Untuk kebaikan bagi manusia dalam menjalani kehidupan di dunia dan kelak di Akhirat, kita semua sebagai manusia diperintahkan untuk senantiasa berserah diri atau bertawakal. Di balik sikap berserah diri manusia wajib berdoa dan berusaha saat memiliki tujuan atau rencana yang tengah ditargetkan. Dengan berdoa dan berusaha, setiap manusia akan melewati tantangan, rintangan yang pada akhirnya akan mendapatkan kebahagiaan. Allah menegaskan di dalam Alquran surat Albaqarah ayat 186 tentang bentuk ikhtiar yang sangat dianjurkan; berdoa.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N