Langkau ke kandungan utama

ABUYA HADAPI BARAT DENGAN IMAN DAN KASIH SAYANG.







Dunia sebelah Timur memainkan peranan besar dalam proses semula kebangkitan Islam di akhir zaman ini. Titik tolak kepada kebangkitan Islam sekali lagi bertaraf global. Ianya bermula disini. Ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Akan berlaku di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur."(dari kitab karangan Syed Hasan Ali An Nadawi). Baginda SAW juga bersabda yang bermaksud: "Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-samanya panji-panji berwarna hitam. 


Dunia Timur sedang rancak dengan kebangkitan Islam. Abuya terus mempersiapkan jentera penggerak Timur dengan memperbanyakkan usaha-usaha taqwa. Hanya denga usaha taqwa dapat mengatasi usaha-usaha barat untuk menggagalkan kebangkitan Timur. Dalam Islam, disisi Tuhan hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dua golongan itu tidak ada golongan lain yang diizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini. Kerana begitulah dalam Islam untuk mencapai kejayaan melalui usaha taqwa.


Janji Allah untuk orang yang bertaqwa. Golongan orang-orang yang bertaqwa pula sudah tentulah mereka itu orang-orang Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak semestinya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Allah sendiri tidak ada memberi apa-apa jaminan atau menjanjikan apa-apa pertolongan atau kemenangan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti dalam Firman-Nya:

Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi yang bercita-cita ingin mendaulatkan Kalimah Allah di muka bumi ini, muncul sebagai tokoh pejuang Islam dari Timur paling menonjol dan berpengaruh. Proses kebangkitan Islam akhir zaman oleh pejuang Islam dari Timur ini tidak akan lengkap tanpa penyertaan pejuang-pejuang dari Khurasan.
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Ishaq Al Washithi An Naqid; telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ishaq dari Yazid bin Hayyan; aku mendengar Abu Mijlaz menceritakan dari Ibnu Abbas, ia berkata; "Sesungguhnya panji Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwarna hitam dan benderanya berwarna putih."- sunan Ibn Majah 2808 


Tidak ramai yang tahu, hanya Allah lebih mengetahui....kerana umat secara umum sudah tidak mengaji kitab-kitab lama atau turas dan lebih berminat membaca buku-buku moden. Syeikh Mahmud Bukhari, ulama kelahiran Bukhara yang hafiz 10.000 hadis dan mahir 6 bahasa. Syeikh Mahmud Bukhari adalah guru yang paling melekat dihati Abuya. Sungguh kehadiran Syeikh Mahmud Bukhari dari Mekah ke Tanah Melayu, memberi erti yang sangat besar kepada pembentukan peribadi Abuya. Berkat didikan beliau mendorong Abuya untuk memperjuangkan hadis-hadis akhir zaman. Terutamanya tentang peranan Timur. Dengan bimbingan dan didikan sangat membantu Abuya meneroka bumi Khurasan.
 

Siapakah pejuang-pejuang di belakang pejuang Islam dari Timur ini bersama-samanya meneroka bumi Khurasan. Yang mana proses kebangkitan Islam akhir zaman oleh gabungan Timur dan Khurasan. Ini sesuai dengan sebuah Hadis, dari Sayidina Ali bin Abi Thalib KW. Bahawa Rasulullah SAW bersabda:"akan keluar seorang lelaki dari belakang sungai (Maa Waraa Un Nahar) yang dikatakan Al Mansur (orang yang dibantu-Pemuda Bani Tamim)yang dia meneguhkan keluarga Rasulullah SAW sepertimana Quraisy yang telah menguatkan Nabi. Wajiblah orang Mukmin menolong dan menerimanya. 


Atas dorongan untuk membuktikan hadis ini, Abuya memberi tumpuan dakwah yang lebih serius di Khurasan Uzbikistan kerana ada kaitan dengan Harris Harras, kibaran panji-panji hitam, Ikhwan dan Asoib. Bila semua bergabung menunjukan terlalu hampirnya kemunculan Imam Mahdi.Di akhir zaman sudah ramai umat Islam yang kehilangan Tuhan atau mereka sudah tidak fikirkan lagi adanya Tuhan, hingga mereka sudah tidak terasa lagi peranan Tuhan di dalam kehidupan. Akibatnya semua peringkat manusia hidup dalam ketakutan. Yang miskin takut dalam kepapaan, yang kaya takut bila orang kidnap atau kena rompak. 


