Langkau ke kandungan utama

BULAN RAMADAN PUSAT OVERHOUL ROH MANUSIA.


Sembahyang Tarawih 


Bulan Ramadhan adalah pusat overhoul roh manusia. Bulan Ramadhan adalah bengkel untuk memulikan kembali roh manusia.
Institusi Ramadan melatih manusia untuk menyuburkan sifat-sifat malaikat dan melemahkan sifat-sifat kebinatangan. Sifat malaikat dia tidak tahu perkara lain selain hanya taat sahaja pada Tuhan. Begitulah besarnya peranan bulan ramadhan terhadap roh manusia. Kita ambil
peluang dalam bulan ramadhan ini untuk bersih dan sucikan roh kita.
Bulan Ramadhan dengan peranannya untuk overhaul manusia ini, mengandungi 3 pakej yang besar yang boleh menjadi ubat untuk membaiki manusia.


Berpuasa di siang hari. Apa takrif puasa? Takrif puasa yang kita belajar dengan Abuya pada saya ada dua, dengan erti kata lain, puasa ada 2 definisi. Yang pertama mempertahankan syarat rukun jangan sampai terbatal, ini ada takrifnya yang tersendiri. Apa takrifnya? Wajib dijaga puasa itu jangan sampai terbatal syarat rukunnya. Setakat ini, puasa itu ibarat membangunkan rumah, sudah ada rangkanya tetapi tidak lengkap. Takrifnya: menahan diri di waktu siang daripada makan dan minum serta tidak bersama dengan isteri. Puasa takrif ini setakat tidak membatalkan syarat rukun sahaja. Pahala belum tentu dapat lagi hanya mendapat lapar dan dahaga, keampunan belum tentu dikurniakan lagi, inikan lagi Rahmat. 


Kalau setiap kali Ramadan, dia beribadah di malam Lailatul Qadar pun tidak tentu dia memperoleh pahala 1000 bulan sebab dia hanya dapat mempertahankan syarat yang rukun saja. Itu takrif yang pertama iaitu tidak makan, tidak minum dan tidak bersetubuh dengan isteri di siang hari. Inilah puasa kebanyakan manusia. Puasa begini setakat merehatkan dan menyihatkan fizikalnya sahaja. Yang lain-lain selain 3 pakej itu kalau adapun, sebagai  sampingan saja. Tiga pakej yang besar ini kalau kita fahami dan hayati, InsyaAllah kita boleh membaiki diri, memang logik Tuhan akan mengampunkan, memang logik Tuhan menggandakan pahalanya. Memang munasabah Allah hendak kurniakan pahala berganda sampai seolah-olah 83 tahun. 


Ada 3 pakej yang sangat besar. Kalau ada ilmu ini dan kita hayati betul-betul boleh menjadi ubat yang sangat mujarab..Berpuasa di siang hari. Apa takrif puasa? Takrif puasa pada saya ada dua, dengan erti kata lain, puasa ada 2 definisi. Yang pertama mempertahankan syarat rukun jangan sampai terbatal, ini ada takrifnya yang tersendiri. Apa takrifnya? Wajib dijaga puasa itu jangan sampai terbatal syarat rukunnya. Setakat ini, puasa itu ibarat membangunkan rumah, sudah ada rangkanya tetapi tidak lengkap.


Takrifnya: menahan diri di waktu siang daripada makan dan minum serta tidak bersama dengan isteri. Puasa takrif ini setakat tidak membatalkan syarat rukun sahaja. Pahala belum tentu dapat lagi hanya mendapat lapar dan dahaga, keampunan belum tentu dikurniakan lagi, inikan lagi Rahmat. Kalau setiap kali Ramadan, dia beribadah di malam Lailatul Qadar pun tidak tentu dia memperoleh pahala 1000 bulan sebab dia hanya dapat mempertahankan syarat yang rukun saja. Itu takrif yang pertama iaitu tidak makan, tidak minum dan tidak bersetubuh dengan isteri di siang hari. Inilah puasa kebanyakan manusia. Puasa begini setakat merehatkan dan menyihatkan fizikalnya sahaja.


Definisi yang kedua, ada tambahan dalam ROH PUASA itu, ertinya menahan diri daripada perasaan-perasaan negatif, akalnya turut berpuasa iaitu dia tidak berfikir perkara-perkara yang dilarang Tuhan. Dia hanya berfikir mengenai ilmu yang mendatangkan pahala. Begitu juga dia menahan nafsunya daripada kehendak-kehendak yang Tuhan tidak suka iaitu mengambil dunia kerana cintakan dunia,  Itu takrif kedua. Saya ulang lagi takrif kedua puasa itu iaitu menahan hati dari perasaan negatif seperti marah, hasad dengki, cinta dunia, tamak, haloba, dendam, sakit hati dan lain-lain. Kehendak nafsu itu bukan bertujuan untuk mencintai dunia tetapi dia mengambil dunia itu untuk dapat diagih-agihkankan, untuk berkhidmat, untuk dikorbankan pada Tuhan. 


