Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN ISLAM MELALUI TAMADUN INSANIAH.






Nabi Idris di utuskan di Babylon, wilayah antara dua sungai dan berhijrah ke Mesir.




Kita perlu tahu ilmu tentang pembangunan insaniah sebelum membangunkan tamadun maddiah. Bila ada ilmu yang difahami dan dihayati, barulah ada contoh. Peringkat awal perlu ada ilmu tentang apakah jalan yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jalan Tuhan itu ada 3 yakni yang bersifat maknawi, rohani dan zohiri. Ini adalah satu pakej. Ketiga-tiga ini mesti selaras. Ertinya ketiga-tiga jalan ini adalah jalan para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang soleh. Ketiga-tiga jalan ini mesti dalam satu pakej yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Mari kita lihat ilmunya. Ilmunya pernah dimiliki oleh para Rasul, nabi dan wali-wali. Setelah mengetahui ilmunya, nanti kita akan melihat sejauh mana ibadah, akhlak, perjuangan dan pengorbanan mereka yang telah dilahirkan.


Untuk membangunkan tamadun material atau maddiah perlu dibangunkan insaniah terlebih dahulu.  Untuk membangunkan insaniah manusia perlukan jalan rohaniah dan maknawiah. Jadi bila kita katakan jalan rohani dan maknawi ia tidak dapat di lihat oleh mata. Jalan itulah jalan rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali. Paling tidak jalan orang soleh. 
Oleh kerana rasul pun sudah tidak ada depan kita. Nabi juga sudah tiada. Orang soleh pun sudah payah untuk ditemui sedangkan jalan-jalan orang-orang  itulah yang hendak kita tempuh. Berapa sulitnya. Sudahlah jalannya tidak boleh di lihat oleh mata kerana bersifat maknawi, orang yang hendak kita ikut pun tidak ada. Bagaimana hendak buat? 


Kalau hendak jejak perjalanan lahir rasul-rasul nabi-nabi,wali-wali dan orang-orang soleh mudah. Banyak rancangan tv telah merakamkan tempat-tempat bersejarah tersebut. Ada rancangan khas yang di namakan "Jejak Rasul". Negara-negara di Timur Tengah telah pun di rakamkan filem dokumentarinya. Seperti Mesir, Bahrain,Cyprus, Iran, Irak, Israel, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Turkey, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman. Jalan Tuhan itu ia terbahagi kepada tiga. Ada maknawi, rohani, zohiri. Ia adalah satu pakej. Ketiga-tiga ini mesti selaras. Ertinya ketiga-tiga jalan ini adalah jalan nabi-nabi, rasul-rasul, wali-wali dan jalan orang-orang soleh.
Ketiga-tiga jalan ini mesti satu pakej tidak boleh terpisah.


Semua mereka bermula di Timur Tengah dan dari sana Islam terus berkembang keseluruh dunia. Dengan perkongsian apa-apa yang telah Tuhan berikan kepada mereka dan sampai kepada kita dan ianya dapat jadi panduan hidup kita seperti yang Tuhan kehendaki. Bukan sahaja bumi tempat mereka berada kita kongsikan maklumat tetapi yang lebih penting ajaran yang dibawa oleh mereka. Sedikit maklumat "Atlas Al Quran" oleh Dr.Syauqi Abu Khalil. Gabungan pengalaman penulis bermusafir bersama Abuya Imam Asaari At Tamimi dan maklumat yang ada di dalam buku "Atlas Al Quran" menambahkan lagi keyakinan untuk dikongsikan dengan pembaca. Sebagai tambahan daripada buku sejarah dan bertemu dengan masyarakat setempar yang disebutkan didalam buku sejarah.


Pada pagi Jumaat 12 January 1990 kami melalui Taman Tergantung Babylon Iraq , kami jejaki untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Babylon pernah diperintah oleh Namrud dan Bukhtansir (Nabuchadnezzar). Babylon adalah negara-kota bagi Mesopotamia
 kuno, dan kesan peninggalan kota kini ditemui di Hillah Wilayah Babil, (Babylon), Iraq,lebih kurang 85 kilometer selatan Baghdad. Pada hari ini, hanya terdapat longgokan dan timbunan tanah serta kesan runtuhan bangunan dan batu-bata di tanah subur Mesopotamia di antara Sungai Tigris (Dajlah) dab Sungai Furat di Iraq. Sumber sejarah memberitahu kita Babylon pada asalnya sebuah kota kecil yang mula bertapak pada permulaan milenium ketiga SM. Kota ini mula menyinar dan menjadi penting dengan kebangkitan Dinasti pertama Babylon.
Ia adalah sebuah kota suci rakyat Babylon dan lebing kurang tahun 2300 SM menjadi pusat bagi Empayar Baru Babylon dari tahun 612 SM. Taman Tergantung Babylon merupakan satu dari Tujuh perkara ajaib Dunia.

