Langkau ke kandungan utama

ABUYA MEMPERJUANGKAN MARUAH WANITA ISLAM.



(Di Bangi 2017).









Awal tahun tujuh puluhan adalah tahun-tahun pertarungan perjuangan Abuya dengan perjuangan "women liberation". Wanita-wanita menuntut kebebasan bergelanggang bebas tanpa batas. Wanita-wanita ini diselamatkan dari kejahilan masyarakat waktu itu.
Di selamatkan dari pergaulan bebas dan pendedahan aurat. Abuya Imam Ashaari At Tamimi telah dengan berani menjadi pembela kaum muslimah. 


Abuya Imam Ashaari At Tamimi mendidik dan mengasuh wanita-wanita muslimah yang mengikuti pengajiannya supaya menyintai Allah dan Rasulullah. Menjadi wanita yang bergelanggang di tengah masyarakat dalam pengaturan syariat demi menjaga maruah dan keselamatan mereka. Pada waktu itu perjuangan  Abuya menghadapi wanita yang sedang ghairah menuntut kebebasan, di ajak dan dididik menjadi isteri dan ibu yang solehah. 


Menyelamatkan muslimah dengan cinta kepada Allah, hingga secara beransur-ansur terbina jiwa yang sanggup bersusah demi mempertahankan hukum Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Manusia memusuhi apa yang ia tidak tahu. Dulu dimusuhi, kini disenangi. 
Penutupan aurat dan kedudukan wanita yang diletakkan di balik-balik tabir, berlaku dalam kerelaan dan kesanggupan wanita itu sendiri. Berpunca dari jiwa yang telah disedarkan dan dididik. Pakaian-pakaian menutup aurat bermula dengan tudung selempang, mini telekung hinggalah pemakain purdah, berlaku secara bertahap. 


Muslimah yang jiwanya telah ditanam dengan iman dan dibajai dengan tarbiah yang berterusan, mula sanggup menyarungkan purdah yang menjaga kemulian wanita dan diperjuangkan hinggalah menjadi identiti Muslimah yang mengikuti pengajian Abuya. Awal tahun tujuh puluhan purdah begitu asing bagi masyarakat. Kerana itu muslimah yang mengikuti pengajian Abuya menjadi wanita-wanita ganjil, asing dan tersendiri. Pakaian purdah telah membawa cemuhan
dan pelbagai tanggapan negatif dari masyarakat. 


Mereka memekakkan telinga dari tanggapan yang mengatakan yang mengatakan Abuya membawa dakwah songsang, mengongkong wanita, mempersia-siakan kaum wanita dan mendidik wanitanya penuh dengan paksaan. Namun muslimah yang mengikuti pengajian Abuya tetap mempertahankan purdah kerana Itulah pakaian wanita zaman ummah pertama dahulu dan dengan pakaian itulah mereka berperanan sebagai sayap kiri perjuangan hingga Islam berjaya menaungi tiga perempat dunia. 


Abuya Imam Ashaari At Tamimi telah berjaya membina ketahanan jiwa muslimah. Dari jiwa lembut, memiliki pula jiwa kental dalam menjadi pelopor semula pakaian menutup aurat yang telah dikambus oleh kejahilan dan pengaruh yang pelbagai. Hingga kini Muslimah yang ikuti pengajian Abuya memperjuangkan purdah bukan setakat mempertahankan hukum, malah mengembalikan maruah agama yang diperleceh dan dipermain-mainkan.


Kata Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi:"Ana mendidik berdasarkan apa yang ana yakin dan anak buah itu akan berjuang dengan keyakinan yang telah berpindah ke dalam diri mereka sebagai pejuang. Bukan mereka berjuang sebab keyakinan ana." Inilah punca ketahanan muslimah dalam menghadapi cemuhan dan cabaran dalam mempertahankan hukum Allah, iaitu keyakinan. Berjuang atas keyakinan adalah perjuangan yang akan berkekalan. 


Setelah kemas syariat pada diri dan keluarga, setelah jiwa, akal dan perasaan muslimah mantap, dan setelah mereka berjaya dengan tugas di rumah, Abuya mula membuka peluang dan ruang yang lebih luas untuk muslimah bergelanggang. Ini kerana, hanya wanita yang berjaya dengan tugas di rumah (mengurus suami, anak-anak dan rumah tangga) akan berjaya dalam perjuangan di tengah masyarakat.
Di saat arus kebangkitan Islam mula melanda, masyarakat mula mahu
kembali kepada agama. 


Wanita-wanita yang menuntut kebebasan satu masa dulu , mula kembali ke rumah masing-masing. Mencari-cari semula tugas yang telah diabaikan. Diketika yang sama Abuya telah melepaskan Muslimah bergelanggang ke tengah masyarakat. Mendekati dan mendampingi kaum wanita dan mengajak serta membimbing mereka kepada Islam. Muslimah yang Abuya didik berperanan di pelbagai bidang yang dibenarkan oleh syariat. Ekonomi,pertanian, penulisan, pendidikan, dan pelbagai lagi bidang yang semakin bertambah dengan bertambahnya kegiatan yang Abuya cetuskan. 


Muslimah sebagai sayap kiri perjuangan, membantu kaum lelaki melaksanakan tuntutan perjuangan yang sentiasa berkembang.
Ilmu dan tarbiah yang disampaikan oleh Abuya juga disesuaikan dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat. Di dalam majlis-majlis pengajiannya, beliau secara langsung atau tidak telah menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dalam masyarakat.
Justeru itu tidak hairanlah jika pengajiannya diminati dan sangat berkesan. Persoalan "women liberation" juga banyak terjawab ketika masyarakat mengikuti pengajian yang Abuya sampaikan.


Apabila Islam diamalkan sepenuhnya, maruah diri jadi mulia dan hidup pasti terbela. Dalam jemaah perjuangan yang Abuya lagang, wanita Islam berperanan sebagai Isteri,ibu dan serikandi perjuangan.
Sebagai contoh, sebuah syarikat perniagaan yang bermula dengan mini market yang dulunya dikendalikan oleh lelaki, kini sudah bertukar pengurusan. Apabila gelanggang perjuangan kaum lelaki semakin meluas,muslimah telah diserahkan tanggungjawab menguruskan. Muslimah melangkah ke satu era baru sebagai latihan berdikari.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman

AGAMA NABI IBRAHIM.

AGAMA NABI IBRAHIM. Inti pati ayat: Al Qur’an ayat 123 surat 16 An Nahl, Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif." dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Al Qur’an ayat 39 surat 14 Ibrahim, Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) do`a. Al Qur’an ayat 124 surat 2 Al Baqarah, Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". Al Qur’an ayat 71 surat 21 Al Anbiyaa’, Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia. N