Dari situ lahirlah kasih sayang, perpaduan, lahirlah pembelaan. Ini takrif yang kedua. Puasa takrif kedua inilah kalau dibuat boleh mendatangkan rahmat, berkat dan pahala Lailatul Qadar yang menyamai seribu bulan. Pada peringkat ini takrif pertama masih dipenuhi juga iaitu tidak membatalkan syarat rukun. Apa kata Rasulullah? "Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga."
Jadi bukan semua yang berpuasa itu pada menempuh Lailatul Qadar, dia mendapat rahmat. Bukan semuanya mendapat berkat. Bukan semuanya mendapat keistimewaan. Kalau berpuasa sekadar setakat menjaga syarat rukun sahaja, hanya mendapat lapar dan  dahaga. 


Jangan-jangan, selepas Ramadahan sifat-sifat negatif lagi subur. Setengah orang bulan Ramadan umpama bulan pesta makanan dan minuman serta pesta pakaian. Yang selama ini belum dibeli dia beli. Sudah ada 3 pakaian baru, beli lagi 2. Sudah ada 5, beli lagi 2-3 helai.
 Itu baru pakej yang pertama. Kalau benar-benar berpuasa mengikut takrif 1 dan 2, memang boleh terbunuh mazmumah, roh jadi bercahaya. Kalau tidak bercahaya pun sudah bersih. Itu sudah cukup. Tapi itu baru satu pil ditelan, sedangkan ada dua lagi. Kalau ditambah dua pil lagi roh manusia boleh meningkat ke taraf seperti  malaikat iaitu dengan bersembahyang. Sebab itu Tuhan suruh melebihkan sembahyang di bulan puasa iaitu dengan solat witir dan tarawih. 


Tentang sembahyang kita tidak perlu jelaskan, ingatkah balik kuliah yang pernah disampaikan Abuya sembahyang yang membina peribadi agung, boleh menjadikan bangsa agung. Yang mana di dalam sembahyang itu ada bermacam-macam ubat. Kalau dua takrif puasa tadi dihayati bersungguh-sungguh disertakan sembahyang fardhu sahaja, tidak tarawih pun tidak mengapa, tidak selawat, wirid atau membaca AlQuran dengan syarat puasa itu betul2 menjadi ubat. Apa erti solat tarawih dan membaca AlQuran kalau puasa kita di siang hari tidak bernilai. Tetapi oleh kerana kita tidak tahu, kita tiada ilmu, Tuhan bagi tahu fungsi puasa itulah yang Abuya maksudkan dalam pengajiannya kepada kita semua.


Kita tidak tahu puasa kita menjadi ubat atau tidak, kenalah kita solat tarawih, baca AlQuran untuk menampung kelemahan  puasa kita. Jadi, ubat atau pil kedua dalam pakej ini ialah sembahyang, tidak payah disyarahkan lagi. Semua sudah dengar. Pil ke tiga ialah membaca AlQuran. Baca Quran itu kalau boleh dikhatamkan. Kalau tidak khatam tidak mengapa, seberapa yang boleh dibaca hayati betul-betul. Masya Allah AlQuran itu, Tuhan sendiri memberitahu di dalam Quran, kalau dibaca ayat2 Tuhan itu, menggeletarkan hati, badan boleh menggeletar. Tuhan sendiri beritahu dalam AlQuran, bila orang membaca AlQuran dan mengambil ingatan tentang cerita2nya, ia  boleh memusnahkan nafsu yang jahat. 


Hati yang keras jadi lembut, perasaan yang jahat boleh tukar menjadi pada perasaan yang positif. Kalau kita hayati AlQuran, dalamnya ada tabsyir (khabar gembira) seperti  orang yang baik akan dikurniakan  syurga dan diampunkan. Yang penting kena difahami dan dihayati. Bukan perlu banyak, satu juz pun tidak mengapa kalau kita hayati. Di dalam AlQuran ada tanzir (khabar menakutkan); itu sangat memberi kesan kepada roh. Sangat membunuh nafsu jahat, sangat membangunkan akal. Begitu jua ada cerita orang soleh dan orang jahat untuk dijadikan pengajaran. Yang baik jadi teladan, yang jahat jadi sempadan. Ada bermacam2 ilmu lagi yang sangat mempengaruhi akal kita, yang akhirnya mempengaruhi hati. Jadi kalau Quran itu benar2 dibaca boleh menjadi ubat, yang menghidupkan akal, selepas tu dituju pada nafsu, nafsu akan menjadi baik hingga memberi kesan kepada roh. Maka roh pun perasaannya positif. Hatinya menjadi baik. Paling tidak bersih. Tapi kalau orang bersungguh2 lagi bercahaya rohnya. 