Yang berkuasa pula takut dijatuhkan atau takut rakyat tidak setia. Guru-guru takut murid-muridnya tidak patuh dan taat. Ibu bapa takut anak-anak mereka tidak mengikut kata. Suami isteri prejudis satu sama lain. Masing-masing sering sahaja curiga-mencurigai. Suami takut isteri tidak setia, isteri takut kalau poligami. Begitulah ketakutan menyerang semua peringkat manusia. Untuk menghilangkan ketakutan ini, hendaklah perjuangkan semula Tuhan hingga Dia dicintai.Yakinkan semula bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa. Dialah pengurus, penjaga, pelindung, menyelamat manusia.


Namun, siapakah yang mampu melakukan kerja besar ini? Membawa manusia kembali kepada Tuhan adalah kerja para rasul dan nabi. Sedangkan Rasul kita Muhammad sudah wafat. Jadi bagaimana? Beruntungnya kita kerana menjadi umat Nabi Muhammad, Rasul yang terakhir. Ertinya selepas baginda tidak ada Rasul yang lain, sedang kerja menyelamatkan manusia mesti terus berlaku. Maha Baiknya Tuhan kerana Dia memberi jalan, iaitu walaupun Muhammad sudah wafat, tetapi masih meninggalkan janji untuk umat yang telah ditinggalkan.


Janji itulah yang akan ditunaikan oleh Allah untuk menyelamatkan umat akhir zaman ini. Janji Tuhan melalui lidah Rasul-Nya itu, umat Islam khasnya dan umat manusia seluruhnya akan diselamatkan oleh sekumpulan manusia yang cinta dan takut Tuhan. Mereka dinamakan Ikhwan dan Asoib. Mereka membawa kasih sayang dan model sistem kehidupan yang menggembirakan kerana sistem itu penuh dengan keadilan dan kemakmuran. Siapakah Ikhwan dan Asoib itu? Ikhwan ertinya saudara. Mereka di antara satu sama lain seperti satu ibu dan satu ayah yang penyayang. ASOIB pula ertinya satu kumpulan.


Dalam makna lain ASOIB juga bererti balutan atau sesuatu yang melindungi dan menyempurnakan. ASOIB juga bererti serban atau mahkota, simbol kemuliaan. Jika digabungkan makna-makna itu ASOIB ertinya satu kumpulan yang mendokong dan menyempurnakan bagaikan mahkota menambah kemuliaan dan seri golongan Ikhwan. Asoib terdiri dari golongan ahli tarekat yang hak di seluruh dunia dan manusia awam yakni golongan orang soleh pilihan yang sangat bersimpati dan menyokong perjuangan jemaah Ikhwan. Ikhwan dan Asoib adalah pejuang-pejuang yang menjadikan Tuhan sebagai kawan. Mereka Ruhbanu Billail wa Fursanun fin Nahar. Di malam hari menjadi abid atau ahli ibadah seperti ruhban (rahib), bercinta-cinta, bermanja-manja dengan Tuhan Cinta Agung. 


Di siang hari sibuk berjuang seperti tentera berkuda (fursan). Sifat fursan seperti singa yang aktif mencari mangsa, bukan pasif menunggu makanan datang menggolek. Begitulah sifat ikhwan dan asoib, sentiasa aktif mencari kebaikan apa lagi yang mesti dibuat. Mereka sibuk dengan aktiviti 'Zohirina 'alal haq', menzahirkan sistem kehidupan dalam pelbagai bidang: pendidikan, kebudayaan, ekonomi, kebajikan, kesihatan, pertanian, dan lain-lain. Apa yang dilakukan oleh ikhwan dan asoib itu adalah membina kasih sayang dan kemakmuran yang diidamkan oleh semua insan sebagai bukti cinta kepada Tuhan.
Moga kita direzekikan untuk menjadi ikhwan atau ASOIB.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N