Maksud Hadist:"Para penguasa yang pernah memerintah dunia adalah terdiri dari dua raja yang kafir iaitu Namrud dan Nabuchadnezzar dan dua orang raja yang beriman iaitu Iskandar Zulkarnaian dan Nabi Sulaiman." (Petikan kitab FatawaHadisiah oleh ibnu Hajar). Di dalam Al Quran, nama Nabi Idris AS disebut dua kali.

Firman Allah:وَٱذْكُرْ فِى ٱلْكِتَٰبِ إِدْرِيسَ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا  ﴿٥٦﴾

                          وَرَفَعْنَٰهُ مَكَانًا عَلِيًّا  ﴿٥٧﴾

Maksudnya:"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.
(Maryam 19:56-57).


Ketika penulis berada di Iraq , telah mendapatkan buliten yang di terbitkan oleh kerajaan Irak tentang Telok Arab dan aliran sungai Dajlah dan Furat (Tigris dan Eufrat). Sungai Dajlah atau Tigris ialah salah satu daripada sungai besar yang mentakrifkan Mesopotamia (Mesopotamia bermaksud tanah di antara sungai-sungai), bersama dengan Sungai Furat. Sungai Tigris mengalir dari pergunungan Taurus di Turki. Dari situ, ia mengalir ke banyak negara terutamanya Turki, Syria dan Iraq. Sungai ini berukuran 1,900 kilometer panjang dan bertemu Sungai Furat untuk membentuk Sungai Shatt-al-Arab yang mengalir keluar ke Teluk Parsi.


Nabi Idris AS adalah anak kepada Nabi Adam AS. Bapa manusia iaitu Nabi Adam AS yang namanya disebutkan 25 kali di dalam Al-Quran, diturunkan di India, Sri Lanka, Mesir dan Jedah. Nabi Idris AS diturunkan di Babylon (di Wilayah antara dua sungai) dan berhijrah ke Mesir. Nabi Idris AS. memiliki beberapa kelebihan mukjizat dari Tuhan: Pertama, dia manusia pertama yang pandai baca tulis dengan pena. Kepada Idrislah Allah swt memberikan 30 sahifah atau suhuf lembaran-lembaran ajaran Tuhan, berisi petunjuk untuk disampaikan kepada umatnya. Kedua, Nabi Idris diberi bermacam-macam pengetahuan merawat kuda, ilmu perbintangan (falaq), dan ilmu hisab atau matematika.


Ketiga, Nama Nabi Idris sendiri berasal dari kata Darasa yang artinya belajar. Idris memang sangat rajin mengkaji ajaran Allah swt yang diturunkan kepada Adam dan Nabi Syits, bahkan yang langsung kepada dirinya. Nabi Idris juga sangat tekun mengkaji fenomena alam semesta, yang semua merupakan ayat dan pertanda dari Tuhannya.
Keempat, Nabi Idris as ialah orang yang pertama pandai memotong dan menjahit pakaiannya. Orang-orang sebelumnya konon hanya mengenakan kulit binatang secara sederhana dan apa adanya untuk dijadikan penutup aurat. Idris yang haus akan ilmu pengetahuan sehari-hari memang disibukkan oleh berbagai kepentingan, namun ia tetap selalu ingat kepada Tuhan. 


Nabi Idris menjadi gagah berani tak takut mati, tak gentar kepada siapa saja, terutama dalam menyedarkan keturunan Qabil yang saat itu penuh dengan kesesatan. Dapat difahami jika ia mendapat gelar kehormatan Asadul Usud  “Singa di atas segala singa” dari Allah swt. Kepada kaumnya, Idris diperintahkan memberantas kebiasaan melakukan pembohongan Idris ditugaskan untuk membetulkan pekerti rendah, zalim terhadap sesama, suka permusuhan, serta suka berbuat kerusakan. Kepada keturunan Qabil, Idris mengingatkan, iman kepada Allah boleh memberikan kebaikkan. “Untuk itu wahai kaumku,” kata Idris, 


Menurut buku Atlas Al Quran karangan Dr. Syauqi  Abu Khalil ada ulama berpendapat Nabi Idris AS dilahirkan di kota Babylon dan berhijrah ke Mesir. Ketika Nabi Idris melihat sungai Nil, dia berkata "BABYLON" seperti Sungai kalian yang besar, sungai yang penuh berkah. Menurut dalam buku "Atlas Al Quran " pada zamannya, dibangunkan 180 kota. yang terkecil di antaranya ar-Ruha. Nabi Idris AS yang pertama kali mengeluarkan hikmah dan ilmu nujum. Di antara kata-kata hikmah Nabi Idris AS: " 🌑 Seseorang tidak akan dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat-Nya yang sebanding dengan limpahan nikmat kepada makhluk-Nya. 🌑 Jika kalian berdoa kepada Allah yang Maha Suci maka tuluskanlah niat. 🌑 Kehidupan jiwa adalah hikmah. 🌑 Janganlah kalian dengki kepada orang lain atas bahagian yang diberikan kepada mereka, kerana kesenangan 
yang mereka perolihi darinya sangat kecil sekali. ⚫️ Barangsiapa tidak merasa cukup, maka tidak ada sesuatu pun yang membuatnya puas.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N