 Kalau tiga pil ini dihayati menasabahlah dapat pahala yang besar itu.  
 Jikalau hanya 3 perkara sahaja yang dapat ditahan, tidak makan, tidak minum, tidak bersama isteri, tetapi yang lain tidak berpuasa, nafsu tidak berpuasa, akal tidak berpuasa, RasulullahSAW kata kita hanya mendapat lapar dan dahaga, walaupun dia menempuh Lailatul Qadar. Tetapi Rahmat tidak dapat, keampunan dan berkat tidak dapat, pahala yang berganda-ganda tidak dapat, doa yang makbul pun tidak dapat. Macam orang menunaikan haji, bila dapat haji mabrur itu seolah2 orang itu baru dilahirkan dari perut ibu, ertinya habis bersih dosanya. Tetapi mudah kah? Kalau kita baca di dalam kitab ada orang mendapat alamat, ada orang dimimpikan seribu tahun dulu, dalam 70 000 yang membuat ibadah  haji, yang diterima hanya 70 orang. Itu waktu dulu, kalau pada zaman sekarang bolehkah mendapat pahala haji mabrur bila menyiku orang, melompat orang, berkasar dengan jemaah lain?


Begitulah kalau kita mendengar cerita Ramadan, seolah-olah selepas Ramadan manusia baru lahir dari perut ibunya, bersih. Itu bukan mudah, kalau ikut takrif pertama sahaja hanya mendapat lapar dan dahaga saja, serta kepenatan. Tapi kalau masuk takrif kedua, setidak2nya itu puasa orang soleh, di atas daripada itu, puasa orang muqarabin, di bawahnya itu puasa orang fasik. Fasik itu terbagi dua, ada yang hitam kelabu rohnya, ada yang hitam pekat! Jadi itulah dia sebab mengapa Tuhan memerintahkan kita berpuasa, ada rahsia disebalik kejadian manusia itu sendiri. Tuhan mahu kita menjadi manusia malaikat. Sebab Tuhan jadikan manusia bertujuan bukan kekal di atas kemanusiannya tetapi liyabudun ada dua tugas. ….khalifah itu mentalnya. Untuk dunia diagih-agihkankan, mengambil dunia untuk dikorbankan, untuk berkhidmat bukan untuk dicintai. Cinta dunia itulah menjadikan kita berpecah belah samada disedari atau tidak. 


Begitulah peranan ibadah. Mengapa Tuhan menyiapkan Ramadan untuk umat Islam? Seolah-olah tiada yang meningkat saya lihat. Yang meningkat pesta pakaian, pesta makan minum.Takrif kedua puasa, jarang orang menghayati hikmah dan hakikat sebenarnya. Sebab itu umat Islam susah hendak disatukan, SUSAH. Kadang-kadang bulan Ramadan itulah menyuburkan nafsu jahatnya, jadi terbalik. Overhaul kereta terus rosak. Ada kereta dihantar ke workshop untuk over haul terus rosak. Sebelum masuk boleh dipandu, boleh jalan. Bila sudah masuk, terus jammed. Ada orang yang bersusah payah makan tiga pil itu dalam bulan Ramadan sebab itu Allah bagi pahala yang besar. 


Kali ini, marilah kita koreksi keadaan, amalan, keadaan kita di bulan berkat ini. Sudah banyak hadis-hadis dibacakan tentang keberkatan dan kelebihan bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi mengenai 10 hari terakhir, adanya malam yang istimewa iaitu malam Lailatul Qadar. Namun apakah hanya itu yang kita kejarkan? Sedangkan Lailatur Qadar adalah satu anugerah dan kurniaan Allah buat hamba-Nya yang terpilih sahaja. Setelah perbanyakkan zikir dan selawat, membaca Al-Quran, bertadarraus, menghidupkan malam (Qiamullail), perbanyakkan kasih sayang antara manusia khususnya dengan kedua ibu bapa jika masih hidup keduanya atau salah satunya, menyambung silaturrahim sesama kaum kerabat dan sanak saudara, barulah datangnya Lailatur Qadar. 


Dia yang memilih siapa yang membesarkannya.Ramadhan 1438 Hijriah jangan tinggalkan kami. Alhamdulillah, Allah Taala masih lagi mengizinkan kita untuk sampai ke tahap ini dan hari ini untuk terus merebut peluang keberkatan dan maghfirah di bulan yang mulia ini. Sering terngiang-ngiang di telinga malah kedengaran suara kecil, alunan sajak dan nasyid nukilan Abuya Imam Ashaari Muhammad Attamimi. Lebih lagi berkaitan dengan bulan Ramadhan. Terasa sebak pun ada, rindu, bertambah kasih dan cinta pada mursyid yang kita cintai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N